Perdana Menteri ke-7 Is Back! Adakah Anda Inginkan Kembali Maskulin Edisi Istimewa Ini?

Share

SIAPA YANG INGIN DAPATKAN KEMBALI EDISI ISTIMEWA MASKULIN JANUARI 2016 MENAMPILKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD?

PRU 14 sememangnya mendebarkan dan penuh dengan kejutan. Sehingga jam 5 pagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan penuh dari pelbagai pihak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tahta sebagai kerajaan penggal kali ini. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan presiden parti Pakatan Harapan dengan memenangi majoriti kerusi parliment, menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang ke 7 Malaysia. Sejarah tercipta buat pertama kalinya, apabila pembangkang akan mentadbir Negara mulai hari ini!

Maskulin pada suatu ketika berkesempatan untuk menemubual tokoh yang paling disanjungi Malaysia walaupun beliau sudah berusia 92 tahun. Menerusi temubual yang diadakan di pejabat lama beliau di KLCC suatu ketika dahulu, team Maskulin menyingkap liku-liku dan pengorbanan beliau ketika mentadbir Malaysia selama 22 tahun menjadikan beliau Perdana Menteri terlama memegang jawatan tersebut.

 

Isu yang kami keluarkan pada Januari 2016 mendapat sambutan hangat dari penyokong tegar dan rakyat Malaysia, apabila naskah yang di cetak sebanyak 3000 Berjaya di jual tanpa return! Bukan senang nak lihat wajah Dr Mahathir menghiasi kulit majalah. Pelbagai pandangan dan pendapat yang kami timba sepanjang temu bual bersama beliau. 

 

Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa kerajaan boleh bertukar tangan jika rakyat Malaysia bersatu. Suara rakyat yang dahagakan perubahan menjadikan beliau masih berjuang habis-habisan untuk bangsa, agama dan negara. Edisi Januari 2016 ini menjadi inspirasi dan memori buat anak cucu di dimana buat pertama kalinya kami menemu ramah Syed Saddiq yang menyuarakan suara anak muda sekaligus telah memenangi kedudukan di Muar, Johor. Semoga Edisi yang padat dengan info kepimpinan ini tidak malap dipadam dari ingatan. Sekalung tahniah buat Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir, kerana berjaya mencipta sejarah.

 

 

 

Published by
Maiya Deen