Foto: cookie_studio - www.freepik.com

Setiap orang yang bekerja dengan mana-mana majikan pastinya mempunyai tugasan atau skop kerja masing-masing. Menunaikan tugas kerja dengan baik merupakan perkara yang kita semua harus lakukan. Kerja dengan jujur, amanah dan juga sebaik mungkin.

Bagi pekerja makan gaji di pejabat mungkin anda tidak perlu memikirkan tentang perkara lain seperti peniaga atau mereka yang berkerja sendiri. Namun itu tidak bermakna ia tidak datang dengan cabaran dan keperitannya tersendiri.

Setiap bulan kita sudah tahu jumlah gaji yang akan diperolehi. Dan itulah mungkin sedikit kelebihan kerja makan gaji yang dianggap lebih stabil dan ada pendapatan tetap.

Namun di sebalik itu ada juga yang mengambil kesempatan melakukan beberapa perkara tidak sepatutnya ketika berada di pejabat. Di sinilah pentingnya setiap orang bersikap profesional dan matang dalam bekerja.

Berikut merupakan antara beberapa perkara yang mungkin anda lakukan di pejabat boleh menyebabkan gaji tak berkat.

IKLAN

DATANG LEWAT

Dalam pekerjaan di pejabat kita telah bersetuju untuk mengikuti masa kerja yang telah ditetapkan. Namun jika ia tidak dapat dipatuhi dengan baik itu bermakna anda telah melanggar persetujuan asal ketika mula diterima kerja. Ini terutamanya jika datang lewat hingga melepasi satu jam waktu masuk sebenar.

SUKA LENGAHKAN KERJA

Ini perkara ramai orang lakukan setiap hari di pejabat. Di antaranya makan pagi pada jam 9:30 pagi di kafeteria sedangkan waktu kerja sudah bermula pada jam 9 pagi. Akhirnya kerja yang sepatutnya boleh disiapkan lebih awal menjadi tertangguh. Tidak salah hendak makan pagi tapi biarlah tidak menggangu waktu kerja.

IKLAN
Perkara Dilakukan Di Pejabat Yang Boleh Buat Gaji Tak Berkat
Foto: wayhomestudio – www.freepik.com

SALAH GUNA HARTA STARIKAT

Contohnya menggunakan pencetak di pejabat untuk mencetak dokumen peribadi. Atau mengambil alat tulis pejabat tanpakebenaran dan dibawa pulang untuk diberikan kepada ahli keluarga. Gunalah segala perlatan dan kemudahan pejabat dengan jujur untuk melancarkan kerja sahaja. Bukan untuk kepentingan peribadi.

LAMAN MEDIA SOSIAL

Mungkin kebanyakan syarikat telah menyekat laman media sosial digunakan di komputer pejabat. Namun ia tidak menghalang ramai orang asyik dengan laman media sosial dengan menggunakan telefon pintar sendiri. Ketepikanlah dahuku apa yang berlaku di media sosial ketika bekerja. Jangan nanti sampai kerja tidak jalan.

IKLAN

TUNTUTAN TAK JUJUR

Bagi anda yang layak membuat tuntutan perjalanan atau penginapan ketika bertugas di luar daerah, ia merupakan kemudahan fleksibel disediakan syarikat. Namun ada juga yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk melakukan tuntutan yang melebihi apa yang sepatutnya.

Semoga kita semua tidaklah menjadi individu seperti yang MASKULIN kongsi di atas. Tidak berkat rezeki anda nanti.

Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.

Kredit: TZKRH.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI