Isteri yang curiga akan mula memeriksa telefon bimbit milik suaminya untuk melihat ada atau tidak si suami berlaku curang.

Mana tidaknya, kalau setiap masa berkepit dengan telefon bimbit sahaja. Sesiapa pun akan rasa macam sesuatu yang tidak kena.

Berita orang curang bersepah

Ditambah pula cerita orang curang sana-sini bersepah dijaja terutamanya dalam media sosial. Baik dari orang biasa sehinggalah kepada golongan selebriti.

Isteri mana yang mahu rumah tangga yang dibina hancur berkecai kerana orang ketiga atau keempat. Suami harus memahami tentang perkara ini.

Jadi sebagai suami yang mithali dan dianugerahkan Tuhan untuk menjaga seorang permaisuri bergelar isteri, elakkanlah daripada melakukan perkara sedemikian.

Ads

Intip telefon satu jenayah

Periksa Telefon Suami Senyap-Senyap Adalah Satu Jenayah Moden

Walau bagaimanapun keadaannya berbeza sama sekali di Arab Saudi. Ini kerana negara tersebut telah mengeluarkan larangan untuk mengingtip telefon milik orang lain.

Perkara ini termasuklah mengintip telefon pasangannya dan ia dianggap sebagai satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Ads

Sehubungan itu, ramai pasangan yang berkahwin di Arab Saudi berfikir dua kali sebelum mengintip telefon bimbit pasangan kerana risau dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Didenda lebih 500,000 riyal

Situasi tersebut disahkan oleh Kementerian Penerangan Arab Saudi sekali gus membuktikan undang-undang tersebut sebenarnya wujud.

Ads

Menurut kementerian itu, tertuduh boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun jika sabit kesalahan!

Pembaharuan dalam undang-undang antisiber

Dalam masa sama, peraturan diperkenalkan sebagai usaha untuk mengukuhkan sebahagian undang-undang antisiber baharu yang berkuat kuasa di negara pengeluar minyak itu minggu lalu.

Kata kementerian itu lagi, undang-undang itu diperkenalkan bagi melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka selain untuk mengekang peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah.

Sumber : bm.cari.com.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI