Beras yang dikisar kasar boleh dijadikan skrub muka untuk menghilangkan sel kulit mati.
Campurkan dengan sedikit air atau madu, kemudian gosok perlahan pada muka.
Ads
Ingat, jangan gosok terlalu kasar supaya kulit tidak tercedera.
Foto : Sirap Limau
Kunyit untuk Hilangkan Cela
Kunyit terkenal dengan sifat anti-bakteria dan anti-radangnya.
Campurkan sedikit serbuk kunyit dengan madu atau susu, sapukan pada muka, dan biarkan selama 10 minit sebelum membilas.
Namun, jangan gunakan terlalu kerap kerana kunyit boleh meninggalkan kesan kekuningan pada kulit.
Foto : Maskulin
Dengan cara-cara tradisional ini, anda bukan sahaja dapat berjimat, tetapi juga menikmati hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba dan nikmati kulit yang sihat secara semula jadi!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia penjagaan kulit lelaki, terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan, yang boleh memberikan kesan buruk jangka panjang pada kulit wajah. Antara kesilapan paling kerap ialah kebiasaan picit jerawat dan mengabaikan penggunaan krim tabir suria (sunscreen).
Dalam satu temu bual bersama Dr Lim Ing Kien, atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky, beliau mengupas tentang kebiasaan-kebiasaan ini, iaitu picit jerawat dan mengabaikan tabir suria serta kesannya terhadap kesihatan kulit lelaki.
Lelaki sering kali memicit jerawat dengan harapan bahawa tindakan ini dapat membuang kotoran dan mempercepatkan proses pengecutan jerawat. Dr Ingky tidak menafikan pandangan ini, namun beliau juga menegaskan bahawa perbuatan ini boleh mengakibatkan kerosakan lain pada kulit. Kerosakan yang paling ketara adalah masalah parut. Menurut Dr Ingky, inilah sebabnya mengapa ramai lelaki mempunyai wajah yang berparut.
Parut akibat jerawat adalah masalah kulit yang bersifat kekal dan tidak mampu dipulihkan dengan rawatan dan penjagaan kulit biasa. Ini bermakna, tindakan memicit jerawat sebenarnya hanya menambah masalah jangka panjang bagi kulit. Jadi, adalah lebih baik untuk meninggalkan kebiasaan ini dan mencari rawatan yang lebih berkesan dan selamat.
Penuaan
Selain itu, satu lagi kesalahan besar yang dilakukan oleh ramai lelaki adalah mengabaikan penggunaan krim tabir suria. Dr Ingky berkata sesetengah lelaki mungkin menganggap pemakaian tabir suria agak kurang maskulin atau menjejaskan nilai kelelakian mereka. Ada juga lelaki yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan tabir suria kerana mereka tidak melihat sebarang masalah pada kulit mereka akibat pendedahan cahaya matahari selama ini.
Bagaimanapun, Dr Ingky menegaskan bahawa pemakaian tabir suria adalah penting untuk mengelakkan masalah jangka masa panjang. Selain daripada mengelakkan kulit menjadi lebih sensitif dan selaran matahari (sunburn), tabir suria juga bertujuan untuk melambatkan proses penuaan pada kulit. Pendedahan kepada sinar UV adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kulit mengalami penuaan pramatang. Oleh itu, penggunaan tabir suria secara konsisten dapat membantu melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV.
Rawatan anti-penuaan bukanlah rawatan yang hanya dilakukan apabila proses penuaan sudah bermula. Sebaliknya, ia perlu dimulakan dari usia muda. Langkah yang paling mudah dan asas dalam menjaga kulit dari penuaan adalah dengan pemakaian tabir suria. Melindungi kulit dari muda adalah kunci kepada kulit yang sihat dan awet muda.
Kesimpulannya, lelaki perlu lebih sedar tentang kebiasaan yang boleh merosakkan kulit mereka. Menghentikan kebiasaan memicit jerawat dan mula menggunakan krim tabir suria adalah dua langkah penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas dari masalah jangka panjang. Dengan mengambil berat tentang kesihatan kulit dari sekarang, anda boleh mengelakkan pelbagai masalah kulit dan mengekalkan penampilan yang lebih muda dan sihat untuk jangka masa yang lebih lama.
“Eh.. tadi pagi test macam muat. Kenapa balik rumah petang ni kasut yang kita beli ni tiba-tiba rasa ketat ek?”
Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini? Kalau pernah, ketahuilah bahawa anda sudah terbeli kasut pada waktu yang salah.
4 waktu sesuai beli kasut
Ramai orang tidak tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu dan sesuai untuk anda membeli kasut.
Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
1. Beli kasut pada waktu petang atau malam
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
2. Hujung minggu atau cuti umum
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
3. Musim perayaan
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
4. Beli semasa cukup duit
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menyimpan jambang, janggut atau misai merupakan satu kebanggaan bagi sesetengah lelaki. Suka atau tidak, trend menyimpan facial hair ini telah diakui sejak berzaman lamanya sebagai simbol maskuliniti seorang lelaki.
Semenjak penularan wabak COVID-19 ‘mengganas’ sejak tahun lepas banyak negara berdepan dengan lockdown. Di negara kita pula ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau anda ingat, sepanjang PKP yang lalu telah muncul pelbagai video mencuit hati di mana lelaki terpaksa menaruh kepercayaan kepada pasangan atau rakan-rakan untuk memotong rambut atau jambang.
Ia berikutan kedia gunting yang tidak boleh beroperasi sepanjang perintah tersebut. Trend facial hari pula boleh berubah-ubah mengikut peredaran dan perkembangan semasa.
Terbaru muncul pula gaya potongan facial hair yang cukup unik dikenali sebagai ‘the monkey tail beard’. Macam mana gaya tersebut? Mungkin itulah pertanyaan anda.
ASAL KEMUNCULAN
Ia sebenarnya gaya di mana seorang lelaku meakukan potongan berbentuk seperti ekor monyet dengan memotong atau memutuskan sambungan di sebelah misai dan jambang sama ada kanan atau kiri. Bentuk ekor tersebut akan kelihatan dari bahagian tepi sideburn turun ke jawline, seterusnya ke bahagian dagu dan mulut.
Menurut laporan LADBible, potongan unik ini pertama kali dikesan pada September 2019 apabila pemain besbol MLB, Mike Fiers menggayakannya. Dia melakukan potongan itu untuk menarik perhatian rakan-rakannya secara spontan dan mengundang ketawa.
Namun tidak lama selepas itu semakin ramai yang menirunya dan berkongsi di laman media sosial. Lebih menarik, ada yang melakukan potongan lebih radikal denagn sentuhan tersendiri. Malah ada yang membuat corak berpusar di bawah dagu!