Penjagaan Diri

“Penjagaan Kulit Bukan Hanya untuk Wanita, Lelaki Pun Perlu Jaga Diri!” – Hun Haqeem

Share

Menurut Hun Haqeem, ramai lelaki masih beranggapan bahawa rutin penjagaan kulit seperti “morning routine” dan “night routine” adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh wanita.

Mereka percaya bahawa sebagai lelaki, cukup sekadar mandi, memastikan diri bersih dan teruskan hari seperti biasa.

Namun, hakikatnya, kulit wajah lelaki juga memerlukan perhatian, terutamanya bagi mereka yang sering memakai solekan untuk kerja atau terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari setiap hari.

Foto : The Star

Pengalaman Breakout yang Mengubah Perspektif

Hun Haqeem berkongsi pengalaman peribadinya apabila dia mengalami breakout teruk akibat tidak menjaga kulit dengan betul.

Sebagai seorang pelakon, dia perlu memakai makeup setiap hari untuk penggambaran dan photoshoot.

Tetapi, tanpa penjagaan kulit yang betul, kesannya mula dirasai.

“Satu hari, muka saya tiba-tiba breakout teruk sangat. Jadi, saya terpaksa jumpa orang yang lebih arif dalam bidang ni dan minta pendapat mereka. Rupa-rupanya, salah satu punca utama adalah kerana saya tak membersihkan muka dengan betul selepas seharian bekerja,” kata Hun Haqeem.

Penjagaan Kulit juga Sebahagian Kebersihan Diri

Bagi lelaki yang masih merasakan bahawa skincare itu sesuatu yang “terlalu feminin”, Hun Haqeem menegaskan bahawa mereka perlu mengubah perspektif dan melihatnya dari sudut “hygiene” atau kebersihan diri.

“Kalau awak boleh anggap skincare ini sebagai kebersihan diri, bukan sekadar kecantikan, saya rasa korang akan okay je,” katanya.

Menjaga kulit tidak semestinya memerlukan berpuluh-puluh produk kecantikan.

Asasnya mudah sahaja, pastikan anda mencuci muka dengan pencuci yang sesuai untuk menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan.

Selepas itu, gunakan pelembap bagi memastikan kulit kekal terhidrat dan tidak kering.

Akhir sekali, jangan lupa memakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan masalah kulit lain.

BACA LAGI : Tip Penjagaan Wajah Ala Pelakon Korea, Patutlah Kulit Glowing

@maskulinmy Pelakon tampan, Hun Haqeem berpendapat yang lebih baik jika penjagaan kulit wajah dianggap sebagai salah satu penjagaan kebersihan diri. Betul juga. Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang aktiviti hariannya sangat aktif, lebih terdedah kepada peluh dan kekotoran pada wajah. #hunhaqeem #skincare #menskincare #menshygiene #maskulin #majalahmaskulin ♬ Basic club beat(1203842) – Toshiaki Kimura

Lelaki, Jangan Abaikan Kulit Wajah Anda!

Tidak kira lelaki atau wanita, penjagaan kulit adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan bebas dari masalah.

“Kalau korang rasa benda ni terlalu feminin, just anggap je ini cara kita untuk bersihkan kulit. Ini adalah hygiene. Kalau korang boleh anggap ia sebagai kebersihan diri, korang akan okay. Good luck!”

Jadi, mulai hari ini, jangan malas untuk menjaga kulit wajah anda!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain