Lay’s, jenama kerepek kentang No.1 di dunia hari ini menghidangkan pelbagai perisa dunia untuk penggemarnya di Malaysia dengan pelancaran tiga perisa Edisi Terhad Baharu menampilkan rasa manis, pedas dan segar yang ikonik dan sinonim dengan citarasa Korea, Amerika dan Mexico. Lay’s Spicy, Lay’s Tomato Ketchup dan Lay’s Chili Lime baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit untuk tempoh terhad.

“Melalui tiga perisa baharu dunia yang menarik ini, matlamat kami bukan hanya untuk membawakan lebih banyak keseronokan dalam setiap kunyahan, sebaliknya juga adalah untuk membawakan pengalaman rasa asli Korea, Amerika dan Mexico untuk pelanggan dan penikmat di Malaysia,” kata Pengarah Komersil, Pepsico Foods Malaysia, Singapura & Kepulauan Pasifik, Aditya Ahuja.

LAY’S SPICY, CITARASA KOREA

Lay’s Spicy memberikan pengalaman rasa yang unik, dengan inspirasi dari rempah ratus Korea. Ia adalah rasa yang dalam dan memuaskan, menambah kelainan kepada pengalaman menikmati snek pada kebiasaannya. Nikmati rasa dari jalanan meriah Korea dalam hanya satu kunyahan! Selain kerangupan kerepek biasa, Lay’s Spicy membawakan kerepek dengan permukaan beralun yang sarat rasa pedas di antaranya.

Ads

LAY’S TOMATO KETCHUP, CITARASA AMERIKA

Sementara itu, Lay’s Tomato Ketchup menggabungkan rasa manis, masam dan masin dalam sos, menjadikannya pelengkap makanan yang menyelerakan. Setiap kunyahan kerepek ini akan membawa anda kepada hidangan klasik ala Amerika atau barbeku, memberikan kepuasan seperti mencicah snek ke dalam sos.

LAY’S CHILI LIME, CITARASA MEXICO

Untuk ledakan rasa yang segar pula, Lay’s Chili Lime menampilkan perisa yang kaya dan penuh warna-warni ala makanan Tex-Mex. Dengan rasa yang tersendiri, kepedasan sederhana dan berasid yang menggiurkan akan membawa anda kepada suasana fiesta musim panas.

Perisa Baharu Lay’s Inspirasi Korea, Amerika & Mexico

Ads

Sempena pelancaran #LaysSpicyKorea, #LaysKetchupAmerica dan #LaysChiliLimeMexico ini, Lay’s juga ingin membawa warga Malaysia dalam satu perjalanan ke seluruh dunia di acara Lay’s Flavor Around the World – Hall of Flavor yang berlangsung di APW, Bangsar dari 18-20 Ogos 2023.

Anda boleh meneroka sendiri ke Amerika, Mexico dan Korea di booth gambar dunia, mencuba permainan Giant Round the Flavor Wheel, atau buktikan kesetiaan anda kepada Lay’s dengan cabaran Guess the Flavor.

Ads

#LaysSpicyKorea, #LaysKetchupAmerica dan #LaysChiliLimeMexico berserta semua perisa asli Lay’s boleh didapati di pasaraya utama seluruh negara, dan boleh juga diperoleh dari Shopee dan Lazada. Lay’s menawarkan perisa baharu dan asli dalam dua saiz. Semua perisa tersedia dalam saiz besar 170g, sementara Lay’s Spicy dan Lay’s Tomato Ketchup turut disediakan dalam saiz kecil 50g untuk kemudahan penikmatnya.

Tetapkan temujanji anda dengan Lay’s untuk mengikuti perjalanan kulinari dunia melalui setiap kunyahan ketika kami #OpenAWorldOfFlavor untuk anda. Layari Facebook Lay’s Malaysia untuk maklumat lanjut tentang perisa baharu dan acara Lay’s Flavor Around the World – Hall of Flavor.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI