Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita!
Kesan Luka
Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.
Anda seorang yang pelik!
Ads
Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan ‘aneh’ lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak ‘biasa-biasa’ saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!
Peluh
Ads
Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.
Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!
Ads
Uban
Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?
Cermin mata
Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas. Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.
Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.
Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.
Bantal yang berpeta dan kekuningan pasti membuatkan tidur anda tidak selesa dan silap hari bulan tempat membiaknya hama. Waktu tidur adalah waktu yang paling berharga buat semua orang, mendapat tidur yang selesa adalah penting.
Jika anda perasan, setiap kali anda menukar sarung bantal, bantal anda tidal lagi kelihatan putih seperti dahulu, mungkin ada kesan kekuningan akibat kelembapan akibat peluh ketika anda tidur. Jangan dibuang bantal tersebut, ada cara dan petua yang boleh memutihkan semula bantal itu dan menyelamatkannya.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Hasilnya, bantal kekuningan tadi bertukar menjadi putih bersih!
Selamat mencuba.
Sumber: Ceritera.pw
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah ayam nampak kaki, tuah manusia siapa yang yang tahu. Itulah pepatah yang boleh kita gunakan buat 8 orang jutawan di malaysia ini. Benarlah kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Jom kita ikut jejak langkah 8 tokoh ini, sangat memberi inspirasi…
Jawatan: Pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts
Pekerjaan dahulu: Pekerja pejabat
Robert Kuok merupakan pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts. Mungkin sukar untuk dipercayai bahawa ahli perniagaan dan pelabur ini bermula sebagai seorang ‘office boy’. Beliau kemudiannya memulakan perniagaan dengan sokongan saudara-mara.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai kerani di jabatan perdagangan beras bagi konglomerat perindustrian Jepun, Mitsubishi Shoji Kaisha ketika pendudukan Jepun, iaitu antara tahun 1942 dan 1945, di Singapura. Kuok tidak lama kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan di syarikat berkenaan. Selepas perang, beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari di sana menerusi perniagaan keluarganya di Johor.
Beliau adalah seorang yang pemalu dengan media. Kebanyakan perniagaan miliknya dipegang secara peribadi oleh beliau atau keluarganya. Selain mempunyai pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikatnya juga mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Teh Hong Piow merupakan pengasas dan pengerusi Public Bank Berhad. Beliau memulakan kerjaya perbankannya pada tahun 1950 hanya sebagai seorang kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd. Beliau naik pangkat kepada pegawai dalam tempoh 5 tahun. Teh menyertai Malayan Banking Berhad sebagai pengurus pada tahun 1960. Kemudian pada tahun 1964, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar pada usia semuda 34 tahun. Teh kemudian meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1966 untuk menubuhkan Public Bank.
Pekerjaan dahulu: Penjual aiskrim menggunakan basikal
Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang ahli perniagaan, pelabur dan dermawan. Beliau bertindak sebagai pengerusi eksekutif IOI Corporation Berhad, atau lebih dikenali sebagai IOI Group. IOI tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit, menghasilkan lemak khusus dan oleokimia, dan membangunkan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Lee dibesarkan di timur laut Kuala Lumpur di sebuah ladang getah, dimana bapanya menjalankan perniagaan di kedai makanan Cina yang kecil. Beliau meninggalkan sekolah pada usia 11 tahun untuk membantu keluarganya dengan menjual ais krim menggunakan basikal. Setelah 4 tahun, beliau kembali ke sekolah menengah. Lee kemudiannya mencari pekerjaan dengan syarikat perladangan kelapa sawit, Dunlop Estate sebagai penyelia. Akan tetapi, beliau tidak diterima bekerja atas alasan tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Ini kerana pada masa itu, orang Eropah masih memiliki kebanyakan ladang.
Bagaimanapun, Lee yang hanya berusia 22 tahun ketika itu, tidak ambil pusing dengan penolakan tawaran kerja tersebut. Beliau meneruskan perjuangan untuk merebut peluang bekerja sebagai penyelia lapangan dengan sebuah syarikat minyak sawit yang lain. Selepas 20 tahun kemudian, Lee membeli Dunlop Estate. Ia sekaligus menjadi penanda aras kepada kejayaan yang dimiliki beliau sekarang.
Pekerjaan dahulu: Penternak lembu dan penjual daging
Syed Mokhtar Albukhary adalah seorang ahli perniagaan, usahawan dan dermawan. Beliau adalah pengasas Yayasan Albukhary, iaitu sebuah organisasi amal antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan. Ia memfokuskan kepada pembangunan sosial. Beliau mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan. Hari ini, Syarikat Kumpulan Albukhary adalah kumpulan perniagaan yang terdiri daripada DRB-Hicom, MMC dan Tradewinds.
Syed Mokhtar pernah menanam sayur-sayuran bersama-sama ibunya untuk menambah pendapatan keluarga. Kemudiannya, beliau juga pernah menjual nasi lemak di pasar Jalan Telok Wan Jah. Selain itu, beliau menolong bapanya menternak lembu dan kerbau, namun diduga dengan wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternakan petani mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau meninggalkan bidang ternakan dan menjadi pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970. Pada masa itu, Syed Mokhtar baru berumur 19 tahun. Beliau membeli lebihan daging lembu yang dijual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling merupakan pengasas dan pengerusi Sunway Group, sebuah konglomerat yang beroperasi dalam 12 cabang industri, dengan perniagaan utama dalam hartanah dan pembinaan. Jeffrey Cheah merupakan Canselor Yayasan Universiti Sunway di Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang amanah pengasas Yayasan Jeffrey Cheah.
Selepas tamat belajar, Jeffrey Cheah kembali ke Malaysia untuk bekerja sebagai akauntan di sebuah pelantar pemasangan motor. Beliau kemudiannya meninggalkan kerja tersebut. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, syarikat perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan dengan modal permulaan sebanyak RM100,000. Hari ini, Sunway Group merupakan salah satu konglomerat pembinaan hartanah yang terulung di Malaysia.
Jawatan: Pengerusi dan ketua eksekutif Berjaya Group
Pekerjaan dahulu: Kerani bank
Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun atau lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad atau juga dikenali sebagai Berjaya Group, konglomerat yang tersenarai di bursa saham Malaysia.
Perniagaan utamanya termasuk pemasaran pengguna dan jualan langsung, pelaburan hartanah dan pembangunan, hotel dan resort, pembangunan rekreasi, pengurusan permainan dan loteri, makanan dan minuman, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan alam sekitar dan pelaburan teknologi bersih, perdagangan dan pengedaran motor, serta telekomunikasi dan perkhidmatan, penyelesaian dan produk yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Pengasas Tune Group Sdn Bhd, dan Pengerusi Queens Park Rangers
Pekerjaan dahulu: Juruaudit
Pada usia muda, Fernandes akan mengikuti ibunya menjual bekas plastik di pesta jualan barangan itu. Selepas berjaya memperoleh ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, beliau bekerja buat sementara waktu dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit. Dari tahun 1987 hingga 1989, beliau bertugas sebagai pengawal kewangan di Virgin Records, sebuah syarikat milik Richard Branson yang terletak di London. Fernandes telah diperkenalkan sebagai ahli bersekutu bagi Persatuan Akauntan Bertauliah Yang Diiktiraf (ACCA) pada tahun 1991. Beliau kemudian menjadi rakan ahli pada tahun 1996. Beliau kini merupakan ahli Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).
Setelah pulang ke Malaysia, Tony Fernandes yang ketika itu berumur 27 tahun telah menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Dari tahun 1992 hingga 2001, beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Warner Music Group. Sewaktu Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meletakkan jawatan demi merealisasikan cita-citanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia pada masa itu.
Pada bulan September 2001, Fernandes membeli AirAsia dan menjadi ketua eksekutifnya. Pada tahun 2013, beliau menjadi pengacara The Apprentice Asia, rancangan realiti dimana sekumpulan ahli perniagaan muda yang bercita-cita tinggi bersaing untuk mendapatkan peluang bekerja dengan Fernandes.
Jawatan: Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Kumpulan MD, Eversendai Corporation Berhad
Pekerjaan dahulu: Penjual surat khabar
Pada zaman remajanya, Tan Sri A K Nathan pernah bekerja sebagai penjual surat khabar, iaitu pada umur 15 tahun. Malah, beliau juga memegang jawatan operator mesin pencetak dan penjual insurans.Pada tahun 1984, Nathan mengasaskan Eversendai Corporation Berhad dan berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah urusan kumpulan syarikat berkenaan. Beliau telah menjadi pengarah eksekutif bagi Eversendai Corporation Berhad sejak 12 Ogos 2004. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi Technics Oil & Gas Limited dari 1 April 2013 hingga 21 Julai 2014.
Nathan telah menerima banyak penghargaan. Antaranya ialah Anugerah Pembinaan Emas 2008 dari Kelab Pemimpin Perdagangan di Madrid, Sepanyol; Usahawan Malaysia Tahun 2008 dari Ernst & Young; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Tahun 2008 oleh CIDB; dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepimpinan dalam Industri Pembinaan oleh Forum Ekonomi Cina Dunia pada tahun 2015.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.