Industri muzik Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan berita tragis apabila penyanyi terkenal Wheesung ditemui meninggal dunia. Dia ditemui di kediamannya di Seoul semalam pada 10 Mac, menurut laporan Yonhap News yang memetik sumber polis.
Penyanyi berusia 43 tahun itu, yang nama sebenarnya Choi Whee-sung, ditemui tidak dalam keadaan kaku oleh ibunya sebelum pihak kecemasan dihubungi.
Kejadian ini berlaku kurang sebulan selepas pelakon Kim Sae-ron juga ditemukan meninggal dunia. Secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan mengenai tekanan dalam industri hiburan Korea Selatan.
Menurut laporan daripada JoongAng Ilbo, pihak polis sedang menyiasat punca kematian. Ini termasuklah kemungkinan sama ada bunuh diri atau pengambilan dadah berlebihan dos.
Setakat ini, tiada tanda-tanda pencerobohan atau unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Bagi memastikan punca sebenar kematian, pihak berkuasa merancang untuk menjalankan bedah siasat dengan kerjasama Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.
Legasi Seni dan Kejatuhan
Wheesung memulakan kariernya dalam industri muzik pada tahun 2002 dengan album Like A Movie, sekali gus mencuri perhatian ramai menerusi vokalnya yang mantap.
Beliau terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Can’t You, Insomnia, dan Even Thought Of Marriage yang menjadi siulan peminat.
Selain bergelar penyanyi, Wheesung juga berbakat dalam bidang penulisan lagu. Karya-karyanya dinyanyikan oleh beberapa artis terkenal. Antaranya Dance The Night Away (TWICE), Crazy Because of You (T-Ara), Heaven (Ailee), dan Sonata of Temptation (Ivy).
Ads
Kejayaan ini menjadikannya antara komposer dan penulis lirik yang disegani di Korea Selatan. Namun, perjalanan seninya mula terjejas apabila dia dikaitkan dengan isu penyalahgunaan dadah sekitar lima tahun lalu.
Kes tersebut menyaksikan Wheesung dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah memiliki dan menggunakan ubat terlarang secara haram.
Selepas dibebaskan, beliau kembali aktif dalam industri muzik dan dijadualkan mengadakan konsert bersama penyanyi KCM di Daegu pada 15 Mac ini.
Kejutan Buat Keluarga dan Peminat
Berita pemergian Wheesung memberi tamparan hebat kepada ahli keluarga dan peminatnya.
Ads
Pihak agensi mendiang, Tajoy Entertainment, dalam satu kenyataan menyatakan bahawa upacara pengebumian akan diadakan secara tertutup mengikut permintaan keluarga terdekat.
“Proses pengebumian terpaksa ditangguhkan kerana keluarga masih dalam keadaan terkejut dan berduka dengan berita yang mengejutkan ini,” kata wakil agensi tersebut.
“Majlis peringatan akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.”
Ads
Di saat peminat masih dalam keadaan tidak percaya, satu lagi kenyataan dari agensi mendedahkan bahawa punca kematian Wheesung dipercayai akibat serangan jantung. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian beliau.
Dengan pemergian Wheesung, industri K-pop kehilangan seorang lagi bintang berbakat yang pernah menyinari dunia hiburan dengan suara dan karya-karya hebatnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala legasi seninya terus diingati oleh peminat di seluruh dunia.
Sumber: Koreatimes, Naver
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini, lelaki tak boleh nak beri alasan susah kalau nak turunkan berat badan.
Seperti kisah lelaki ini, 30 tahun menderita obesiti, seorang lelaki bertekad menurunkan berat badan daripada 183 kilogram (kg) kepada 99kg hanya menggunakan ‘formula’ jaga pemakanan dan bersenam
Perjalanan Muhammad Jazli Hassan dalam Mengatasi Obesiti
Seorang pekerja sambilan, Muhammad Jazli Hassan, 39, telah melalui episod kehidupan yang panjang dan mencabar untuk mencapai berat badan terkini.
“Saya mengalami masalah obesiti sejak awal kelahiran sehinggalah saya berusia 30 tahun. Kalau mahu cerita tahap keseriusan obesiti yang saya alami ini, pada usia enam tahun berat saya mencecah 40kg.
Muhammad Jazli mengalami masalah kegemukan daripada usia muda.
“Semakin bertambah usia, semakin bertambah berat badan sehingga mencecah 183kg pada tahun 2015,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Isnin.
Dia berkata demikian bagi mengulas video tular di laman sosial, TikTok yang memaparkan dirinya bergambar dengan pakaian bersaiz XXXXXL. Tambahnya, dia mula menyedari bahawa bertubuh gempal adalah tidak sihat dan boleh membahayakan nyawa.
Perubahan Gaya Hidup
Pada tahun 2016, Muhammad Jazli memberitahu bahawa dia mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan.
“Ketika itu, berat saya mula merosot tetapi tidak kekal lama kerana dia kemudiannya diuji dengan kemalangan sehingga menyebabkan pergerakan terbatas dan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana Covid-19.
“Keadaan itu menyebabkan berat badan saya bertambah menjadi 155kg yang mana ia hampir menyamai berat asal (183kg). Bagaimanapun, pada tahun 2023, saya memulakan aktiviti senaman dan jaga pemakanan semula,” ujarnya.
Usaha yang Berterusan
Jelas Muhammad Jazli, walaupun mengalami masalah kegemukkan tetapi dia bersyukur kerana terhindar daripada penyakit yang sering dikaitkan dengan orang berbadan besar.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tidak ada masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Disebabkan itu, saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini untuk kekal sihat,” katanya.
Nasihat kepada Ibu Bapa
Dalam pada itu, dia turut menasihati ibu bapa untuk tidak memiliki tanggapan bahawa anak kecil yang berbadan besar itu comel.
Katanya, pemikiran itu boleh membahayakan kesihatan si kecil kerana mereka berisiko berhadapan dengan masalah kesihatan apabila dewasa.
Muhammad Jazli Hassan merupakan contoh individu yang gigih dalam mengatasi cabaran obesiti dan terus berusaha untuk kekal sihat. Semoga kisahnya menjadi inspirasi kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan dengan baik.
Bila berpuasa semua pun nampak sedap kan? Tetapi kita perlulah pandai pilih makanan dan minuman berkhasiat ketika berbuka puasa.
Tambahan lagi buat anda yang sedang berdiet, pengambilan buah dan sayur amat penting untuk membantu penurunan berat badan secara seimbang.
Pemilihan buah haruslah tepat dan betul kerana gula yang terdapat di dalam buah juga harus dikira. Jika tinggi gula, maka tidak sesuailah untuk diet. Betul tak? Di sini, kami akan kongsikan jus buah atau sayur yang sesuai diamalkan.
Jus Oren
Sumber Gambar : Pexels
Jus oren yang dibuat di rumah merupakan alternatif yang sihat dan rendah dengan kalori. Jus oren yang baru diperah dianggap sebagai jus kalori negatif iaitu sesuai untuk badan kamu kerana hanya memerlukan sedikit sahaja tenaga untuk membakar kembali kalori tersebut.
2. Jus Amla
Sumber Gambar : Times of India
Bagus kalau kamu dapat minum jus amla pada setiap pagi kerana kandungan kalorinya yang rendah. Pada masa yang sama, jus amla dapat bantu menjaga sistem pencernaan kamu sepanjang hari dan mempercepatkan metabolisme dalam badan.
Menurut laporan, jus ini juga dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Untuk kesan yang ketara, ambil ketika perut masih lagi kosong.
3. Jus Delima
Sumber Gambar : Any Lane from Pexels
Jus delima sememangnya rendah dalam kalori (134 kalori) dan bagus untuk kulit mendapatkan glow secara semula jadi. Untuk pengetahuan kamu, buah delima juga kaya dengan antioksidan, polyphenols dan conjugated linolenic acid.
4. Jus Tembikai
Sumber Gambar : Bruno Scramgnon from Pexels
Hanya mengandungi 30 kalori bagi setiap 100g hidangan boleh membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan terhidrat. Buah tembikai ini juga kaya dengan amino acid arginine iaitu salah satu bahan yang membantu dalam pembakaran lemak secara pantas.
5. Jus Timun
Sumber Gambar : Toni Cuenca from Pexels
Timun sememangnya popular dengan fakta “rendah kalori dan tinggi jumlah kandungan air”. Pada masa yang sama, sayur ini langsung tidak mengandungi gula dan seterusnya memberikan hidrasi yang cukup kepada penerimanya.
6. Jus Beetroot
Sumber Gambar : ROMAN ODINTSOV from Pexels
Kaya dengan nutrien, tidak mempunyai lemak dan kolestrol, jus ini sememangnya menjadi sumber serat makanan larut dan tidak larut yang baik. Untuk rasa yang lebih sedap, kamu boleh tambahkan beberapa titis perahan lemon, secubit garam dan serbuk jintan panggang.
7. Jus Peria Katak
Sumber Gambar : ROMAN ODINTSOV from Pexels
Minum jus peria katak secara berkala boleh merangsang hati keluarkan asid hempedu yang diperlukan untuk metabolisme lemak. Memang terbukti peria katak ini rendah kalori, minum jus sebanyak 100g peria katak, kamu hanya akan mengambil sebanyak 17 kalori sahaja!
8. Jus Lobak Merah
Anna Pustynnikova/Getty Images
Minum segelas jus ini di awal pagi boleh berikan tenaga yang cukup sehingga waktu tengah hari. Sesuai untuk turunkan berat badan dengan konsisten, jus lobak merah sangat sesuai kerana mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi.
Nak lagi berkesan, ambil sebiji lobak merah campurkan dengan sebiji epal, 1/2 biji oren dan sedikit halia untuk dijadikan detoks bagi buang toksin dalam badan.
Bagi yang ingin turunkan berat badan dan dapatkan kesan yang lebih cepat, amalkan beberapa jenis jus ini.
Untuk info, kalori merupakan unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Begitu juga jika nak tambah berat badan pekara sebaliknya perlu di ambil perhatian. Tapi AWAS Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki dengan bayaran paling tinggi di dunia ini. Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya.
The Rock atau pun nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi satu hantaran di laman Instagramnya telah berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan bekam .
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.
Sumber Gambar : dbfitnessinjuryclinic
4 Kelebihan Terapi Bekam
1. Kesegaran Tubuh Badan
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
2. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
3. Rawat Kulit Bermasalah
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
4. Buang Angin Dalam Badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.