Perbezaan Di Antara Kolesterol Baik & Kolesterol Jahat

Share

Dalam diet pemakanan kita setiap antara perkara yang sering diambil berat ialah kandungan kolesterol. Bagi anda yang sangat menjaga kandungan setiap makanan yang diambil, kadar kolestrol merupakan satu faktor yang penting. Perbezaan antara ambil tahu dan tidak ini boleh memberikan impak cukup besar.

Apa tidaknya dengan kadar kolestrol yang tinggi dalam badan ia boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan. Malah kita juga terdedah dengan pelbagai jenis penyakit serta simptom yang boleh mengancam nyawa.

Namun ramai yang sebenarnya tidak tahu bahawa terdapat kolestro baik dan juga kolestrol jahat. Kedua-dua jenis kolesterol ini sebenarnya berada dalam dua kategori iaitu high density lipoprotein (HDL) yang dianggap kolestreol baik. Manakala low density lipoprotein (LDL) pula dianggap sebagai kolesterol jahat.

Jadi apakah perbezaan utama antara dua jenis kolesterol ini?

HDL

HDL dianggap sebagai kolesterol baik karena ia berfungsi dan membawa tugas mengangkut kolesterol ke dalam organ hati. Ia kemudiannya dibuang ke dalam kantung empedu, sehingga tubuh bersih dari kelebihan kolesterol.

Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardiovaskular. Memetik kajian harvard.edu, kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.

Foto: Pexels/Trang-doan

LDL

Manakala LDL pula dikenali sebagai kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. LDL mengandung lebih banyak lemak daripada HDL.

Jadi semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.

Penumpukan plak ini kemudian menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekali gus boleh menjadi punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung atau strok.

Jadi untuk LDL, semakin rendah angkanya semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang dari 130 mg/dL jika Anda tidak menderita penyakit aterosklerotik atau diabetes. Jika seseorang memiliki penyakit aterosklerotik atau diabetes kadar LDL dalam darah tidak boleh lebih dari 100 mg/ dL, atau bahkan 70mg/ dL.

Penyebab LDL Tinggi

Penyebab kolesterol jahat atau LDL tinggi meliputi:

  • Diet tinggi lemak
  • Obesiti
  • Kurang melakukan senaman atau bergerak
  • Faktor genetik
  • Ketagihan alkohol
  • Merokok
  • Kencing manis

SUMBER MAKANAN HDL

  • Ikan salmon, tuna, mackerel dan cod (Omega-3)
  • Minyak zantiun, bunga matahari
  • Kacang walnut, hajus dan pistachio
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan

SUMBER MAKANAN LDL

  • Kek, karjerin, krimer
  • Kulit atau lemak haiwan, santan
  • Kuning telur yang diambil berlebihan
  • Minuman 3 dalam 1
  • Makanan proses seperti sosej, nugget, bebola ikan, kek ikan
  • Minyak yang diulang pakai
  • Makanan laut dan organ dalaman haiwan
  • Snek ringan seperti jajan

Jangam lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim