Masyarakat Islam sedunia menerima seorang lagi saudara baharu apabila penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil’ Jon kini memeluk agama Islam baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Plus, pengislamannya diketahui umum melalui satu video yang tular di media sosial, memaparkan Lil’ Jon melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lil’ Jon, atau nama sebenar Jonathan H Smith, 53, menitipkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mengucapkan tahniah, memberikan sokongan dan semangat menerusi hantaran di laman sosial Instagram
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara sekalian atas curahan kasih sayang dan positiviti,” kongsinya.
Ads
Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Foto: Tangkap layar video Lil’ Jon melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jon yang memakai kopiah merah dalam video berdurai 1 minit 50 saat itu lancar melafazkan syahadahnya di King Fahd Mosque.
Ads
Beliau yang juga DJ dan penerbit cukup dikenali dalam arena muzik Hollywood melalui beberapa lagu serta kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher.
Terdahulu, berita pengislaman aktivis terkenal Shaun King turut mencuri perhatian media antarabangsa pada Ramadan tahun ini.
Baiki sendiri tv rosak, bunyi macam terror sangat ye. Maklumlah kalau pergi hantar kedai mahunya beratus habis. Kalau ikutkan harga baiki tu boleh beli yang baru.
Nak baiki sendiri tv rosak takut lagi ‘jahanam’ terus. Tapi kalau tak dicuba kita tak tahu kan. Perkongsian daripada Eezwan Manaf ini harap dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah tv rosak seperti ini.
Baiki Sendiri Tv Rosak, Tepek Salotape Saja
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba-tiba berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tibi baru kat Shopee.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa-apa. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya. Kita londeh satu-satu.
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board)
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb (board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.
4. Kali ke berapa try tiba-tiba dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus-ratus duitku. Alhamdulillah.
5. Jadi kalau tv korang jalur-jalur macam tv ni korang baiki sendiri je. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.
Lihat caranya:
1. Tengok youtube waktu ni. Mula-mula nampak sikit jalurnya pastu terus out.
2. Ni bahagian belakang tv. Saya buka semua skru dan tarik keluar. Senang je yang ni. Dia tak ada klip-klip. Boleh cabut terus lepas semua skru dah dibuka.
3. Ini lah bahagian pcb atau board dia. Cari 2 kabel macam dalam gambar yang warna putih tu. Tv lain mungkin berbeza sikit. Yang penting ada kabel macam tu.
4. Ini 2 kabel yang disambungkan kat pcb. Yang ni la kena cabut dan letak salotape kat belakang tu. Kena cuba satu-satu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.
5. Salotape biasa je pakai. Berapa ringgit je ni. Ni pun pakai yang dah sedia ada. Kena potong kecik sikit.
6. Salotape kat bahagian ni saja. Belakang cable tu.
.
7. Akhirnya berjaya! Boleh buka servis baiki tv rosak la lepas ni.
MASKULIN : Moga ia membantu. Berapa lama bertahan tak pasti tapi sekurangnya jimatlah duit untuk hantar kedai atau beli yang baru ye.
Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right? Jom kita lihat sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
1. Peluang ada di mana-mana
Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai kantoi!
2. Test Market
Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermainSMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.
3. Pernah Ditipu
It’s the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.
4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut
Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat. Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak . Atau lebih bijak lagi, beriam diri. Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan. Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.
5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan
Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai. Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu dan ‘merajuk’.
6. Sudah Tiada Cinta Lagi
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…
7. Salah Lelaki Itu Sendiri
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.
Elakkan daripada terdedah dengan ‘peluang’, lari darinya dan fokuskan kepada orang yang tersayang. Benar, agak tempting mendengar cerita nakal rakan sekerja yang pernah berlaku curang. Tapi pernahkah anda bertanya cerita di sebalik kebanggaan itu. Rasa bersalah dan berdosa pasti akan mengejar si pelaku curang, sooner or later.
Sumber : Zon Lelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang mendefinisikan kacak atau handsome apabila mempunyai bentuk badan yang sado, kurus, tinggi dan kulit muka yang licin. Namun ada juga yang memandang kacak sebagai sesuatu yang subjektif. Jatuh cinta dan menyukai seseorang memang mudah. Namun apabila cinta ditolak oleh orang yang kita minati memang agak perit untuk dihadapi.
Tetapi inilah yang terjadi pada Mos Sataporn apabila cintanya ditolak oleh seorang gadis lalu dia bernekad untuk menguruskan badan agar menjadi inspirasi kepada semua.
Jejaka yang berasal dari Thailand itu mengalami berat badan hampir 155 kilogram dan seringkali diejek oleh rakan-rakannya. Walaupun tubuh fizikalnya boleh dikatakan lebih tinggi berbanding jejaka Asia lain, iaitu 185 sentimeter tetapi BMI jejaka ini masih berada dibawah kategori obesiti.
Dia tidak mengambil ejekan itu sebagai sesuatu yang serius, tetapi selepas cintanya ditolak dia merasakan perlu membuat transformasi terhadap keadaan fizikalnya.
Walaupun agak sukar, Mo mula menggantikan makanan yang tinggi kalori dengan makanan yang lebih sihat. Dia juga turut pergi ke gym untuk membesarkan ototnya.
Dalam masa sebulan, berat badan Mo turun sebanyak 5 kilogram. Dia meluangkan masa untuk bersenam sewaktu pagi dan meneruskan diet harian pemakanan daripada sarapan pagi sehingga makan malam untuk memastikan transformasi itu benar-benar berlaku.
Dan hari ni, selepas setahun mengamalkan gaya hidup yang sihat, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram.
Dengan badan yang kurus dan tinggi, makin ramai gadis-gadis mula terpikat dengannya. Kata Mos, “Jika anda mahu diet, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk melawan diri anda. Jika orang lain boleh melakukannya, mengapa tidak?”.
Actions speak louder than words. Kalau sekadar azam ingin kuruskan badan tetapi tidak diikuti dengan usaha yang gigih pun tak boleh juga kan?
Sumber : taikotai.tv
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.