Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan akan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT
Tidak tahu mengapa sesetengah lelaki seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri. Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat. Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
ENGGAN MAKAN
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori. Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik. Sedangkan tubuh badan anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
TIDAK WARM DOWN
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up bukan. Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin. Anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik. Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
TUKAR BAJU & TERUS MANDI
Pakaian senaman direka khas bagi membuatkan badan berpeluh dengan baik. Malah ia boleh menyerap peluh dengan baik. Namun ia juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit. Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
MAKAN JUNK FOOD
Bagaikan menuang air ke atas daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan. Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungai gula yang tinggi. Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi.
https://www.youtube.com/watch?v=YWzIHMPwvcM&t=257s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Usia 58 Tahun, Berbadan Besar, Perokok Tegar, Akhirnya Kencing Berdarah Dan Kanser Kritikal

Tajul berusia 58 tahun, berbadan gempal dan seorang perokok tegar. Namun, sejak sebulan lalu, dia kerap demam, tidak bermaya dan kurang selera makan sehingga menjejaskan rutin harian. Tidak tahan keadaan itu, Tajul ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan air kencing, terdapat sel darah merah (hemoglobin). Pemeriksaan CT scan pada abdomen, terdapat sel kanser di bahagian sebelah atas buah pinggang.
Kanser buah pinggang atau kanser renal merupakan sejenis kanser yang terbentuk di dalam tisu buah pinggang. Berdasarkan peratusan penghidap, lelaki lebih kerap, yakni dua kali ganda berbanding wanita menghidap penyakit ini.
Menurut Pakar Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara, Dr Soehardy Zainudin, antara penyumbang atau penyebab utama penyakit ini adalah merokok dan obesiti (berat berlebihan).
“Selain itu pendedahan kepada bahan-bahan kimia contohnya, arsenik dan capmist turut dibuktikan meningkatkan risiko terkena kanser ini.
“Walaupun ia tiada kaitan dengan keturunan, tetapi ada sekelompok pesakit yang kena kanser buah pinggang ini disebabkan sindrom yang dipanggil Von Hippel-Lindau (vHL) – di mana pesakit kena banyak jenis kanser – ikut organ mana yang kena, tak semestinya kena buah pinggang,” jelasnya.
Kenapa perokok? Dr Soehardy berkata, kebanyakan penghidap kanser lazimnya ada kaitan dengan bahan kimia (contohnya terdapat dalam rokok) atau bahan-bahan tidak sihat di dalam badan.
“Di dalam badan kita ada sistem imunisasi bagi mengekang perkembangan sel kanser ini. Tetapi, sekiranya gagal dan tidak berfungsi misalnya disebabkan oleh kesan rokok atau bahan-bahan kimia lain, ia akan menyebabkan sel kanser mudah merebak,” ujarnya.
Selain di kalangan perokok, ia juga lebih kerap kepada mereka yang mengalami penyakit buah pinggang dan sudah menerima rawatan dialisis selama bertahun-tahun (lebih 10 tahun) dan juga pesakit yang ada darah tinggi serta kencing manis.
Lingkungan umur yang selalu kena adalah dalam lingkungan 50-70 tahun (dewasa). Jarang sekali dikesan penghidapnya di kalangan umur kanak-kanak, kecuali sejenis kanser buah pinggang yang dipanggil Wilm Tumor, yang biasa dikesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Simptom
Di peringkat awal, sebagaimana kebanyakannya kanser, kanser buah pinggang juga selalunya tidak boleh dikesan kecuali apabila sudah berada di peringkat pertengahan atau akhir. Antara simptom-simptom kanser buah pinggang ialah:
- Berasa lemah, letih dan lesu
- Kebanyakannya ada kencing berdarah. Kencing berdarah itu tidak semestinya nampak merah atau berdarah, kadang-kadang seperti kuning dan keruh, tetapi apabila diperiksa di makmal terdapat sel-sel darah dalam kencing.
- Sakit bahagian tepi perut. Bergantung kepada buah pinggang mana yang sakit. Kadang-kadang sakit dan boleh jadi bengkak dan seperti bonjol dan apabila ditekan seperti benda keras.
- Kadang-kadang nampak pucat disebabkan anemia.
- Kadang-kadang tekanan darah menjadi meningkat (hipertension)
- Pesakit kurang selera makan walaupun makanan sedap
- Berat badan turun mendadak tanpa sebab
- Demam secara tiba-tiba dan kadang-kadang berpeluh dan seram sejuk dan demam yang lama.
Diagnosis
Walau bagaimanapun, tidak semua simptom-simptom di atas bererti seseorang itu menderita kanser buah pinggang. Walau bagaimanapun, doktor akan membuat diagnosis berdasarkan simptom-simptom berkenaan dengan membuat pemeriksaan air kencing dan darah.
Melalui air kencing, kita akan buat diagnosis berdasarkan jika ada kesan sel darah. Pemeriksaan darah pula kita boleh dapati mungkin ada masalah dengan fungsi buah pinggang, dan sel darah merah (hemoglobin) boleh kurang atau meningkat. Keputusan adalah salah satu daripadanya.
Kemudian pesakit akan melalui pemeriksaan ultrasound, CT scan atau MRI. Walau bagaimanapun, ultrasound kita tak boleh nak diagnosis sangat sebab kadang-kadang nampak, kadang-kadang sebaliknya. Ia juga tidak berapa sensitif untuk kanser buah pinggang. Biasanya yang lebih sensitif untuk diagnosis kanser adalah melalui CT scan atau MRI.
Rawatan
Rawatan untuk kanser buah pinggang adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut sama ada telah merebak ke bahagian/organ lain, tahap kesihatan dan umur penghidap.
Sebagaimana penyakit lain, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Begitu juga pengesanan awal, peluang untuk sembuh adalah tinggi.
Lazimnya, rawatan paling berkesan untuk kanser buah pinggang adalah pembedahan untuk membuang bahagian yang terlibat.
Kemoterapi dan radio terapi tidak sesuai untuk kanser buah pinggang, terutama radio terapi. Biasanya, rawatan yang digunakan adalah dengan cara pembedahan membuang bahagian yang terkena. Contohnya apabila bahagian tersebut melibatkan sebahagian buah pinggang, kita akan buang sebahagian tersebut sahaja kerana biasanya bahagian lain masih berfungsi.
Jarang kanser buah pinggang melibatkan kedua-duanya sekali. Biasanya ia akan melibatkan salah satu. Potensi untuk berjangkit ke sebelah juga agak kecil kecuali jika ia berlaku melalui darah. Tetapi dalam kebanyakan kes, kalau merebak melalui darah, ia terlebih dahulu akan merebak ke organ-organ lain seperti tulang, paru-paru dan otak sebelum sempat untuk pergi ke buah pinggang sebelah.
Jangka hayat
Jika ia tidak merebak ke bahagian lain atau belum sampai tahap kritikal seperti sel kanser telah merebak ke tulang, paru-paru dan otak, dalam masa lima tahun, jangka hayat adalah dalam 50 peratus sementara dalam masa 10 tahun pula adalah 40 peratus, bergantung kepada pengesanan awal dan rawatan yang dijalankan.
Berdasarkan kes seperti dialami Tajul, selepas menjalani pembedahan membuang bahagian yang terdapat sel kanser, sekiranya perokok berhenti merokok, risikonya lebih rendah atau semakin menurun. Apa yang penting, buat pemeriksaan sekiranya terdapat gejala-gejala seperti di atas.
Gambar sekadar hiasan
DR SOEHARDY ZAINUDIN
Pakar Runding Nefrologi
MD (UKM), M. MED (UKM), M. MED (Singapore), MRCP (UK), MRCPS (Glasgow), AM (Mal)
Pusat Perubatan Tropicana
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Makanan Perlu Elak Jika Nak Berdiet Dengan Berjaya

Anda kini berdepan dengan masalah berat badan atau alami perut yang sedikit boroi. Kini anda sedar, anda perlu lakukan sesuatu.
Dan anda juga komited untuk melakukan yang terbaik demi menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima kilogram dalam tempoh sebulan.
Ini contoh diet yang memerlukan disiplin cukup tinggi boleh anda cuba lakukan. Tapi sebelum anda melakukannya adalah lebih baik anda mengetahui kondisi dan keupayaan fizikal sendiri.
Rujuklah pakar pemakanan dan doktor jika anda berasa was-was.
MAKANAN PERLU ELAK DALAM MASA SEBULAN
1.) Elak ambil nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spageti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sejenis dengannya.
2.) Kurangkan makan roti atau seangkatan dengannya seperti roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar dan roti pastri.
3.) Elakkan gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Untukt tempoh dua minggu pertama, ada elakkan dulu daripada memakan buah.
5.) Minuman manis seperti jus buah-buahan, air berkarbonat dan kopi perlu dikurangkan dengan segera.
6.) Elakkan makan snek seperti jajan, biskut manis, nachos, bertih jagung dan sebarang jenis jeruk manis.
7.) Untuk dua minggu pertama juga adan perlu elak makan segala bentuk kacang.
8.) Elakkan makanan yang diproses seperti kentang goreng, bebola ikan dan bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut dan pelbagai jenis kuih-muih.
JAUHI MAKANAN INI!
- Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas, minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick dan banyak lagi.
- Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
- Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
- Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
- Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
- Kek, biskut dan semua produk bergandum.
- Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
- Kekacang, sama ada peanuts, pistachio dan sebagainya.
- Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
- Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
- Gula – gula putih, merah, gula melaka, pemanis artifisial dan madu.
- Nasi putih, pulut, nasi beras perang. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat!
BACA: 5 Jenis Teh Yang Bagus Untuk Anda Minum!
ANDA BOLEH MAKAN
- Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
- Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
- Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
- Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 3 liter atau lebih sehari untuk elakkan sembelit dan melawaskan pembuangan toksin.
- Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
- Pizza? Makan topping sahaja.
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Dan apa yang penting anda jangan berlapar dan tinggal makan sarapan pagi, makan tengah hari dam makan malam. Untuk makan malam sebaiknya makanlah sebelum jam 7 petang.
Ingat anda harus penuh disiplin selama sebulan dan ikuti segala apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Akhir sekali anda juga perlu sentiasa pastikan badan cukup air dan rehat yang secukunya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penyelesaian Buat Ayah-Ayah Yang Tak Tahan Tengok Gigi Anak Semakin Hitam Dan Rosak

Ini perkongsian dari Dr Muhamad Iqbal Rosali yang bekerja sebagai Pegawai Pergigian. Ini jawapan bagi pertanyaan mengenai GC TOOTH MOUSSE adakah ia sesuai untuk anak-anak anda.
1. Saya bawa anak saya ke klinik gigi, doktor cadangkan GC TOOTH MOUSSE. Untuk apa dan perlu ke?
Kalau anak anda giginya tidak rosak, atau tidak bawa anak ke klinik gigi, anda pasti tidak akan pernah dengar tentang ini.
GC TOOTH MOUSSE datang dalam bentuk gel dan disapu pada permukaan gigi. Sapuan ini mengandungi 10 peratus Casein Phosphopeptide Amorphous Calcium Phosphate (CPP-ACP). Di peringkat komersial dikenali sebagai Recaldent™️
Fungsi CPP-ACP ialah untuk mengangkut kalsium dan phosphate ke enamel (lapisan luar gigi) dan membantu menguatkan gigi.
2. Kenapa anak saya perlukan GC TOOTH MOUSSE?
Biasanya sapuan ini diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah karies gigi atau pun yang menunjukkan tanda-tanda awal gigi akan rosak seperti putih-putih atau kekuningan pada gigi.
Kalau gigi anak tidak rosak, doktor gigi akan mencadangkan penggunaannya sebagai langkah pencegahan.
3. Semua orang boleh pakai ke GC TOOTH MOUSSE?
Mengikut lampiran produk, sesiapa yang alergik kepada susu lembu perlu dapatkan nasihat doktor untuk menggunakannya. Alergik maksudnya ada berlaku keradangan selepas minum susu lembu, bukan yang jenis mual atau senang muntah bila hadap susu. ?
4. Dah guna GC TOOTH MOUSSE, tapi tak berkesan pun?
Kemungkinan cara penggunaannya tidak betul.
Cara yang betul ialah, selepas disapu pada permukaan gigi, jangan makan atau minum, atau dijilat dengan lidah (sebab benda ni sedap) untuk sekurang-kurangnya 3 minit. Biarkan selama yang boleh. Lagi lama, lagi bagus.
5. Bagus ke produk ini?
Ya. Sangat berkesan jika penggunaannya betul teratur. Gigi yang sudah rosak teruk memang tidak dapat diselamatkan dengan produk ini, tetapi mampu mencegah gigi-gigi lain daripada rosak. Produk ini juga boleh membantu menguatkan semula gigi yang menunjukkan tanda-tanda awal karies gigi.
6. Anak saya disapukan Flourida ketika lawatan ke klinik gigi. Adakah sama dengan GC TOOTH MOUSSE?
TIDAK. Sapuan flourida di klinik gigi mengandungi 2 kali ganda tahap kepekatan flourida berbanding ubat gigi dewasa. Hanya doktor gigi atau jururawat pergigian sahaja yang boleh menyapu flourida pada gigi.
GC TOOTH MOUSSE tidak mengandungi flourida. Ia selamat jika tertelan, tapi ia bukanlah makanan (walaupun rasanya sedap)
7. Bolehkah dipakai setiap kali sebelum tidur?
Boleh. Waktu tidur kemungkinan sapuan tidak dikacau atau dijilat adalah tinggi. Lebih lama sapuan dibiarkan pada gigi, lagi bagus dan berkesan.
8. Umur berapa boleh gunakan? Selamatkah untuk bayi?
Sesiapa sahaja boleh gunakannya. Ibu mengandung juga digalakkan. Ya, ia selamat untuk bayi.
SUMBER : FACEBOOK IQBAL ROSALI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI