Persoalan di atas bagi sesetengah orang adalah begitu penting kerana ia melambangkan maruah dan perbadi. Tapi bagi yang lain ia tidaklah terlalu penting. Namun benarkah begitu?”
“Pernahkah terbayang di fikiran seorang lelaki tentang wanita yang bakal dikahwini, bakal ibu kepada anak-anak kita itu pernah tidur dengan lelaki lain? Mungkin tidak ia jadi sekali lagi? Persoalan semacam ini membuat lelaki/wanita sekiranya diberi pilihan, pasti memilih calon yang dirasakan ‘baik’ dan ‘sesuai’ dengan mereka.”
“Saya punya seorang kawan (A) yang menyatakan dia terlanjur dengan bekas tunangnya. Ditakdirkan mereka tiada jodoh dan masing-masing membawa haluan sendiri. Namun A berkeras wanita yang dia akan kahwini kelak mesti suci dan dara. Dia bagi alasan dia sudah bertaubat. Tapi adilkah untuk wanita itu pula?”
“Persoalan ini mampu dijawab sepotong ayat kitab suci Al-Quran ‘lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya’. Namun tentu pernah terjadi perempuan mengahwini lelaki penzina dan lelaki yang boleh digelar ustaz bertemu jodoh dengan wanita yang ditebuk tupai. Jadi adakah ayat di atas tidak tepat?”
“Jika direnungkan kembali, ia membawa maksud yang tersirat. Pernahkah kita fikir yang kita akan jahat selamanya? Atau baik selamanya? Segala kemungkinan boleh jadi, bukan? Berbalik kepada topik saudara itu adalah hak lelaki tersebut untuk memutuskan pertunangan kerana dia berfikir wanita itu tidak sesuai untuk dia.”
“Mungkin Tuhan akan menjodohkan dia dengan wanita yang lebih baik. Bagi wanita itu pula, adakah pasangannya nanti seorang penzina juga? Jawapannya tidak semestinya, sebab boleh jadi dia bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih baik dari bekas tunang dia sekiranya dia betul-betul bertaubat.”
“Dalam senario kedua, maaf saya tidak setuju dengan komen saudara. Ia berbau seperti saudara di pihak wanita itu dan saudara naik hairan mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian. Jika berstatus pasangan teman-kekasih, secara logik semua lelaki pun tidak boleh terima gadis yang menyulam cinta dengannya namun pada masa yang sama tidur dengan lelaki lain. Ibarat cinta hanya untuk dia, namun tubuh untuk lelaki-lelaki lain!”
Ads
Walau apa pun, kejujuran adalah paling penting dan saya betul-betul kagum dengan kejujuran wanita-wanita yang menyatakan perkara yang benar walaupun pahit dan mengerti natijah dari pengakuan tersebut amatlah besar untuk mereka. Kepada lelaki yang ingin mementingkan sangat persoalan dara, cerminlah dulu diri anda sendiri atau setidaknya mampu membimbing wanita yang pada asalnya ‘kurang baik’!”
“Stok awek, stok bini?”
Ini luahan salah seorang pembaca kami mengenai isu stok awek, stok bini?
Dunia kita sebenarnya bukan dunia yang sempurna. Senang cakaplah, bukan semua orang baik-baik saja hidup dalam dunia ni.”
“Aku ada banyak pengalaman tentang ‘night life’ di KL. Aku memang suka ke kelab dan lepak-lepak dengan kawan-kawan. Boleh kata tiap hujung minggu aku akan ke kelab buang masa. Situ macam-macam perempuan boleh kau jumpa (kalau kau tak pernah pergi atau masuk kelab) tapi semunya lebih kurang sama. Aku ayat sikit, ajak sembang sikit, belanja minum, tunjuk kunci BM aku – aku dah boleh bawa balik awek tu!”
“Sumpah aku tak tipu. Dan bukan seorang dua yang macam ni, tapi senang cakap makin ramai perempuan yang macam ni. Dan kalau bukan di kelab pun sama, ayat saja sikit, tunjuk duit dalam wallet, pegang kunci kereta besar, perempuan-perempuan ni sanggup buat apa saja yang kita minta! Itu sebab bagi aku dan kawan-kawan aku (lelaki), kami anggap perempuan macam ni stok awek saja. Boleh pakai, lepas tu buang dan ganti lain.”
Ads
“Aku tau mungkin kau marah baca komen aku tapi ini realiti, babe! Ya, mungkin hanya banyak di KL dan kota-kota besar. Tapi takkanlah kita salahkan lelaki saja kalau perempuan pun tak pernah ambil kisah fasal dara dan maruah? Senang sangat sampai aku pun nak hairan kenapa makin ramai perempuan macam dah tak ada maruah?”
“Straight to the point, aku pun bukan lelaki teruna. Tapi aku taklah desperate sangat layan perempuan-perempuan murah dan pisau cukur macam ni. Macam aku cakap, aku dan kawan-kawan aku selalu naik malu tengok perangai perempuan macam ni.”
“Dan kau jangan tak tau, kalau di kelab yang akan ‘minum’ sampai mabuk tonggang-langgang, muntah dan pengsan, itu tak lain tak bukan – perempuan kitalah! Gila, kan? Aku yang tak berapa kuat agama ni pun, taubat takkan buat macam itu. Jadi kalau ada buaya jantan ambil kesempatan, kita nak salahkan siapa?”
“Nasihat ikhlas aku, perempuan hari ni kena pandai jaga maruah diri. Janganlah suka murahkan diri macam tu, bukan lelaki nak pun, paling kuat pakai buang sajalah. Yang pasti satu hari nanti kalau aku fikir nak kahwin, baiklah aku suruh mama aku pilih orang baik-baik. Of course yang masih suci, stok bini. Ikhlas aku tanya, sebagai lelaki kau sanggup terima barang second, third, entah berapa hand entah macam ni? Aku rasa orang lelaki paling alim dalam dunia ni pun akan cabut lari kalau tengok perempuan macam tu.”
‘J.D.’
Dan kesimpulannya?
Ads
Kesimpulannya mudah, kedua-dua pemerhatian rakan pembaca kita ini perlu kita fikir masak-masak. Kedua-duanya ada kebenaran yang perlu kita terima, walaupun kita mungkin kurang bersetuju atau tidak dapat menerima pendapat yang mereka kongsikan di sini. Tanpa membuka aib mana-mana pihak atau menyalahkan sesiapa, moga-moga kita semua sebagai lelaki dengan aspirasi neomaskulin boleh berfikir dengan rasional dan membuat pilihan terbaik untuk diri kita sendiri, demi kebahagiaan sebenar masa depan.
Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak membersihkan wajah sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak.
Alasan wajah perlu dibersihkan
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh. Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima alasan anda perlu tahu.
1.Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
2.Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.
3.Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
4.Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5.Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip perlu ikut: Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.
Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah
Memang perit bila orang berkata mengenai berat badan kita, dah la anda asyik berdiet, tapi berat masih sama, tak juga mahu berubah. Rakan pula membuatkan anda lebih tertekan! Tidak mengapa caba bertenang dan elak 5 perkara ini. Semoga berat badan anda akan susut dalam masa terdekat dengan mudah!
1.Kurangnya Waktu Tidur
Badan kita cepat gemuk dengan paling mudah adalah kerana berjaga malam . Ketika kita berjaga malam dengan tidak tidur semalaman , membuat kita ingin mengunyah makanan seperti snek atau makanan ringan setiap waktu bagi mengelakan mengantuk . Padahal mengunyah snek atau makanan tidak membuatkan perut anda kenyang sebaliknya hanya boleh menimbun lemak dalam tubuh dan menyebabkan kegemukan
Stress
Stress juga merupakan faktor utama kenapa anda cepat gemuk. Kerana dengan stres kita seringkali melepaskan pada makanan kerana berfikiran bahawa dengan makan fikiran kita kembali segar . Justeru itu ketika stress kuantiti makan kita akan meningkat daripada biasanya.
Pegambilan ubat – ubatan
Pengambilan ubat – ubatan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan badan seseorang menjadi cepat gemuk . Ini kerana, sebahagian besar ubat dapat menyerap nutrisi dan tenaga dari tubuh manusia sehingga mengakibatkan badan merasa lemas dan mengalami rasa haus dan lapar yang tidak tertahan . Jadi berhati – hatilah ketika anda mengambil ubat diet .
4.Pemakanan Yang Tidak Sihat
secara umum pola makan diet kita selalunya tidak sihat. Makanan sehari kita dipenuhi oleh bahan- bahan proses yang tidak baik untuk kita . Jumlah makanan yang dimakan sehari pun biasanya diluar kawalan. Sayuran dan buah-buahan jarang sekali kita ambil walaupun kita dalam proses diet,tetapi sebaliknya kita lebih tertarik dengan makanan dikedai mamak dan restoran makanan segera seperti KFC ,McDonald dan restoran makanan segera yang lain. Kita juga seringkali keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi kerana budaya sebeginilah yang membuat kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga berperan dalam menentukan keturunan mereka akan lahirnya anak yang gemuk atau kurus. Tetapi sekiranya pola pemakanan terjaga dan sihat,mungkin masalah genetic gemuk akan dapat di atasi.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.