Ini perkongsian dari Dr Muhamad Iqbal Rosali yang bekerja sebagai Pegawai Pergigian. Ini jawapan bagi pertanyaan mengenai GC TOOTH MOUSSE adakah ia sesuai untuk anak-anak anda.
1. Saya bawa anak saya ke klinik gigi, doktor cadangkan GC TOOTH MOUSSE. Untuk apa dan perlu ke?
Kalau anak anda giginya tidak rosak, atau tidak bawa anak ke klinik gigi, anda pasti tidak akan pernah dengar tentang ini.
GC TOOTH MOUSSE datang dalam bentuk gel dan disapu pada permukaan gigi. Sapuan ini mengandungi 10 peratus Casein Phosphopeptide Amorphous Calcium Phosphate (CPP-ACP). Di peringkat komersial dikenali sebagai Recaldent™️
Fungsi CPP-ACP ialah untuk mengangkut kalsium dan phosphate ke enamel (lapisan luar gigi) dan membantu menguatkan gigi.
2. Kenapa anak saya perlukan GC TOOTH MOUSSE?
Biasanya sapuan ini diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah karies gigi atau pun yang menunjukkan tanda-tanda awal gigi akan rosak seperti putih-putih atau kekuningan pada gigi.
Kalau gigi anak tidak rosak, doktor gigi akan mencadangkan penggunaannya sebagai langkah pencegahan.
Ads
3. Semua orang boleh pakai ke GC TOOTH MOUSSE?
Mengikut lampiran produk, sesiapa yang alergik kepada susu lembu perlu dapatkan nasihat doktor untuk menggunakannya. Alergik maksudnya ada berlaku keradangan selepas minum susu lembu, bukan yang jenis mual atau senang muntah bila hadap susu. ?
4. Dah guna GC TOOTH MOUSSE, tapi tak berkesan pun?
Kemungkinan cara penggunaannya tidak betul.
Cara yang betul ialah, selepas disapu pada permukaan gigi, jangan makan atau minum, atau dijilat dengan lidah (sebab benda ni sedap) untuk sekurang-kurangnya 3 minit. Biarkan selama yang boleh. Lagi lama, lagi bagus.
Ads
5. Bagus ke produk ini?
Ya. Sangat berkesan jika penggunaannya betul teratur. Gigi yang sudah rosak teruk memang tidak dapat diselamatkan dengan produk ini, tetapi mampu mencegah gigi-gigi lain daripada rosak. Produk ini juga boleh membantu menguatkan semula gigi yang menunjukkan tanda-tanda awal karies gigi.
6. Anak saya disapukan Flourida ketika lawatan ke klinik gigi. Adakah sama dengan GC TOOTH MOUSSE?
TIDAK. Sapuan flourida di klinik gigi mengandungi 2 kali ganda tahap kepekatan flourida berbanding ubat gigi dewasa. Hanya doktor gigi atau jururawat pergigian sahaja yang boleh menyapu flourida pada gigi.
Ads
GC TOOTH MOUSSE tidak mengandungi flourida. Ia selamat jika tertelan, tapi ia bukanlah makanan (walaupun rasanya sedap)
7. Bolehkah dipakai setiap kali sebelum tidur?
Boleh. Waktu tidur kemungkinan sapuan tidak dikacau atau dijilat adalah tinggi. Lebih lama sapuan dibiarkan pada gigi, lagi bagus dan berkesan.
8. Umur berapa boleh gunakan? Selamatkah untuk bayi?
Sesiapa sahaja boleh gunakannya. Ibu mengandung juga digalakkan. Ya, ia selamat untuk bayi.
SUMBER : FACEBOOK IQBAL ROSALI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka.
Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
1. Listerine dan cuka
Apa yang perlu dilakukan:
Sediakan campuran satu cawan Listerine, satu cawan cuka putih dan 2 cawan air.
Rendam kaki anda dalam campuran selama 15 minit.
Keluarkan kaki anda dan gosokkannya menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
Bilas dengan air bersih.
Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.
Ulangi setiap hari sehingga tumit anda sembuh.
Bagaimana ia berfungsi: Listerine mengandungi thymol dan alkohol, yang membantu melawan kulat pada kuku jari kaki, menyembuhkan tumit merekah, menenangkan kulit dan merawat kutil. Asid ringan yang ada dalam cuka melembutkan kulit kering dan mati, menjadikannya mudah untuk mengelupas.
2. Tepung beras, madu, dan cuka
Apa yang perlu dilakukan:
Gosok tumit dengan campuran 3 sudu tepung beras, satu sudu madu dan 2-3 sudu cuka sari epal.
Kacau bahan-bahan tersebut untuk membentuk pes tebal.
Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit, dan gosok lembut dengan menggunakan pes untuk menghilangkan kulit mati.
Ulangi proses 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Tepung beras dapat mengekalkan dan membersihkan kulit. Madu adalah antiseptik semula jadi yang membantu menyembuhkan kaki merekah. Cuka adalah asid ringan yang melembutkan kulit kering dan mati, menjadikannya mudah untuk mengelupas.
3. Pisang
Apa yang perlu dilakukan:
Hancurkan dua biji pisang sehingga menjadi tampalan lembut. Pastikan pisang yang digunakan telah masak kerana pisang belum masak mengandungi asid yang keras untuk kulit.
Perlahan-lahan gosokkan tampalan tersebut di kaki anda selama 20 minit.
Selepas 20 minit, bilas kaki anda dengan air bersih.
Ulangi setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Pisang adalah pelembap kulit semula jadi. Ia mengandungi vitamin A, B6, dan C, yang semuanya membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengekalkan hidrasi.
4. Madu
Apa yang perlu dilakukan:
Tambah satu cawan madu ke dalam besen yang mengandungi air suam.
Rendamkan kaki dalam campuran dan perlahan-lahan urut selama 20 minit.
Perlahan-lahan gosok kulit kaki anda menggunakan batu apung.
Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.
Lakukan secara berkala sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Madu adalah humectant semula jadi, bermakna ia menarik air keluar dari dalam tisu hingga ke lapisan luar kulit. Peralihan bendalir ini dapat membantu menyembuhkan kulit luar.
5. Minyak sayuran
Apa yang perlu dilakukan:
Bersihkan kaki anda dengan teliti.
Keringkan kaki anda menggunakan tuala lembut.
Sapukan minyak sayuran pada tumit dan kaki anda.
Pakai sarung kaki yang bersih dan selesa dan biarkan semalaman.
Lakukan setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Minyak sayuran mudah diserap oleh kulit. Kebanyakan minyak sayuran mengandungi vitamin seperti provitamin A, D, dan E, yang semuanya membantu menyuburkan kulit dan mencipta sel-sel baru.
6. Vicks VapoRub
Apa yang perlu dilakukan:
Gunakan lapisan Vicks VapoRub sebelum tidur.
Urut kaki selama 5 minit, kemudian gunakan sarung kaki.
Basuh kaki anda dengan air hangat keesokan harinya.
Lakukan setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vicks VapoRub mengandungi kapur baring, kayu putih dan asas minyak turpentine yang dapat memerangkap kelembapan.
7. Serbuk penaik
Apa yang perlu dilakukan:
Tambah 3 sudu serbuk penaik dalam semangkuk air suam. Kacau campuran sehingga serbuk penaik larut.
Rendam kaki anda selama 15 minit.
Keluarkan kaki anda dan gosok perlahan-lahan dengan batu apung.
Bilas dengan air bersih dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
Ulangi prosedur dua kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Baking soda adalah exfoliant. Ia membuang sel-sel kulit mati dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Serbuk penaik juga boleh meneutralkan bau busuk.
8. Gel Aloe vera/ lidah buaya
Apa yang perlu dilakukan:
Rendam kaki anda dengan air hangat dan gosok menggunakan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
Keringkan kaki dan kemudian sapukan lapisan aloe vera yang tebal pada kaki anda.
Pakai sarung kaki yang lembut.
Basuh dengan air suam pada waktu pagi.
Ulangi setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Aloe vera mengandungi vitamin A (beta-carotene), C, dan E. Ini mempunyai sifat antioksidan manakala kolesterol, campesterol, β-sitosterol dan lupeol yang terkandung dalam aloe vera mempunyai sifat anti-radang.
Lupeol juga bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.
9. Vaseline dan jus lemon
Apa yang perlu dilakukan:
Rendam kaki anda dalam air suam selama 20 minit. Bilas, dan keringkan.
Tambah 3-4 titisan jus lemon dalam satu sudu teh Vaseline dan kacau campuran tersebut.
Guna campuran ini pada tumit anda dan pada bahagian kaki yang merekah.
Pakai sarung kaki semalaman.
Basuh kaki menggunakan air suam pada waktu pagi.
Lakukan secara kerap sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vaseline bertindak sebagai pelembap dan asid sitrik dalam jus lemon menghilangkan kulit mengelupas dan menumbuhkan semula sel-sel kulit baru.
10. Garam Epsom
Apa yang perlu dilakukan:
Tambah separuh secawan garam Epsom ke dalam air suam di dalam besen.
Kacau campuran hingga sebati.
Rendam kaki anda selama 15 minit.
Gosok kaki untuk membuang kulit mati.
Lakukan 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Garam Epsom mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Sulfat membantu melepaskan toksin dan logam berat dari sel-sel, mengurangkan kesakitan dan membantu tubuh untuk menghilangkan bahan-bahan yang berbahaya.
Sumber: Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran? Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.
KENAPA MUDAH MARAH?
1) Sukar Mengawal Emosi
Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.
2) Kurang Sabar
Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.
3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat
Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda-sendakan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.
4) Berfikiran Negatif
Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.
5) Berdendam
Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.