Perdana Menteri UAE Antara Terawal Terima Vaksin Koronavirus

Share

Hari demi hari peningkatan kes jangkitan COVID-19 berlaku di seluruh dunia. Negara kita juga sedang berdepan dengan gelombang ketiga penularan yang masih samar bilakah ada penghujungnya. Namun, kita boleh melandaikan penularan ini dengan mengikuti segala nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Di UAE, Perdana Menteri mereka iaitu Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Makktoum menjadi antara indiviu awal menerima suntikan vaksin.

Menurut laporan Aljazeera, Sheikh Mohammad yang juga Timbalan Presiden UAE dan pemerintah Dubai dilaporkan menerima suntikan vaksin tersebut semalam. Ia juga dikongsi oleh beliau menerusi laman media sosial Twitter dengan memuat nik sekeping foto dirinya menerima suntikan.

“Kami mendoakan kesihatan dan keselamatan semua orang. Kami berbangga dengan pasukan kami yang bekerja keras bagi memastikan vaksin ini boleh didapati di UAE. Masa depan UAE akan menjadi lebih baik,” kongsinya menerusi hantaran tersebut.

Vaksin yang diterima Perdana Menteri UAE tersebut merupakan vaksin yang sedang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinopharm.

Foto hiasan: Xinhua/Zhang Yuwei

Perdana Menteri mereka merupakan individu terkini menerima suntikan tersebut selepas beberapa barisan pegawainya. Malah pada 16 Oktober lalu, Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan juga menerima suntikan sama. Ia diikuti dengan beberapa jemaah menteri kabinet kerajaan mereka.

PERINGKAT UJIAN

Media tempatan UAE juga turut melaporkan bahawa pekerja di barisan hadapan terutamanya pasukan kesihatan turut mendapat suntikan sama.

Walau bagaimanapun menurut laporan vaksin tersebut masih lagi dalam peringkat ujian tahap ketiga iaitu ujian klinikal yang terkahir. Namun ia dilaporkan selamat dan efektif untuk digunakan.

Syarikatt-syarikat farmaseutikal di seluruh kini sedang melakukan kajian dan ujian untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang terbaik dengan proses ujiannya bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Sehingga kini UAE telah mencatatkan sebanyan 135,141 kes jangkitan dengan seramai 497 kematian.

Mungkin inilah sinar baharu untuk warga dunia yang ingin melihat pandemik ini berakhir.

Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: Aljazeera

Published by
Farizul Izwany Ibrahim