Penyakit TB disebabkan oleh kuman Mycobacterium tuberculosis iaitu sejenis bakteria yang memasuki sistem pernafasan seseorang individu melalui udara. Ia juga boleh memasuki badan manusia melalui sistem pemakanan. Kuman TB disebarkan dari seorang pesakit yang mempunyai kuman ini di dalam kahak atau titisan air dalam nafasnya apabila individu tersebut batuk atau bersin.
Tahukah Anda?
Kuman TB bukan sahaja boleh menular ke paru-paru tetapi juga menjangkiti organ-organ di luar paru-paru (ekstra pulmonari) seperti buah pinggang, usus, otak, tulang dan juga mata.
Jangkitan TB pada mata boleh menyebabkan penghidapnya menjadi buta. Jangkitan kuman ini menular melalui sistem darah yang sampai ke mata menyebabkan masalah-masalah seperti:
– Radang bahagian mata putih
– Jangkitan kepada rongga orbit
– Radang kelenjar lakrimal
– Radang pada struktur belakang (posterior) bola mata melibatkan retina dan koroid
– Jangkitan otak dan saraf mata (optik)
– Jangkitan pada kulit di sekitar kelopak mata.
Ads
Apakah gejala-gejala penyakit mata akibat TB?
Individu yang berisiko tinggi adalah tergolong daripada mereka yang sedang menghidap TB aktif, pernah menghidap TB suatu masa dahulu, atau mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit TB aktif atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah kerana sesuatu penyakit kronik seperti kencing manis dan mengambil ubatan steroid.
Mereka harus segera berjumpa dengan doktor apabila mengalami gejala-gejala seperti berikut:
– Mata merah
– Mata bengkak dan tersembul
– Sakit mata
– Penglihatan menjadi kabur
– Mata juling secara tiba-tiba
Ads
Kuman TB boleh menyerang kulit di sekitar mata, mata putih (konjunktiva), mata hitam (kornea) dan sklera.
Tanda-tanda mata merah, nodul putih dan pengeluaran nanah adalah sebahagian tanda-tanda jangkitan di kawasan ini.
Apabila kuman TB menjangkiti rongga orbit, maka ia akan menyebabkan sakit mata, bengkak, bernanah dan mata tersembul.
Sekiranya dibiarkan, kuman TB akan ‘memakan’ tisu-tisu di dalam rongga orbit seperti otot-otot mata, saraf-saraf, lapisan lemak dan lain-lain, sehingga kemusnahan tisu semakin melarat.
Ads
Serangan di struktur belakang mata iaitu pada retina dan koroid menyebabkan sistem salur darah tersumbat dan membawa kepada kekurangan oksigen pada retina.
Akibatnya, fungsi retina akan terganggu dan menyebabkan pesakit mungkin berakhir dengan kebutaan.
Kuman TB yang menyerang otak pula boleh membentuk kumpulan nanah (brain abscess) dan meningkatkan tekanan dalam otak (tekanan intrakranial).
Apabila ini terjadi, manifestasi gejala-gejala neurologikal seperti sawan, lumpuh dan tidak sedarkan diri menjadi antara petanda yang biasa berlaku.
Ia juga boleh menyebabkan kelumpuhan saraf kranial mata yang menyebabkan mata menjadi juling secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Al-Quran adalah kitab suci yang sangat jelas dan sukar untuk disalah fahami, demikian pendapat pelakon terkenal Amerika Syarikat, Will Smith.
Memetik laporan Sinar Harian, Will Smith memberitahu dia mula membaca al-Quran pada Ramadan tahun lalu.
“Saya suka kesederhanaan, al-Quran sangat jelas dan sukar untuk disalah erti.
“Semangatnya sangat indah dan jelas,” katanya ketika ditemu bual temu bual di sebuah rancangan audio siar Big Time Podcast.
Selain Al-Quran, dia juga membaca dua kitab lain temasuk Taurat dan Bible, namun mendapati al-Quran saling berkaitan dengan kitab-kitab itu.
“Saya terkejut bagaimana ia menceritakan satu kisah daripada Taurat melalui Bible dan ke dalam al-Quran. Saya tidak faham sepenuhnya Ibrahim sebagai bapa dan kemudian berpisah dengan Ishaq dan Ismail, sangat indah apabila mendapat penyempurnaan pemahaman itu,” jelas Will lagi.
Dalam pada itu, pelakon Men In Black itu turut berkongsi perasaan ‘cintanya’ kepada negara Timur Tengah dan budaya negara itu.
“Saya rasa saya adalah jin pada masa lalu. Saya suka berada di sini,” kata Smith yang pernah memegang watak Genie dalam filem Aladdin.
Zaman sekarang mendidik anak-anak merupakan cabaran yang hebat bagi ibu bapa. Yelah dengan arus permodenan yang tidak terbendung dan tidak terkawal mungkin sahaja boleh menyebabkan anak-anak tersasar dari landasan lagi-lagi bagi anak lekaki yang sememangnya sukar untuk dikawal.
Jadi, jika anda ingin membesarkan anak, anda harus tahu bagaimana cara supaya anak lelaki itu dibesar dengan tidak jadi besar kepala. Ikuti perkongsian Taufiq Razif ini.
1. Kurangkan Gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!
2. Bagitahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.
3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai je.
Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!
4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.
5. Mula daripada sekarang jugak
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
Anak dibawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
Kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
InsyaAllah suatu hari nanti anak kita semua akan membesar menjadi anak yang taat dan berbuat baik pada kita semua dan akhirnya menjadi saham akhirat yang berguna untuk kita semua walaupun kita dah takde lagi di dunia ini. Amin.
p/s : Tolong ajar ilmu ini kepada pasangan masing-masing ye! Sebab benda ni sangat berimpak besar pada perkembangan si comel kita suatu hari nanti.
Semoga bermanfaat.
sumber: petuaibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stokin memaparkan kalimah Allah yang dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd.
Penjualan stokin itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa murka di atas insiden berkenaan.
Susulan itu, pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri sebagai duta KK Super Mart itu jika kedai rangkaian serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, selebriti berusia 39 tahun itu mengakui terkesan dengan apa yang berlaku dan bersetuju bahawa tindakan meletakkan kalimah Allah pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam.
“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.
“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan, tetapi saya akan berdiri teguh sebagai umat Islam di mana apabila perkara yang tidak betul, salah, dan melanggar peraturan berlaku, saya tidak akan sokong,” kata Shuib.
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, kecuaian hingga menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan institusi diraja (3R) tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana perniagaan dan sesebuah syarikat haruslah meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.
“Kita akan marah kerana isu membabitkan kalimah Allah sangat besar. Apa yang berlaku sangat keji,” tegasnya.