Ramai lelaki menyangka dengan hanya menggunakan syampu sahaja rambut boleh kekal sihat dan besinar. Hakikatnya penjagaan betul terhadap rambut lebih daripada itu. Dan ia juga berbeza untuk setiap individu.
Ini kerana setiap orang mempunyai jenis rambut berbeza. Ada orang kondisi rambutnya mudah berminyak. Ada juga yang selalu sahaja kering. Tidak kurang juga dengan mereka yang mempunyai masalah kulut kepala.
Jadi penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
Ads
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
Ads
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Ads
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Jika anda ingin mencari produk rambut yangh baik, boleh dapatkannya pada harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Meraikan ulang tahun mereka yang ketiga jenama minyak wangi tempatan yang kian mendapat tempatan di hati pengguna seluruh negara, Bliese Body Perfume atau Bliese memperkenalkan beberapa inovasi baharu.
Antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml.
Penambahbaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan menepati citarasa pelanggan.
Tambahan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ & ‘Intense’.
Oleh itu, bagi menyokong pelancaran botol baru tersebut, Bliese mengadakan PERADUAN WANGI & MENANG khas untuk pelanggan Bliese dengan jumlah hadiah sehingga RM50,000.00 bagi memperkenalkan produk wangian badan berwajah baharu iaitu Bliese Body Perfume kepada orang ramai di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Siful atau lebih mesra dikenali Remy berkata peraduan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan produk inovasi terbaru Bliese iaitu Bliese Body Perfume 35ml di pasaran.
“Kami juga ingin mengharga setiap pelanggan yang membeli Bliese Body Perfume dengan mengadadakan cabutan bertua dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000,” tambahnya lagi.
Lebih menarik antara hadiah lumayan yang ditawarkan untuk peraduan ini ialah sebuah motosikal Yamaha Y16, sebuah motosikal Honda ADV 150, dua unit iPhone 14, satu unit TV LED Samsung 55 inci serta hadiah saguhati berbentu produk Bliese bernilai RM50 untuk 100 orang pemenang.
Macam cipta peluang dan menangi hadiah menarik seperti dinyatakan di atas? Berikut cara penyertaan serta terma dan syarakat Peraduan Wangi & Menang:
1. Beli Bliese Body Perfume 35ml yang bernilai RM55.00.
2. Gores pelekat yang berada di sisi kotak Bliese Perfume.
3. Imbas QR untuk isi data MAKLUMAT ANDA dan KOD SIRI UNIK.
4. Setiap unit Bliese Body Perfume mempunyai KOD SIRI UNIK yang tersendiri.
5. Tarikh peraduan bermula dari 1 November 2022 sehingga 31 Disember 2022.
6. Pemenang akan dipilih dan diumumkan semasa sesi “FB LIVE” Bliese yang akan berlangsung pada 6 Januari 2023, 8.30 malam.
7. SILA SIMPAN KOD SIRI YANG TELAH DITERIMA UNTUK DISEMAK SEMULA SEWAKTU PENGUMUMAN PEMENANG CABUTAN BERTUAH.
Jelas Bliese, mereka menyasarkan sejumlah 90,000 penyertan bagi Praduan Wangi & Menang melihatkan hadiah menarik ditawarkan. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang produk mereka anda boleh layari Facebook Bliese di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki berdahi jendul dan luas sering kali dianggap sebagai satu cabaran dalam memilih gaya rambut yang sesuai.
Namun, dengan pemilihan gaya yang tepat, lelaki dengan dahi luas boleh tampil bergaya dan yakin. Selebriti seperti Ryan Reynolds, Adam Levine, dan Aaron Paul turut mengalami masalah ini.
Lelaki Berdahi Luas Dan Jendul, 10 Gaya Rambut Ini Perlu Cuba!
Berikut adalah beberapa gaya rambut yang boleh dicuba untuk mengimbangi dan menyerlahkan penampilan anda.
Buzz Cut
Gaya ini sesuai untuk lelaki yang ingin tampil lebih yakin dan mengikuti trend terkini, sambil memberikan elemen moden dan dinamik kepada penampilan.
Caesar Cut
Gaya ini membantu menyeimbangkan ukuran dahi dengan penampilan keseluruhan.
Lelaki Berdahi Luas Dan Jendul, 10 Gaya Rambut Ini Perlu Cuba!
French Crop
Potongan ini menampilkan gaya unik yang dapat menyeimbangkan bentuk wajah dan kepala, memberikan penampilan yang kemas dan bergaya.
Crew Cut
Textured Fred Fringe
Gaya rambut Textured Fred Fringe melibatkan lapisan pinggir pendek bertekstur di bahagian atas yang membantu menarik perhatian dari dahi yang lebar dan besar, mencipta rupa yang seimbang dan bergaya.
2. Gaya Rambut Line-Up Choppy Crop
Bahagian sisi dipotong pudar (fade) sementara bahagian atas rambut dibiarkan lebih panjang, menjadikan gaya ini pilihan yang sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut tipis.
3. E-Boy Hair Cut
Lelaki berdahi luas boleh mencuba gaya rambut ini. Bagi mereka yang mempunyai rambut keriting secara semula jadi, gaya rambut ini sangat sesuai dan memberikan penampilan yang unik serta menarik.
Fade Cut
Potongan rambut pendek dengan high fade memberikan fleksibiliti yang mencipta tampilan yang segar dan tetap trendy. Gaya ini sesuai untuk dipadukan dengan pakaian pejabat dan pertemuan sosial.
Taper Fade
Taper Fade menampilkan potongan rambut yang dapat meminimalkan tampilan dahi yang lebih besar. Anda boleh bereksperimen dengan panjang rambut yang berbeza untuk memberikan tampilan yang dipersonalisasi sesuai dengan ketebalan rambut.
Pompadour
Gaya rambut pompadour sangat sesuai untuk lelaki berdahi besar. Menyisir dan menata rambut ke atas akan mencipta volume yang menjadi titik fokus gaya rambut anda.
Itulah beberapa inspirasi gaya rambut yang sesuai untuk lelaki berdahi besar yang boleh anda cuba pada tahun 2024 ini.
Kelengkapan untuk anda miliki apabila anda mencukur. Jangan hanya bergantung kepada pencukur semata apabila anda melalui proses mencukur. Sama seperti muka anda yang memerlukan pelembap, pembersih dan krim untuk menutup dari sinaran cahaya matahari. Mencukur memerlukan skill yang tepat dan teliti jika anda ingin menampakkan ia lebih menarik dan tidak kusut masai.
Beard Trimmer
Philips Norelco
Mengapa pencukur ini berkesan? Ini kerana ia sangat mudah untuk digunakan. Ia dapat mengawal tekanan cukuran tanpa perlu merosakkan wajah anda yang turut didatangkan dengan beberapa jenis bilah cukur untuk kesesuaian bentuk cukuran dan jenis kulit anda.
Beard Scrub
Untuk mereka yang meminati David Beakham, pasti tahu House 99 by David Beckham merupakan pengasasnya. Jika anda lihat saja wajahnya pasti sudah tahu bahawa produk ini berkesan kan? Selain daripada dapat membersihkan wajah pada bahagian dagu dan rahang anda dengan baik, ia juga dapat melembutkan bulu pada kawasan tersebut agar tidak kelihatan kasar dan merimaskan. Dalam pada masa yang sama, ia membantu membasmi kotoran dan elakkan dari tumbuhnya uban pada janggut anda.
Beard Oil
Brother Artisan Oil
Minyak argan sangat penting dalam menganjalkan lagi kulit dan memberi kesegaran pada wajah anda. Tentunya campuran pudina pada minyak argan ini memberi kesegaran berpanjangan kerana ia mempunyai campuran herba dan bahan alami yang lain.
Beard Comb
Gunalah apa saja jenis sikat yang dapat membantu anda untuk mensisir janggut anda dengan rapi. Mungkin ada beberapa jenama yang bagus untuk anda, namun tak kira apa jua, asalkan ia tidak membuatkan rambut anda gugur dan dapat mensisir dengan rapi dan kemas.
Beard Soap
Jangan gunakan sabun ini pada kawasan berbulu, bersihkan kawasan seperti pipi anda dan bahagian leher ke atas sebelum terkena janggut anda. Ia tidak lari daripada menjadikan kulit anda mulus dan sentiasa segar. Pakai ini secara harian atau paling tidak pakai ketika anda selesai mencukur. Antara produk yang berkesan adalah Proraso Shaving soap.
Badger Shaving Brush
Mungkin jika anda ke Barber Shop anda akan dilayan dengan begitu mewah. Namun tidak menjadi masalah jika anda memilikinya di rumah. Brush biasanya berguna sepanjang hayat. Seperti Art of Shaving Black Fine Shaving Brush ini ia membantu dalam meratakan krim pada kawasan cukuran sebelum mencukur. Jadi satu bahagian pun tidak akan tertinggal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.