Pada era ini memastikan kondisi kesihatan sentiasa dalam keadaan baik adalahs angat penting.
Dengan tahap kesedaran masyarakat yang semakin meningkat pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai menjaga kesihatan dengan pelbagai cara menggunakan teknologi terkini.
Terbaru sebuah syarikat teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan, Mywam Sdn Bhd, telah mengumumkan pelancaran Agata.
Ia merupakan aplikasi penjagaan kesihatan berasaskan AI (kecerdasan buatan) yang cukup inovatif dan berlangganan.
Aplikasi ini dijangka mampu merombak sepenuhnya cara penjagaan kesihatan disampaikan dalam era digital. Agata menggabungkan teknologi terkini dengan elemen kemanusiaan, menawarkan sokongan dalam lebih dari 30 bahasa melalui suara dan teks.
Ia membolehkan pesakit untuk berkomunikasi dengan doktor bila-bila masa, tanpa batasan, untuk mendapatkan nasihat perubatan, sokongan kesihatan, menjawab pertanyaan dan mendapatkan motivasi mental.
Doktor kini dapat berinteraksi dengan pesakit atau bakal pesakit dengan lebih efektif, menggunakan solusi canggih pada harga yang berpatutan, termasuk suara manusia yang disesuaikan, pengetahuan dalam bidang kesihatan, dan wakil grafik untuk berbagai keperluan perundingan.
Pada acara pelancarannya, pengasas Mywam Sdn Bhd, Dana Ariya, mengungkapkan kegembiraannya atas potensi Agata dalam mengubah industri penjagaan kesihatan. “Kami bertekad untuk membuat penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua, tanpa mengira lokasi atau waktu.
“Agata menjamin bahwa anggota keluarga anda mendapatkan sokongan, motivasi, dan penjagaan yang mereka perlukan setiap saat,” katanya.
Lebih daripada sekadar memudahkan akses, Agata juga mendorong kolaborasi di antara profesional penjagaan kesihatan, memungkinkan mereka untuk merancang rawatan yang lebih personal dan sesuai dengan keperluan individu.
Aplikasi ini seperti membawa pasukan pakar dan profesional ke dalam genggaman tangan pesakit.
Dikembangkan bersama Osense, startup penyelidikan teknologi terkemuka dari Taiwan, Agata menyediakan kemudahan untuk menjadualkan temu janji, mengakses rekod kesihatan, dan mendapatkan informasi tentang perjalanan penjagaan kesihatan pengguna, sambil memberikan doktor alat untuk meningkatkan kualitas penjagaan dan penglibatan pesakit.
BACA: TOM CRUISE Awet Muda & Kacak Diusia 61 Tahun, Ini Rahsianya!
“Aplikasi ini memperluas batasan penjagaan pesakit, melebihi apa yang biasanya dijangkau. Kami menargetkan untuk bekerjasama dengan hampir 1,000 doktor menjelang Ogos ini, dan bercita-cita untuk membantu 1,000,000 pesakit yang membutuhkan.
“Kami juga terbuka terhadap peluang investasi dari syarikat yang berminat untuk bergabung dalam revolusi industri penjagaan kesihatan demi manfaat jangka panjang masyarakat,” tambah beliau.
Agata menonjol dengan kemampuan mengintegrasikan dan menyebarkan informasi melalui Pangkalan Pengetahuan Agata (AKB), sebuah repositori yang dinamis dan dapat diperbarui yang mencakup FAQ, garis panduan prosedur, dan kriteria penting, semuanya diolah oleh enjin ChatGPT yang stabil dan aman.
Ini menjadikan Agata bukan hanya alat, tapi juga teman dalam perjalanan penjagaan kesihatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.