Selama 16 tahun, pernikahan pasangan ini bahagia. Namun gara-gara Piala Dunia 2018 berlangsung, Arsen memutuskan untuk menceraikan isterinya. Apa sebenarnya yang terjadi?
Arsen merupakan peminat Lionel Messi dari pasukan sepak bola Argentina, manakala Lyudmila pula peminat setia Cristiano Ronaldo, dari Portugal. Menurut Arsen, mahligai yang dibina hancur gara-gara isterinya sering mengejek idolanya.
Hubungan suami isteri tersebut semakin tegang selepas kemenangan Argentina menentang Nigeria. Tindakan Arsen meraikan kemenangan pasukan kegemarannya menaikkan kemarahan isterinya. Lyudmila bertegas bahawa bintang Portugal, Ronaldo, jauh lebih hebat berbanding Messi. Berang dengan kata-kata isterinya, Arsen mengemas pakaiannya lalu meninggalkan rumah. Arsen memberitahu media tempatan, DunArgumenti i Fakty, isterinya sering mencemuh dan menghina Messi.
“Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland,” kata Arsen.
Menurut Daily Mail, Arsen memfailkan permohonan cerai sehari selepas meninggalkan Lyudmila
Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata terima la azabnya. Jadi hati-hati berdebat kalau melibatkan bola sepak ini ye…