Ramai lelaki menyangka dengan hanya menggunakan syampu sahaja rambut boleh kekal sihat dan besinar. Hakikatnya penjagaan betul terhadap rambut lebih daripada itu. Dan ia juga berbeza untuk setiap individu.
Ini kerana setiap orang mempunyai jenis rambut berbeza. Ada orang kondisi rambutnya mudah berminyak. Ada juga yang selalu sahaja kering. Tidak kurang juga dengan mereka yang mempunyai masalah kulut kepala.
Jadi penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Jika anda ingin mencari produk rambut yangh baik, boleh dapatkannya pada harga menarik di sini.