1) Peram 12 tahun

Peram Filem Selama 12 Tahun, 5 Fakta Menarik Tentang Filem Dukun Yang Anda Harus Tahu

Filem ini telah dibuat pada tahun 2007, ketika itu Umie Aida masih tidak berhijab dan Elyana sedikit berisi. Menurut sumber, filem ini dekat dengan sejarah yang menimpa negara kita sekitar tahun 90an. Kerana filem ini dikaitkan dengan kes berprofil tinggi, maka keluarga pihak terbabit mengharamkan filem ini ditayangkan. Setelah pihak Astro Shaw berjaya membuktikan bahawa filem ini tidak begitu berkait rapat dengan kes terbabit, masing-masing mencapat kata setuju untuk tayangan filem ini.

 

 

  • Video Viral Kebaya Merah

Peram Filem Selama 12 Tahun, 5 Fakta Menarik Tentang Filem Dukun Yang Anda Harus Tahu

IKLAN

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang video viral gadis berkebaya mereh yang dijumpai oleh seorang pemandu berkali-kali sepanjang pemanduannya. Sebenarnya netizen tertipu dengn helah yang dibuat oleh pihak Astro Shaw sendiri kerana ia merupakan gimik untuk mempromosikan filem ini. Namun, netizen tidak langsung dapat mengaitkan gadis berkebaya merah itu dengan filem Dukun yang telah mula ditayangkan pada hari ini.

 

  • Filem tersebar sebelum tayangan

 

Hakikatnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan filem tersebut sebelum hari tayangan rasminya. Jika anda melihat filem yang tular di sosial media tempoh hari, pasti anda akan melihat perbezaan dengan filem sebenar. Dalam filem yang tular tersebut, anda akan dapat melihat filem tersebut dipotong pada penghujungnya. Ada segelintir pihak mengatakan bahawa filem yang tular itu merupakan salah satu gimik Astro Shaw untuk mempromosikan filem Dukun.

IKLAN

 

 

  • Para Pelakon mengalami gangguan ketika di set

Peram Filem Selama 12 Tahun, 5 Fakta Menarik Tentang Filem Dukun Yang Anda Harus Tahu

IKLAN

Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Umie Aida dan Elyana. Menurut cerita Elyana beliau sepatutnya ke set pengambaran pada jam 4 pagi, dan ketika dalam perjalanan ke sana, banyak bunyi-bunyi pelik yang didengarinya. Mendengar cerita dari pelakon hebat Umie Aida pula, dia hampir histeria di scene-scene terakhir filem ini. Ini berikutan Umie Aida harus menjiwai watak Diana Dahlan dimana dia perlu melakukan ritual-ritual pelik sepanjang pengambaran.

 

 

 

  • Filem berdasarkan kes berprofil tinggi Mona Fendi

Peram Filem Selama 12 Tahun, 5 Fakta Menarik Tentang Filem Dukun Yang Anda Harus Tahu

Walaupun filem ini dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang bomoh terkenal, namun seluruh Malaysia tahu ia berkait rapat. Jika anda pernah menonton dokumentari Mona Fendi, pasti anda dapat gambaran filem ini. Mona Fendi merupakan seorang penyanyi pada tahun 90an, namun telah menukar profesionnya dengan menjadi seorang bomoh dengan mengamalkan ilmu hitam. Mona bersama suaminya telah disabitkan kesalahan dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah ketika itu. Kes yang melibatkan seorang ahli politik Mazlan Idris yang mayatnya telah dikerat 18 dan dijumpai di sekitar kawasan perumahan Mona Fendi. Walaupun motif sebenar filem ini berbeza dari kisah benar, namun penceritaannya masih sama.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI