Inspirasi

Penjaga Panda Malaysia Tawan Hati Rakyat China, Dianggap Antara Terbaik Di Dunia

Share

Mempunyai kerjaya sebagai penjaga panda di Zoo Negara merupakan satu perkara yang cukup unik dan hanya beberapa orang sahaja di dunia berpeluang melakukannya.

Amanah yang diberikan kepada penjaga panda di Zoo Negara, Akmal Hadi Samsuddin dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan terbaik kepada dua panda gergasi yang menjadi salah satu tarikan utama zoo tersebut.

Ikatan unik telah terjalin di antaranya dan dua ekor panda gergasi tersebut kini telah berjaya melintasi sempadan antarabangsa dan menawan hati rakyat China. Akmal dilihat oleh warganet China sebagai seorang penjaga panda yang cukup berdedikasi.

Malah dia dianggap sebagai individu penting buat dua panda tersebut yang bernama Feng Yi dan Fu Wa. Kedua-dua ekor panda tersebut merupakan panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada negara kita. Mereka tiba di Malaysia pada tahun 2014.

Foto: Xinhua/Zhu Wei

HAIWAN SENSITIF

“Panda merupakan satu haiwan yang sangat sensitif, dan ia juga haiwan yang datang atas dasar perhabatan di antara Malaysia dan China.

“Sebelum ketibaan mereka, team kami termasuklah saya ada pergi buat sesi suai kenal. Kami jalani latihan di Panda Base terletak di Chengdu. Di mana kali pertama saya tengok Feng Yi dan Fu Wah di situ,” jelas Akmal dalam satu temu bual bersama CNA Insider.

Perkembangan semasa Akmal dan dua panda tersebut sering dikuti rapat oleh rakyat China. Bahkan dia turut mendapat gelaran mesra “nai pa” atau “nanny daddy” dari oleh warganet China kerana komitmen luar biasanya. Malah kemesraan dan keikhlasannya menjaga panda tersebut berjaya membuatkan mereka berasa terharu.

Kredit: CNA Insider

Kisah Akmal dan panda di Zoo Negara bukan sekadar tentang penjagaan haiwan; ia adalah cerita pertukaran budaya, diplomasi dan hubungan emosi yang dalam. Panda merupakan sejenis haiwan yang cukup dikenali dengan kesukaran untuk menjaga mereka.

Apatah lagi untuk membiakkan mereka di dalam kawasan seperti zoo. Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh Akmal dan juga kakitangan zoo negara. mereka untuk berkembang biak dalam tawanan, namun di bawah jagaan Akmal, Zoo Negara telah mencapai kejayaan yang luar biasa.

Sejak dijaga di Zoo Negara, pasangan panda ini berjaya menghasilkan tiga ekor anak panda dalam tempoh enam tahun. Ia satu pencapaian yang luar biasa, malah dianggap yang terbaik di dunia oleh kerajaan China sendiri.

Kejayaan ini menjadi bukti kerja keras yang ditunjukkan oleh Akmal dan pasukan Zoo Negara dalam memberikan penjagaan serta keselesaan yang terbaik sehingga membolehkan tiga anak panda dilahirkan di sini.

Kredit: CNA Insider

“Kerajaan negara China sendiri terkejut – setiap dua tahun Feng Yi mengandung. Mereka cukup berterima kasih kepada Malaysia terutamanya Zoo Negara dan panda team yang bertungkus lumus selama ini,” tambahnya lagi.

BACA: Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!

Anak-anak panda ini kemudian dipulangkan ke China selepas dua tahun mengikut perjanjian yang telah dimeterai. Anak panda pertama yang dihantar pulang ialah Nuan Nuan pada tahun 2017.

Akmal juga melahirkan rasa terharu kerana dihargai terutamanya dari pengunjung negara China ke Zoo Negara. Dia berharap kontrak penjagaan panda ini disambung dan hubungan diplomatik kedua negara ini bertambah mekar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: CNA Insider

Published by
Farizul Izwany Ibrahim