Bapa mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bayi itu baru beberapa bulan dilahirkan namun kasih seorang bapa itu sungguh suci dan murni dipandang oleh masyarakat. Pasti ramai sudah tahu apa yang terjadi kepada arwah Adam Rayqal yang berusia 5 bulan yang pada awalnya dilaporkan hilang, namun disembunyikan oleh pengasuhnya sendiri di dalam peti sejuk setelah bayi itu meninggal dunia.
Jika anda dapat saksikan perjalanan kisah ibu bapa Adam Rayqal ini, kita dapat lihat si ibu sebak dengan pemergian anaknya. Netizen sempat merakam detik-detik Farrah Madihah Othman ibu kepada Adam Rayqal yang teriak di luar rumah ketika siasatan polis sedang dijalankan.
“Bagi balik anak aku. Aku yang mengandungkan dia 9 bulan” ini antara kata-katanya ketika itu.
Ibu mana yang tak teriak apabila anak berusia 5 bulan sudah kembali ke penciptaNya. Namun menerusi klip-klip dan gambar yang tersebar, keadaan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi bapa kepada Adam Rayqal kelihatan tenang dan support si ibu walaupun hatinya turut hiba dengan pemergian anaknya itu.
Ads
Apa yang kami boleh katakan di sini, si ayah biasanya akan kelihatan tabah dan kuat demi menyokong si isteri walaupun hatinya sedih. Dia sebagai ketua keluarga harus kuat mengharungi perkara-perkara ini agar isterinya tidak mengalami gangguan mental. Isteri merupakan tanggungjawabnya, anak juga adalah tanggungjawabnya. Besarkan pengorbanan seorang suami dan bapa? Kami turut rasa kasihan kepada si bapa.
Ads
Beliau memberi kenyataan di Awani dengan berkata, “Kita mengharapkan yang terbaik kepada Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia. Insya-Allah, Adam tunggu kami sama di syurga.”Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi membantu mencari Adam,” katanya.
Ads
Jenazah bayi lelaki berusia lima bulan itu selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 malam Rabu di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Kami mendoakan agar keluarga ini kuat menghadapi dugaan Allah S.W.T dan yang bersalah harus diberi hukuman setimpal.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Serangga dan haiwan perosak merupakan ancaman utama setiap kediaman. Apatah lagi jika anda tinggal di rumah yang berdelatan dengan kawasan hutan atau semak samun. Kehadiran makhluk yang tidak diingini pasti membuatkan hidup tidak tenteram.
Sebagai contoh kehadiran semua yang banyak di dalam rumah. Pasti ia bukan sahaja menyemakkan malah menggangu makanan atau minuman kita. Disebabkan itulah ramai yang memilih jalan menggunakan produk beracun untuk menghalau atau menghapuskan semut yang bermaharajalela.
Namun tahukah anda terdapat racun semua yang tidak baik malah merbahaya kepada kesihatan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Public Health Malaysia (PHM) yang berkongsi satu info sangat penting berkaitan dengan racun semut.
Menerusi perkongsian tersebut, PHM mendedahkan sejenis produk racun semua dikenali dengan nama ‘Shang Jia Ant Clean’ dijual secara berleluasa. Sedangkan orang ramai tidak tahu bahawa produk itu mengandungi bahan bahaya kepada kesihatan dan juga persekitaran.
Jelas mereka lagi, racun tersebut mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai Mirex yang sangat lama boleh bertahan di dalam tubuh serta persekitaran. Lebih menakutkan ia juga tidak mudah terurai dan masih memberikan kesan keracunan pada tubuh walaupun selepas bertahun-tahun lamanya.
Disebabkan risiko bahaya itulah bahan ebracun Mirex sebenarnya tidak dibenarkan untuk digunakan di negara kita. Malah, ada kes pernah melaporkan mangsa masih ada lagi kesan racun walaupun selepas bertahun lamanya.
Kredit: Public Health Malaysia
Kesan Racun Mirex boleh menyebabkan simptom seperti loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan dan degupan jantung tidak sekata.
PHM turut mengigatkan orang ramai akan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara 1 tauhn atau denda sebanyak RM10,000. Jadi berwaspadalah sebelum menggunakan apa-apa produk racun serangga ya.
7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin
Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.
Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada, “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.
Saya Tak Ada Duit
Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya.
Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.
Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain.
Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.
Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya
Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan?
Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama.
Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?
Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula.
Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?
Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu
Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita.
Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.
Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.
Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya
Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua?
Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.
Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?
Saya Nak Hidup Bebas Dahulu
Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya?
Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai.
Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah.
Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wah, bukankah best begitu!
Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai
Memang diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagiaan yang mereka bina itu musnah ditengah jalan.
Ianya adalah mimpi ngeri bagi mereka apabila kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.
Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu.
Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit.
Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak..
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
JUMAAT adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Malah, lelaki yang beragama Islam diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah di masjid mahupun surau ketika masuknya waktu Zuhur.
Mengambil kira perkara ini, kerajaan Johor mewajibkan para pelanggan dan pemilik premis perniagaan lelaki yang beragama Islam untuk meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara premis ketika solat Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu bagi membolehkan golongan terbabit menjalankan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.
Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan berkerja (semasa solat Jumaat).
Katanya, perlaksanaan pernguatkuasaan itu adalah untuk memastikan semua lelaki yang wajib solat Jumaat menunaikan kewajipan mereka.
Jadi peniaga Islam yang lain boleh berniaga tetapi yang lelaki kenapa pergi makan semasa solat Jumaat. Lelaki Islam kenapa berniaga semasa orang sembahyang Jumaat.
Fared juga berkata sekiranya ada pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan solat Jumaat, bermula 1 Januari depan, diminta untuk membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.
Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.