Penyakit Paling Di Takuti Lelaki, Kenali Dengan Mudah Simptom Serangan Jantung, 30 Hari Sebelum Ia Berlaku

Share

Penyakit yang paling ditakuti lelaki. Sakit jantung boleh menyerang secara tiba-tiba ataupun melalui gejala awal yang dapat dikesan. Ia terjadi akibat pembuluh arteri dalam jantung yang menjadi semakin sempit akibat plak yang terbentuk daripada kolestrol. Dinding arteri yang semakin menyempit ini menyebabkan darah mengalir dalam kuantiti yang tidak mencukupi hingga menyebabkan serangan jantung berlaku.

Buat lelaki, apa yang penting ialah mengenali simptom-simptom serangan jantung yang mungkin berlaku kepada anda. Difahamkan, tanda-tanda ini boleh muncul sebulan sebelum serangan berlaku.

1. Kepenatan Melampau

Pembuluh arteri menjadi sempit dan mengakibatkan darah yang dipam ke jantung anda berkurangan. Ini menyebabkan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa seterusnya mengakitkan anda jadi letihd an lesu tanpa sebab. berhati-hati jika anda berasa letih melampau walaupun tak buat kerja apa-apa atau pergi bersenam.

2. Nafas Pendek

Hari demi hari anda berasakan nafas anda semakin pendek ataupun sukar bernafas, jaga-jaga kerana anda mungkin akan mengalamai serangan jantung. Apabila kurang darah dapat dipam ke jantung, ia mengakibatkan kurangnya oksigen dapat dibawa ke bahagian paru-paru yang menjadi punca nafas pendek. Simptom ini merupakan antara anda bakal mendapat serangan jantung.

3. Pening-pening & Peluh Sejuk

Antara sipmton serangan jantung lain ialah rasa pening dan pengaliran peluh sejuk yang luar biasa. Pengepaman darah yang tidak lancar ke jantung juga mengakibatkan sekatan terhadap aliran darah kepada bahagian otak yang mengakibatkan anda rasa pening-terutamanya ketika bangun serta merta dari karusi atau katil.

4. Tak Selesa Pada Bahagian Dada

Kandungan oksigen yang tidak mencukupi pada otot-otot jantung boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada anda. Rasa tidak selesa boleh berubah menjadi sakit sehingga sakit jantung sebenar dirasai.

 

Apa yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Terlambat?

Jika anda pernah merasai simptom-simptom ini dan dalam masa yang sama keluarga anda mempunyai sejarah sakit jantung, segera merujuk kepada doktor. Rujuk juga rajah di atas yang menunjukkan diagram rasa sakit/tidak selesa pada bahagian tubuh yang berpotensi kepada serangan jantung. Simptom-simptom ini mungkin nampak simple dan tidak begitu menyakitkan, tetapi ia mungkin berubah menjadi serangan jantung yang paling ditakuti lelaki!

Sumber: LifeHealth&Beauty

 

Published by
Ruziana Zainal