MASKULIN menjangkakan bermula penghujung minggu hadapan ramai yang akan mula merancang untuk melakukan servis kereta untuk balik kampung sempena perayaan Aidilfitri.
Sebelum bengkel atau pusat servis mula sesak dengan tempahan baik anda mula merancang dari sekarang. Perkara pertama yang sangat penting untuk anda periksa sama ada kondisinya dalam keadaan baik atau tidak ialah sistem brek.
Saban tahun sering kita dengar tentang berita kemalangan yang menyayat hati apabiola tibanya waktu kemuncak balik kampung. Ada antara kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dan tidak kurang juga disebabkan berlakunya kerosakan pada komponen penting seperti brek.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada bahagian yang rosak.
Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.
Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!