Manusia ni, sudah terhantuk baru terngadah, pernah dengar kan peribahasa ni? Samalah dengan Tajul Afiq, 29 tahun seorang Pensyarah Universiti Awam. Dahulunya, dia seorang yang gemuk dan penghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Sejak kenal pasti mempunyai kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi di usia muda apabila membuat pemeriksaan darah (tidak ditahap kritikal, masih mild). asalnya ada masalah kulit badan, doktor nasihatkan untuk jalani ujian gula, dari situ dapat tahu mengenainya awal.
Bila doktor nasihat untuk dapatkan berat badan yang ideal saya rasa lebih baik saya mula diet. Tak kan nak makan ubat sepanjang hayat. Lagipun, penyakit saya ini masih diperingkat awal, jadi pencegahan secara sihat itu masih boleh dilakukan, tambah pula dengan usia saya yang masih muda ketika itu. Dari situ, saya belajar dan mempunyai target persendirian dalam penurunan berat badan.
Standard lah kalau mula-mula tu muscle pain, bukan senang nak bawak badan berat ni. Kadang-kadang malu pun ada. Tapi sekarang dah tak ada dah. Cuma jangan terlebih senam, badan akan mogok, mulalah sakit sana sini. Nak kurus ni, kena chill-chill.
Mungkin saya dah boleh tubuhkan fanclub? (bergurau). Jujur, masa gemuk dulu tak ada sesiapa pun pandang. Sekarang ni ramai peminat, sampai ada students
perempuan confess dekat saya, haha.
Topik ni subjektif, untuk memiliki bentuk badan yang sihat tak semestinya masuk gym. Sebab dekat rumah, pejabat, taman/ tasik pun boleh lakukan semanan. Sebagai contoh di taman rekreasi, ada juga equipments ala-ala gym. Gym ni untuk mereka yang inginkan body shape yang cantik.
Nak kurus sebenarnya senang, tapi nak maintain kurus tu paling susah. Cara saya, kita kena ada knowledge pasal diet. Tetapkan matlamat jangka pendek, sebab jangka pendek akan capai terlebih dahulu. Hati kena cekal, azam kena kuat. Jangan terpengaruh dengan produk-produk yang tidak tahu asal usulnya tu. Nak maintain kurus kena DISIIPLIN.
Nasihat saya, malas macam mana pun, buat sesuatu untuk keluarkan peluh setiap hari. Contoh, kemas rumah, basuh kereta, turun naik tangga di office dan sebagainya. Paling penting jaga pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berminyak. Keluarga tiga serangkai ni, sekali kena memang kena berhati-hati. Tidur secukupnya, jangan stres dan sentiasa berfikiran positif. Always create happiness in what ever you doing although simple thing.
Tahniah, Tajul Afiq!