Pengguna kenderaan pada zaman kni tidak dinafikan sangat bergantung kepada aplikasi tunjuk arah seperti Waze. Namun, jika tidak ditetapkan dengan betul ia boleh membawa ke jalan merepek! Itulah yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal baru-baru ini.
Seorang pemuda berusia 32 tahun yang sepatutnya pulang ke Pulau Pinang selepas berhari raya di rumah seorang rakan di Sungai Lalang berdepan detik cemas. Ini selepas mendapati dirinya sesat selama enam jam di hutan Felda Teloi Kanan, Kedah.
Kejadian malang itu telah menimbulkan perbincangan hangat di laman sosial di kalangan warganet tentang keberkesanan aplikasi navigasi seperti Waze dalam menunjukkan arah yang betul terutamanya di kawasan pedalaman.
Penunggang motosikal tersebut memilih untuk menggunakan Waze sebagai panduan arah ke destinasi seterusnya iaitu rumah abangnya di Sungai Petani.
Namun, nasibnya tidak baik apabila aplikasi tersebut membawanya masuk ke dalam kawasan hutan yang gelap dan terpencil pada jam 1 pagi. Lebih malang lagi kawasan tersebut terdapat sedikit atau hampir hingga tiada langsung liputan telekomunikasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Setelah beberapa kali melalui jalan yang sama tanpa hasil, barulah pada jam 7 pagi, dia menemui kawasan yang mempunyai sedikit liputan dan terus membuat panggilan kecemasan.
Ads
Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil. Pasukannya menemukan mangsa pada jam 8.10 pagi dalam keadaan lemah serta terketar-ketar dan menangis akibat panik.
Selepas ditenangkan dan diberikan rawatan awal pemuda tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur untuk pemeriksaan lanjut. Kes ini juga telah dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
BUKAN KALI PERTAMA
Insiden ini bukanlah yang pertama berlaku di kawasan tersebut. Menurut penduduk setempat, tersesat di kawasan kampung itu memang kerap berlaku, terutama pada waktu malam.
Kawasan ini dikelilingi oleh kebun getah dan laluan yang sepatutnya diambil ialah Jalan Persekutuan Alor Setar – Butterworth yang hanya 10 minit perjalanan ke Sungai Petani.
Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya memilih laluan yang lebih dikenali dan elakkan mengambil jalan pintas yang tidak familiar, terutama di kawasan yang jarang dilalui.
Selain itu, ia juga menyerlahkan keperluan untuk aplikasi navigasi mengemaskini data mereka secara berkala untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
Ads
Anda sebenarnya boleh elak laluan yang bukan-bukan seperti ini dengan membuat tetapan yang betul di aplikasi Waza.
1) Buka aplikasi waze dan pilih setting. 2) Klik pada pilihan yang yang dikehendaki seperti suara dan paparan visual. 3) ‘ON’ butang elak jalan sungai, jalan berbelit dan sebagainya. 4) Akhir sekali pilih ‘Don’t allow’.
Semoga kejadian ini memberikan pengajaran kepada kita semua khususnya yang sering bergantung kepada aplikasi seperti Waze.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Tanyalah mana-aman orang terutamanya lelaki. Di antara perkara paling mengujakan ialah bila penasihat jualan menghubungi anda bahawa kereta sudah sampai dan akan anda terima.
Ia satu perkara yang cukup menyeronokkan apatah lagi jika kereta itu sudah lama anda tunggu hingga berbulan-bulan lamanya. Tapi di sebalik keterujaan anda itu jangan pula anda main terima macam itu saja ya.
Ada beberapa perkara penting perlu anda periksa sebelum terima kereta baru daripada penasihat jualan. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa checklist penting yang boleh anda gunakan bila nak ‘pick up’ kereta baru.
BAHAGIAN LUARAN
Walaupun kereta anda masih baru keluar kilang namun terdapat juga sedikit risiko bahagian luarannya mungkin ada kesan kemek atau calar. Perkara ini biasanya mungkin berlaku semasa kereta dalam transit ke lokasi anda.
Perhatikan bahagian luaran dan berjalanlah mengelilingi kereta melihat kondisinya dengan teliti. Anda juga boleh periksa kualiti kerja cat yang mungkin ada sedikit kecacatan. Jika ada ajukan segera rungutan anda kepada pihak pengedar.
Selepas periksa bahagian luar anda boleh teruskan kepada bahagian dalam. Masuk ke dalam ruang tempat duduk kereta bahagian depan dan periksa kondisi papan pemuka, tempat duduk, kotak simpanan, ruang letak botol air dan juga bahagian panel kawalan aircond dan audio. Selain itu perhatikan juga pada bahagian cermin sama ada ada kesan retak atau calar.
Pemeriksaan kereta baharu pada bahagian enjin ini bukanlah terlalu terperinci. Tetapi lebih kepada melihat takat minyak dan air pada komponen tertentu. Anda harus pastikan kandungan minyak enjin, coolant, minyak brek dan air pengelap cermin terisi pada tahap yang penuh.
Lihat juga bahagian bawa bonet depan untuk pastikan tiada sebarang kebocoran yang berlaku. Hidupkan enjin dan jika ada gegaran ganjil sila ambil perhatian. Ekzos juga tidak seharusnya mengeluarkan asap berwarna hitam.
PENGHAWA DINGIN
Cara terbaik nak pastikan aircond berfungsi dengan baik ialah buka dan tengok berapa lama ruang dalaman kabin boleh sejuk. Jika ruang dalaman kabin ambil masa terlalu lama nak sejuk mungkin ada masalah pada sistem penghawa dingin.
ELEKTRIKAL
Periksa komponen menggunakan tenaga elektrik dengan baik. Pasang dan periksa kesemua lampu sama ada pada bahagian luaran mahupun dalaman. Walaupun kecil terdapat risiko berlaku kerosakan pengdawaian akibat gigitan haiwan seperti tikus ketika kereta dalam simpanan di kilang mahupun ketika transit.
TAYAR
Kereta baharu yang mungkin lama diletakkan secara statik boleh mengakibatkan berlakunya ‘flat spots’. Ia boleh mengakibatkan tayar menjadi mudah rosak dan tidak tahan lama. Periksalah kondisi tayar dengan teliti.
Kereta baru anda tidak seharusnya mempunyai jumlah bacaan odometer yang tinggi. Jika kurang daripada 100km mungkin boleh diterima. Namun jika lebih, anda perlu dapatkan penjelasan daripada penasihat jualan mengapa bacaannya tinggi.
PANDU UJI
Walaupun anda mungkin sudah melakukan pandu uji sebelum membelinya namun lakukanlah sekali lagi apabila menerimanya. Lakukan pemanduan jarak dekat dan rasai sendiri jika ada sesuatu yang tidak kena.
DOKUMENTASI
Akhir sekali lakukan pemeriksaan dokumentasi. Pastikan nombor casis, nombor enjin dan maklumat penting pada kereta sama seperti dokumen yang anda terima.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada masa kini kebanyakan perkakasan eletrik dan elektronik bersifat mudah alih. Malah ia hadir dengan penggunaan tanpa wayar dengan bergantung kepada kuasa yang dibekalkan dari bateri yang boleh dicas semula.
Salah satu peralatan elektrik yang cukup penting di kalangan pemilik kereta ialah mesin hampagas mudah alih atau mesin vakum mudah alih. Di pasaran kini terdapat pelbagai tawaran vakum mudah alih yang hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Selain kecil dan mudah untuk disimpan di dalam kereta, mesin vakum ini mampu membersihkan kereta daripada debu serta kotoran dalam masa yang singkat. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian ketika menggunakan mesin ini agar lebih selamat dan memberikan hasil yang terbaik.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip penggunaan vakum mudah alih di dalam kereta.
GERAKAN PELBAGAI ARAH
Ketika menggunakan vakum mudah alih terutamanya di bahagian kusyen, gerakkan mesin ke pelbagai arah. Ia bagi memastikan debu-debu yang tersembunyi dapat disebut dengan sepenuhnya. Selain itu ia juga gerakan yang baik juga boleh mengelakkan kusyen mudah rosak atau terkoyak.
JANGAN PASANG TERLALU LAMA
Ketika melakukan pembersihan di dalam kereta kita kadang-kadang boleh leka dan ralit. Namun jangan pula lupa bahawa anda menggunakan mesin yang boleh panas. Penggunaan kebanyakan vakum mudah alih kebiasaannya tidak harus berlanjutan melebihi setengah jam.
Lakukan proses pembersihan dengan berkala dan berhenti selang beberapa minit. Apatah lagi jika vakum itu tidak disokong oleh sistemm penyejukan yang baik.
BUNYI TIDAK NORMAL
Apabila anda sudah lama dan terbiasa menggunakan vakum mudah alih sendiri pastinya sudah arif jika ada perubahan bunyi. Jika terdapat bunyi tidak normal keluar ketika vakum terpasang maka periksalah dengan segera.
Anda anda dapati tiada kotoran pada bahagian pengumpulan itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Ingat, sentiasa simpan vakum di tempat yang kering. Jangan lap suis vakum dengan kain yang basah kerana dikhuatiri berlaku litar pintas.
BUANG SISA DEBU SETIAP MASA
Pastikan juga setiap kali selepas menggunakan vakum mudah alih lakukanlah pembersihan dengan segera. Buang segala sisa debu atau habuk yang terkumpul. Semasa melakukan proses pembersihan perhatikan juga jika ada sebarang kebocoran pada beg debu.
JANGAN SEDUT SEMBARANGAN
Salah satu perkara yang boleh menjadi punca vakum mudah alih rosak dengan cepat ialah melakukan sedutan terhadap perkara atau objek tidak sesuai.
Bahan kasar seperti jarum, serpihan kuku, petrol atau rokok yang mungkin masih menyala boleh menyebabkan kerosakan teruk. Satu perkara anda kena ingat vakum mudah alih bukanlah mesin yang boleh melakukan tugas heavy duty.
Jika anda ingin mencari mesin vakum mudah alih pada harga berpatutan dan murah, boleh dapatkannya di sini, https://invol.co/claqn6f/.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: Topjoy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan model baharunya pada acara perlumbaan MotoGP 2017.
Pengedar jenama motosikal BMW di Malaysia itu membawa masuk BMW S 1000 XR, BMW G 310GS dan BMW HP4 Race.
Kehadiran model adventure itu memberi pilihan menarik buat penggemar kembara dan menjadikan ia satu-satunya produk adventure 300cc di pasaran.
Ia dijana oleh enjin 313cc silinder tunggal bersama sistem penyejukan cecair. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu berupaya menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm.
Jentera itu juga mudah dikendalikan dengan berat hanya 169kg. Perkadaran yang kompak bersama tapak roda pendek, rim bersaiz 19 inci di depan dan pergerakan gegelung suspensi lebih panjang menawarkan postur tunggangan menegak.
BMW G 310 GS menggunakan kerangka besi tubular dengan bahagian belakang dipasang secara bolt-on untuk menawarkan ketegaran dan kualiti terbaik.
Ini memberi sumbangan kepada tunggangan lebih stabil dan maklum balas stereng lebih tepat. Manakala roda belakang pula menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung.
Ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, merah dan putih mutiara metalik, harga BMW G 310 GS ialah RM29,900 seunit. Harga berkenaan tidak termasuk GST dan insurans.
Jentera berkenaan akan berada di pasaran bermula Rabu hadapan.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.