Dalam dekad yang lalu, Jepun telah menyaksikan perubahan besar dalam gaya hidup masyarakatnya apabila mereka mula menuju ke arah negara bebas asap rokok dengan begitu giat dan sangat positif.
Menerusi pengenalan alternatif bebas asap seperti IQOS, produk bebas asap yang menjadi alternatif kepada rokok tradisional, negara Jepun telah melalui transformasi yang kini boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain.
Sejak diperkenalkan di Jepun pada tahun 2014, IQOS mengambil pendekatan inovatif dengan teknologi pemanasan tembakau berbanding pembakaran.
Ia bukan sahaja mengurangkan risiko bahaya yang sering dikaitkan dengan merokok, malah memberikan pengalaman yang lebih selesa tanpa bau yang mengganggu persekitaran.
Salah satu sebab kejayaan besar produk bebas asap di Jepun adalah kerana budaya mereka yang amat mementingkan keselesaan dan kebajikan orang lain.
Dengan penggunaan produk bebas asap yang tidak menghasilkan asap atau bau busuk seperti rokok konvensional, penggunanya tidak berdepan risiko mengganggu orang lain di persekitaran mereka.
Ini menjadi titik penting yang menarik minat rakyat Jepun, yang sangat menghargai persekitaran yang bersih dan harmoni.
Ads
Dalam tempoh 10 tahun sejak pengenalannya, IQOS telah berjaya mengurangkan jumlah perokok tradisional dengan mendadak, memberikan harapan kepada mereka yang sukar berhenti merokok untuk beralih kepada alternatif yang lebih baik.
ACARA MERAIKAN KEJAYAAN
Pada 19 Oktober 2024 lalu, satu acara khas yang berlangsung dengan cukup gemilang, ‘Together X Sensorium’, #IQOSTogetherX telah diadakan di Tokyo, Jepun. Acara ini menjadi simbolik kepada ulang tahun ke-10 pengenalan IQOS di negara tersebut.
MASKULIN turut sempat mengikuti acara ini di Tokyo dan melihat bagaimana ia meraikan lebih 30 juta pengguna dewasa di seluruh dunia yang telah beralih kepada produk bebas asap.
Daripada jumlah tersebut, 72% memilih IQOS sebagai pilihan utama mereka. Menurut Presiden Smoke-Free Inhaled Products & Ketua Pegawai Pengguna PMI, Stefano Volpetti, menyatakan bahawa acara global ini menjadi platform untuk berinteraksi dengan komuniti IQOS dari seluruh dunia, menekankan peranan Jepun sebagai pelopor dalam visi bebas asap global.
Ads
Presiden Smoke-Free Inhaled Products & Ketua Pegawai Pengguna PMI, Stefano Volpetti
Pengalaman Jepun menunjukkan bahawa produk bebas asap seperti IQOS mampu memainkan peranan penting dalam mengurangkan bahaya tembakau dan memperbaiki kesihatan awam.
Statistik menunjukkan penurunan ketara dalam jumlah perokok tradisional sejak pengenalan IQOS, dengan penurunan sebanyak 44% dalam penggunaan rokok dalam tempoh lima tahun.
Ini merupakan rekod tertinggi penurunan penggunaan rokok yang pernah dicatatkan di Jepun. Data ini menunjukkan bahawa produk pemanasan tembakau (HTP) seperti IQOS mampu memberikan impak positif yang signifikan dalam mengurangkan penggunaan rokok di kalangan perokok dewasa.
Kejayaan Jepun dalam mengurangkan penggunaan rokok tradisional melalui produk bebas asap ini boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain.
Ads
Presiden PMJ, Shea Lih Goh
Seperti yang dinyatakan Presiden Philip Morris Japan Ltd., Jepun, Shea Lih Goh, “Jepun merupakan tempat kelahiran IQOS dan telah memimpin usaha menuju masa depan bebas asap selama sedekad yang lalu.
“Sambutan ulang tahun ke-10, #IQOSTogetherX ini bukan sahaja meraikan kejayaan IQOS di Jepun, tetapi juga menyatukan pengguna dewasa dari seluruh dunia yang telah memilih untuk meninggalkan rokok tradisional demi kesihatan mereka dan orang di sekeliling mereka,” tambahnya lagi.
KOLABORASI ISTIMEWA
Dalam sidang media acara ini, turut diumumkan adalah kolaborasi istimewa dengan DJ dan penerbit yang dicalonkan Grammy, Steve Aoki, yang turut membuat persembahan pada acara tersebut.
Steve Aoki yang dikenali dunia muzik dan seni turut berkongsi visi yang sama untuk masa depan bebas asap.
Kerjasama ini menjadi simbol inovasi bersama dan kemajuan ke arah alternatif yang lebih baik. Menurut Steve Aoki, “Saya dapati visi IQOS sangat progresif, inovatif, dan benar-benar memberi inspirasi,” jelasnya yang merupakan bukan pengguna sebarang produk nikotin.
Jepun kini menjadi simbol kejayaan visi bebas asap yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain, menunjukkan bahawa peralihan kepada alternatif yang lebih baik adalah langkah penting dalam mencipta masa depan yang lebih sihat dan bersih untuk semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila kami mengeluarkan cerita-cerita seseorang itu berjaya untuk menurunkan berat badan dan kini lebih Fit dan Sado, anda pasti akan teruja. Di sini kami recap kembali beberapa success story yang pernah Maskulin keluarkan untuk terus memberi inspirasi kepada anda!
Nama : Mohd Arif Afifi Bin Mohamad Sukri
Umur : 26 Tahun
Berat: 125kg – 85 kg.
Sebab Diet: Tak larat dengan badan besar, dan rasa terasing dari kawan-kawan.
Diet yang diamalkan: “Sebenarnya banyak jenis diet yang telah diamalkan oleh orang ramai. Namanya pula sangat pelbagai. Secara umum diet semuanya terkait dengan bagaimana pengambilan kalori kita seharian. Saya memilih untuk diet dengan mengawal kalori yang masuk ke dalam badan. Dan ia dilakukan secara konsisten, sabar dan penuh disiplin.”
Berat: 130kg menjadi 80kg, dari saiz baju XXXXL kepada M dab dari saiz pinggang 50cm kepada 37cm
Sebab kurus: Jadi bahan hinaan dan cacian rakan-rakan.
“Antara penghinaan yang paling membuatkan aku malu ialah aku dipanggil naik kepentas dan kemudian aku di isytiharkan kepada orang ramai “Inilah budak paling gemuk disekolah”.Dihadapan pelajar-pelajar dan ibu bapa,kerana masa tu hari kecemerlangan sekolah.Ya Alloh,hanya Alloh sahaja tahu perasaan aku masa itu,aku sungguh malu diperlakukan begitu.”
Diet yang diamalkan:” cara untuk kurus adalah dengan makan 6kali sehari.Tapi bagaimana?
Makan dalam keadaan portion yang sikit tapi kerap untuk naikkan metabolisma badan.”
Sebab diet: “Apa yang membuatkan saya ingin berubah menjadi kurus adalah kerana pada usia kecil lagi saya dibuli dengan panggilan “gemuk”,cara layanan orang terhadap saya sangat berbeza berbanding dengan orang yang kurus,yela orang gemuk nak lari tak boleh,dikategorikan sebagai busuk dan banyak tomahan yang saya terima pada usia muda lagi.”
Berat lepas: 85kg dan size pinggang dalam 39 hampir ke 40 dengan ketinggian yg rendah
Diet yang diamalkan: “Menu cadangan untuk kurus ini sebenarnya mudah sahaja. As long anda punya pemakanan cukup 3 portion ni,insyallah boleh kurus iaitu mempunyai carbohydrate,fiber dan protein. Tetapi sudah tentu kena follow portion yang betul .Pastikan ada coach atau dietitians yang boleh guide anda supaya anda tidak melakukan kesilapan yang berulang kali untuk menjadi seorang yang kurus.”
Sebab Diet: “Sewaktu usia 17 tahun, teman wanita saya lari mengikut seorang lelaki berbadan sasa, saya ditinggalkan kerana tidak memiliki bentuk badan sedemikian.”
Diet yang Diamalkan: “Dalam berdiet saya akan cuba elakkan tiga makanan ini iaitu gula, makanan diproses seperti sosej juga makanan berminyak. Saya akan mengamalkan diet yang ketat apabila terdapat pertandingan. Bagi saya diet untuk mendapatkan struktur badan yang bulking sedikit mudah kerana ketika itu saya akan mengambil sumber karbohidrat yang mencukupi dan mudah diakses, manakala ketika untuk memerlukan diet protein yang ketat pula saya perlu lebih berdisiplin dalam perihal pemakanan kerana ketika itu saya akan mengambil sekurangnya 1 kilogram dada ayam setiap hari dan pecahkan kepada empat hidangan untuk dimakan. Penyediaannya juga harus bersih dan benar-benar sihat.”
Sebab Diet: “Sebenarnya banyak juga faktor yang mendorong transformasi. Tapi, faktor paling utama mestilah sebab konvo. Saya nak kelihatan segak dan kemas seperti orang lain. Lebih-lebih lagi semasa mengambil gambar mengenakan jubah konvo bersama segulung ijazah. Dan juga sebagai persediaan rapi sebelum melangkah ke alam pekerjaan.”
Diet yang diamalkan: “Daripada segi pemakanan pula saya makan apa sahaja kecuali nasi. Saya ‘pantang’ nasi selama satu tahun. Pada waktu pagi, saya bersarapan dengan roti sebelum ke kuliah. Tengah hari pula, saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng. Pada waktu malam, saya hanya mengambil makanan berasaskan sup dan sebelum tidur saya mengamalkan minum secawan teh hijau untuk penghadaman.”
Pisang dikenali sebagai sejenis buah yang mudah didapati dan agak murah harganya. Ia tidak bermusim, boleh dijumpai sepanjang tahun dan cara memakannya juga paling mudah : tidak perlu dikupas dan dikopek seperti buah-buahan lain. Jadi tidak hairanlah pisang ditanam secara komersial di lebih 107 buah negara dan rakyat Malaysia juga lebih banyak makan pisang berbanding buah-buahan lain.
Walaupun anda makan banyak pisang namun adakah anda tahu khasiat sebenar di sebalik buah berwarna kuning ini?
Menurut Megan Ware, seorang pakar nutrisi dari Nutrition Awareness, berikut 7 khasiat dan nutrisi yang sering dikaitkan dengan pisang.
Tekanan darah
Mengekalkan pengambilan sodium yang rendah adalah penting untuk mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berpotasium tinggi seperti pisang juga adalah penting untuk kesan vasolidasi jangka panjang. Menurut satu survey oleh Pemeriksa Kesihatan dan Pemakanan Amerika, kurang dari 2% sahaja orang dewasa yang mengambil dos potasium harian sebanyak 4700 mg yang disyorkan.
Kajian mendapati diet dengan pengambilan potasium yang tinggi akan mengurangkan 20% risiko kematian disebabkan semua penyakit.
Asma / Penyakit Lelah
Satu kajian oleh Imperial College of London telah mendapati kanak-kanak yang memakan satu biji pisang setiap hari akan mengurangkan risiko sebanyak 34% untuk mendapat penyakit asma.
Kanser
Mengambil pisang, oren dan jus oren semasa dua tahun pertama kelahiran akan mengurangkan risiko leukimia pada kanak-kanak. Sebagai salah satu sumber yang kaya dengan vitamin C, pisang membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti pisang juga mengurangkan risiko mendapat kanser kolorektal.
Kesihatan jantung
Menurut Mark Houston, seorang professor klinikal dan perubatan dari Vanderbilt Medical School, serat, potasium, vitamin C dan B6 dalam pisang membantu kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Satu kajian mendapati individu yang makan 4069 mg potasium setiap hari telah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung iskemik pada kadar 49% berbanding mereka yang hanya mengambil 1000 mg potasium.
Kandungan potasium dalam pisang juga merendahkan risiko strok, memelihara tubuh daripada kehilangan jisim otot, penjagaan kepadatan mineral tulang dan mencegah pembentukan batu karang.
Diabetes
Kajian mendapati individu yang ada penyakit kencing manis Tahap 1 dan mengambil pemakanan tinggi serat akhirnya mempunyai tahap glukos yang rendah. Manakala pesakit diabetes tahap 2 pula memperbaiki kandungan gula, lipid dan tahap insulin. Satu biji pisang saiz sederhana mengandungi 3 gram serat. Pengambilan serat yang disyorkan setiap hari adalah lebih kurang 21-25 gm untuk wanita dan 30-38 gm bagi orang lelaki.
Cirit-birit
Makanan lembut seperti sos epal dan pisang disyorkan untuk merawat cirit-birit. Kehilangan elektrolit seperti potasium semasa cirit-birit membuatkan seseorang berasa sangat lemah. Pisang dapat membantu menambahkan potasium dalam badan dan memperbaiki kesihatan pesakit yang menghidapinya.
Memperbaiki memori dan daya ingatan
Pisang mengandungi triptofan, sejenis asid amino yang dikaitkan dengan menguatkan daya ingatan dan memperbaiki mood atau angin anda.
Namun, sila berhati-hati dengan pengambilan pisang yang keterlaluan. Sebagai contoh, sekiranya anda telah dipreskripsikan dengan ubat seperti Beta-Blocker untuk penyakit jantung, anda perlu mengurangkan makan pisang kerana ubat ini sendiri memberi kesan dengan meningkatkan kadar potasium.
Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang juga tidak disarankan untuk mengambil terlalu banyak pisang. Ini kerana buah pinggang mereka mungkin tidak dapat membuang lebihan potasium dalam badan dan ini membahayakan pesakit. Apa-apa pun, makan biarlah berpada-pada. Senarai yang diberi ini cuma panduan untuk kesihatan secara umum.
Jika anda ada apa-apa penyakit atau masalah kesihatan, sila rujuk dulu dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk jenis diet yang lebih spesifik.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu kita dengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tapi usaha yang dilakukan oleh Syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut di contohi dan diberi pujian.
Ikea baru-baru ni memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah. Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.”Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Sumber : Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.