“Perginya Permata Ummah”, Datuk Seri Dr. Zulkifli Lahirkan Rasa Sedih Pemergian Tuan Guru Datuk Ismail Kamus

Share

KUALA LUMPUR – Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Berita pemergian tokoh agama tanah air itu dikongsi laman Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga ALLAH SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi ALLAH SWT taala,” kata pusat perubatan berkenaan.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Menurut laman Facebook berkenaan, Jenazah Allahyarham akan diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ramai yang mezahirkan rasa sedih dengan pemergian tokoh ilmuan dan pendakwah, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

PERGINYA PERMATA UMMAH ALMARHUM AL-USTAZ AL-KABIR USTAZ ISMAIL KAMUS (1948 – 2020)⁣

Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.⁣

Kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di Malaysia setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1. Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.⁣

Kali terakhir saya makan bersama almarhum adalah pada 17 Disember 2019. Walaupun kelihatan uzur, namun almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut.⁣

Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah. Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum.⁣

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

MASKULIN: إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, Al-Fatihah

Sumber: Sinar Harian, instagram Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia

Published by
Roselinda