
Ini 5 sebab mengapa lelaki masih memilih perempuan kurus sebagai pasangan mereka, bukanlah menidakkan mereka bertubuh gempal, tetapi ini yang majoriti lelaki mahukan, walaupun ada yang akan mengganggap info ini berat sebelah. Selamat berdiet!
1. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi
Ketika anda melihat bahagian pinggang ke pinggul, seorang wanita yang kurus akan kelihatan mempunyai rupa ukuran badan (curve) yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan terlihat lebih seksi.
2. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi Dalam Soal Berpakaian.
Wanita berbadan kurus akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya mereka mengenakan pakaian yang sesuai. Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil.
3. Wanita Kurus Mudah Untuk Diangkat
Kaum lelaki merasakan wanita berbadan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita gemuk.
4. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing.
Terdapat garis perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna seperti seorang model.
5. Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur.
Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita gemuk. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, cari lah wanita yang berbadan kurus.
Sumber: bm.cari
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jejaka Paling Tampan Dalam Sejarah Filem Perancis, Alain Delon Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

Dunia perfileman Perancis kehilangan seorang legenda yang pernah mewarnai industri seni negara itu apabila Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Memetik laporan BBC, Alain Delon menghembuskan nafas terkahir dengan tenang dikelilingi oleh tiga anaknya dan keluarga terdekat di kediamannya di Douchy.
Menurut kenyataan keluarga, pelakon yang terkenal dengan ketampanannya ketika muda itu berdepan dengan masalah kesihatan yang serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuklah mengalami strok pada tahun 2019.
Pernah dikenali sebagai jejaka paling tampan di dalam filem, Alain membintangi banyak filem terkenal sejak tahun 1960-an.
Penampilannya sentiasa mencuri hati para peminat tanpa mengira watak yang dimainkan, sama ada seorang pembunuh mahupun seorang penipu yang berkarisma.

Presiden Perancis Emmanuel Macron turut memberi penghormatan kepada bintang legenda ini dengan menyatakan bahawa Alain “telah memainkan watak legenda dan membuatkan dunia bermimpi”.
Dalam satu ciapan di laman X, Emmanuel turut menyifatkan Alain bukan sekadar seorang Bintang, tetapi juga “tugu peringatan Perancis”.
Dia akan dikenang sebagai ikon terbesar dalam sejarah pawagam Perancis dan Eropah, yang bekerja dengan ramai pengarah terkenal.

Dilahirkan pada 1935, Alan membuat penampilan pertamanya dalam filem pada tahun 1957 ketika berusia 22 tahun.
Sepanjang kerjayanya, Alain telah bekerja dalam hampir 90 filem.

Penampilan umum terakhirnya adalah ketika menerima anugerah kehortmat Palme d’or di festival filem Cannes pada Mei 2019.
Ibarat mengetahui yang itu adalah penampilan terakhirnya, Alain sempat mengucapkan selamat tinggal ketika berucap di majlis anugerah itu.
“Ia sedikit penghormatan selepas kematian, tetapi ketika masih dalam jangka hayat saya.
“Saya akan pergi, tetapi saya tidak akan pergi tanpa mengucapkan terima kasih,” ucap Alain.
Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Alain termasuklah Rocco and His Brothers (1960), The Black Tulip (1964), Zorro (1975), The Return of Casanova (1992) dan banyak lagi.
Sumber: BBC
BACA: ‘President Snow The Hunger Games’ Meninggal Dunia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Apa Hukum Pakai Jam Di Tangan Kiri, Ya?” Ikuti Penjelasan Dari Mufti Wilayah Tentang Persoalan Ini

Lelaki dan jam memang tak dapat dipisahkan. Malah Bagi MASKULIN, tak lengkap untuk seseorang lelaki untuk nampak segak jika tangannya polos tanpa jam tangan.
Dan pada masa kini, jam tangan bukan lagi berfungsi untuk memberitahu waktu sahaja. Ia lebih daripada itu dan mempunyai banyak fungsi-fungsi berbeza. Ada jam untuk majlis eksklusif, jam pintar, jam jogging dan juga jam berbentuk koleksi seperti G-Shock.
Bercakap tentang pemakaian jam pula, ada orang selesa memakai di tangan kiri dan ada juga yang lebih cenderung memakainya di tangan kanan.
Tapi jika ikutkan norma biasa ramai yang memakai jam di tangan kiri. Tapi apakah hukumnya dalam agama Islam kerana apa yang kita tahu tangan kiri lebih sinonim untuk kita gunakan membersihkan sesuatu yang kotor (basuh berak).
Inilah persoalan yang telah diajukan oleh seorang follower kepada Mufti Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Penjelasan ini turut dikongsi oleh beliau di laman sesawang rasminya iaitu www.muftiwp.gov.my.
Nak tahu apa hukum memakai jam di tangan kiri? Ikuti perkongsian Mufti Wilayah di bawah.
POIN PENTING ULASAN MUFTI WILAYAH:
- Ya, Rasulullah memang suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan Baginda.
- Sebagai contoh Rasulullah memulakan pemakaian, menyikat, makan dan minum dengan tangan kanan.
- Ulama Syafie berpandangan pemakaian cincin di tangan kanan lebih afdal.
- Bagi pemakaian jam pula, mereka berpandangan ia lebih sesuai didiyaskan kepada pemakaian cincin.
- Pemakaian jam di tangan kiri tidak termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang bukan Islam.
- Kesimpulannya, memakai jam di tangan kiri adalah harus.
PERKONGSIAN PENUH MUFTI WILAYAH

Soalan:
Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum seseorang itu memakai jam di tangan kiri ? Adakah ia dianggap menyelisihi sunnah kerana Rasulullah S.A.W suka kepada tayammun (mendahulukan anggota kanan) dalam setiap urusan baginda ?
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.
Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: ‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti (2/236).
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه وإن شاء في خنصر يساره كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل ; لأنه زينة ، واليمين أشرف
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.
Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/333)
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
English Premier League Dijangka Bakal Digantung Kerana Penularan Coronavirus

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita terbaru membabitkan pasukan Arsenal berkaitan dengan Coronavirus atau COVID-19.
Hasil pemeriksaan dan ujian telah mendapati ketua jurulatih mereka, Mikel Arteta telah didapati positif COVID-19. Lantaran itu kelab dari Utara London tersebut telah mengambil langkah drastik dengan pemain serta kakitangannya melakukan kuarantin di rumah serta melakukan ujian lanjut.

Berikutan dengan itu, perlawanan Arsenal pada minggu ini menentang Brighton telah ditunda, sama seperti perlawanan menentang Manchester City pada Rabu lalu.
Dan terbaru, pemain bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi juga telah didapati positif COVID-19. Seluruh pasukan Chelsea kini menjalani isolasi dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib di United Kingdom.
Premier League telah mengumumkan bahawa kesemua perlawanan akan diteruskan namun dengan perkembangan terkini yang dilihat semakin serius ramai berpendapat ia bakal berubah.
Kesemua wakil kelab pada hari ini bakal mengadakan perjumpaan tergempar bersama pihak Premier League berkenaan apakah langkah yang harus diambil untuk menangani isu ini.
Rata-rata melihat mesyuarat ini akan mengumumkan bahawa English Premier League (EPL) bakal digantung sama seperti beberapa liga di negara Eropah yang lain seperti Seria A di Italy, Eredvisie di Belanda dan La Liga di Sepanyol. Manakala di Jerman dan Perancis, perlawanan liga dijalankan dengan stadium kosong tanpa penyokong.

Beberapa bekas pemain profesional yang merupakan pengulas sukan terkenal seperti Gary Lineker dan Gary Neville sangat lantang bersuara dan menyeru pihak berwajib Premier League menggantung liga buat sementara waktu demi keselamatan orang awam.
Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy juga sedang melakukan kuarantin diri selepas salah seorang ahli keluarga terdekatnya jatuh sakit dan disyaki positif.
Manakala tiga pemain Leicester City juga dilaporkan sedang menjalani ujian COVID-19 selepas dilaporkan menunjukkan simptom awal jangkitan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI