Keterujaan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri nampaknya sudah bermula sejak semalam.
Menurut laporan keadaan trafik di lebuh raya menunjukkan peningkatan kenderaan yang sangat ketara. Bagi mereka yang ingin pulang ke Pantai Timur pastinya akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak ke arah Timur.
Kesesakan lebuh raya yang berlaku disebabkan jumlah kereta atau kenderaan yang banyak sememangnya sudah dijangka. Namun apabila ia berlaku diakibatkan oleh faktor penyelenggaraan jalan sebenarnya sedikit sebanyak cukup mengecewakan.
Penutupan lorong tengah dan kanan di lokasi KM31.80 sehingga 32.70 arah Timur (Genting Sempah) telah menyebabkan kesesakan luar biasa berlaku sejak semalam sehingga pagi tadi.
Rata-rata pengguna meluahkan kekecewaan mereka di laman media sosial dan mempersoalkan kenapa pihak yang melakukan penyelenggaraan tidak lebih peka akan jumlah trafik yang sudah dijangka akan tinggi.
Jalan dah start jammed orang balik kampung, ni dekat kl – karak. Selamat hari raya rakan rakan semua, huwaa nak raya! 😭☝🏻 pic.twitter.com/3Tc8VTkqO7
“Dalam banyak-banyak masa, boleh pula waktu kritikal ini buat selenggara”.
Itu di antara kata warganet di Twitter meluahkan kekecewaan mereka. Malah ada yang melaporkan perjalanan mereka dari Tol Gombak sehingga Tol Bentong mengambil masa kira-kira lima jam.
Difahamkan, kesesakan masih lagi berlaku di laluan terbabit dan kerja-kerja penyelenggaraan itu dikatakan akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga jam.
Ads
Sehingga jam 9 pagi tadi, trafik sesak sejauh 11.7 kilometer dari KM20.1 hingga KM31.8 lebuh raya itu arah Timur berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak Anih Berhad selaku pengendali lebuh raya berkenaan.
“Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan iaitu penurapan jalan menyebabkan kesesakan.
Ads
“Kesesakan teruk disebabkan di laluan berkenaan, hanya dibuka satu lorong, dan pihak kami serta JSPT Bukit Aman sudah memaklumkan kepada pihak Anih supaya membuka dua lorong,” jelasnya.
Walau apa jua jenis kesesakan yang berlaku, MASKULIN berharap kita semua boleh bersabar dan teruskan memandu dengan berhemah. Diharapkan insiden seperti ini dapat dielakkan dan diperbaiki di masa akan datang demi kelancaran dan juga ‘ketenangan jiwa’ anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman.
Hati-hati memandu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi pengguna smart tag, pasti pernah mengalami masalah tidak boleh melihat baki yang tertera di dalam kad tersebut.
Siapa yang mengalami masalah ini pasti faham betapa stressnya kan? Kini anda tak perlu lagi risau kerana kami akan kongsikan cara untuk betulkan kerosakkan ini dengan mudah.
Jom kita bagaimana caranya memperbaiki smart tag berkenaan.
PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez nampak gayanya sedang hangat menjalinkan cinta bersama penerbit muzik, Benny Blanco.
Cinta yang khabarnya bersemi sejak Julai 2023 itu dipenuhi pelbagai cerita. Adat dunia dengan selebriti, walaupun hal yang kecil tetap menjadi perhatian para peminat. Dalam perkembangan terbaru, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan rambutnya pernah dijangkiti kutu daripada Blanco.
Dijangkiti Kutu Perkara Romantik
Manisnya percintaan, Selena mengganggap jangkitan parasit penghisap darah itu sesuatu yang romantik.
“Kebanyakan orang menganggapnya keji, tetapi saya fikir ia romantik kerana kami memilikinya pada masa yang sama,” katanya dalam sebuah podcast.
Perkara yang tersebar di laman sosial X itu menyebabkan para peminat Selena bertambah geram dan menganggap Benny tidak menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, ada juga peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut.
Fakta Tentang Blanco
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jumlah pengambilan kafein yang wajar untuk orang dewasa adalah sekitar 400 miligram untuk setiap harinya. Pada takaran tersebut, kafein sebenarnya masih selamat bagi tubuh. Pengambilan kafein dengan kuantiti yang berlebihan akan membuat anda mengalami beberapa kesan sampingan pada kesihatan tubuh anda iaitu:
1- Mencetuskan Sakit Kepala
Kajian membuktikan bahawa kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang sangat berkaitan. Anda mungkin pernah mencari komposisi kafein pada ubat sakit kepala. Ya, memang kafein dalam jumlah tertentu dapat membantu menghilangkan sakit kepala. Namun, perlu diketahui juga bahawa kafein dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala.
Jika anda adalah seorang penggemar kopi, yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi kafein, dan tiba – tiba berhenti dan tidak mengambil kopi lagi, anda juga boleh mengalami sakit kepala.
2- Menimbulkan Perasaan Was – Was dan Cemas
Kesan sampingan kafein seperti was – was atau cemas mungkin tidak dialami bagi sesetengah orang. Tetapi bagi beberapa orang lain seperti mereka yang jarang mengambil kafein berkemungkinan lebih tinggi mengalami kesan sampingan seperti ini.
3- Menyebabkan Gangguan Tidur
Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, kafein ini merupakan suatu zat yang dapat merangsang sistem saraf pusat kita. Mengambil kafein dalam jumlah banyak akan membuat seseorang suka untuk tidur atau biasa disebut dengan insomnia.
4- Menyebabkan Ketagihan Kafein
Bagi mereka yang sudah sering mengambil kafein, tidak mustahil mereka akan mengalami ketagihan terhadap kafein. Ketagihan kafein boleh ditandai dengan munculnya gejala seperti pening, mengantuk, cemas dan cepat marah. Pada beberapa orang, gejala ketagihan boleh ditandai dengan badan yang gemetar.
5- Menyebabkan Muntah-Muntah
Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, maupun sering buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.
6- Mengakibatkan Masalah Pencernaan
Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Keadaan demikian boleh membuat kita merasa memulas atau sakit perut dan mungkin cirit-birit.
7- Menyebabkan Haus Berlebihan
Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu jika anda mengambil kafein sebelum bersenam, dikhuatiri tubuh akan kekurangan banyak cecair badan dan dehidrasi.
8- Meningkatkan Tekanan Darah
Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Bahkan dalam jangka waktu lebih kurang satu jam, kafein mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah kita. Dalam jangka masa tersebut atau bahkan lebih cepat, kafein boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Inilah sebab mengapa kopi adalah salah satu jenis makanan penyebab darah tinggi naik dengan cepat.
9- Menyebabkan Osteoporosis
Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh membawa pada keadaan tulang reput atau osteoporosis.
10- Degupan Jantung Bayi Lebih Cepat
Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein mungkin perlu dikurangkan. Kafein yang masuk ke dalam tubuh, masuk ke dalam aliran darah dan masuk ke plasenta. Dalam keadaan seperti ini, janin juga turut mengambil kafein tersebut melalui plasenta. Kafein yang masuk ke dalam tubuh janin tersebut boleh mengakibatkan degupan jantung janin menjadi tidak teratur dan lebih cepat ritmanya.
11- Meningkatkan Risiko Keguguran
Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh sangat buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Dan hal tersebut boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mengarah pada keadaan keguguran.
12- Menyebabkan Sukar Hamil
Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.
13- Meningkatkan Risiko Gout
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa orang – orang yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung lebih mudah terkena penyakit gout.
14- Menyebabkan Sering Buang Air Kecil
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan. Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.
15- Menyebabkan Gejala vasomotor
Kafein yang diambil oleh wanita boleh menimbulkan gejala vasomotor atau vasomotor symptom. Gejala ini boleh menyerang wanita yang mengalami menopause. Dan gejala tersebut mungkin memburukkan keadaan menopause wanita.
Penting! Kesan Kafein Yang Mematikan
Selain beberapa kesan sampingan dari kafein yang sudah dijelaskan di atas, ada beberapa kesan sampingan lain yang penting untuk diketahui:
16-Penyakit jantung
17-Meningkatkan kolesterol jahat atau LDL di dalam tubuh
18-Menyebabkan penyakit sendi
19-Meningkatkan risiko stroke
20-Merosakkan pembuluh darah
Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan yang boleh ditimbulkan oleh kafein, ada baiknya mulai saat ini kita mengurangkan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti cola, teh, minuman ringan, minuman bergas dan kopi boleh membantu kita mengurangkan risiko terkena pelbagai kesan sampingan kafein. Bagi orang – orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.