Kalau dahulu, memang senang untuk tahu jika pasangan kamu ada hubungan bersama orang lain. Mesej, panggilan telefon, email, dan kad kredit online antara cara untuk tahu tentang penipuan pasangan kamu. Disebabkan hari ini dunia semakin moden, dan ada cara mudah untuk mereka melenyapkan bukti, 10 tanda ini adalah cara terbaru untuk kamu ketahui jika pasangan kamu ada hubungan lain. Selamat tinggal penipu!

1. BAHASA BARU

Cuba kamu perhatikan gaya bahasa yang digunakan. Perkara ini acapkali berlaku apabila seseorang itu sudah mula terikut-ikut dengan orang yang mereka selalu berjumpa atau berhubung. Kadang-kala, perkara ini jelas dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan kamu. Hinggakan pasangan kamu tidak sedar dengan perubahan bahasa yang digunakan Ada kalanya jadi lebih manja ataupun mengeluarkan perkataan yang tak pernah digunakan sepanjang bersama kamu. Perkara ini biasa terjadi bila kita lebih meluangkan masa bersama seseorang, kita akan bersikap seakan-akan bersama si dia walaupun dengan orang lain. Jadi, periksa segera pasangan kamu!

2. PERUBAHAN SIKAP

Perubahan sikap si dia yang tidak sama seperti dulu antara cara untuk kamu kenal pasti tentang penipuan dia. Contohnya, setiap malam, habis kerja, kamu berdua pasti berjumpa untuk dinner bersama. Jika kamu ada hal, dia pasti akan merajuk. Tapi, bila dia sendiri yang setiap masa membatalkan dinner bersama kamu, ataupun sentiasa okay bila kamu ada hal, ini sudah menjadi perkara lain. Boleh jadi dengan kamu, dia tidak pernah memakai baju warna merah. Katanya bukan warna kesukaannya. Tapi, tiba-tiba, dia pakai warna merah tanpa sebab yang logik.

3. MEMANDU SEORANG DIRI

Ada diantara kamu akan menghantar dan mengambil pasangan kamu dari tempat kerja. Barangkali sebabnya kerana si dia tidak tahu memandu, takut untuk pulang sendiri, ataupun mahu bermanja dengan kamu. Jadi kamu turutkan saja. Bila dia punya hubungan dengan orang lain, jangan terperanjat tiba-tiba dia boleh pulang seorang. Bukan kerana kamu bergaduh dengan dia, tetapi dia secara rela mahu pulang seorang. Mungkin alasan yang diberi, “I nak lepak dengan kawan”, “I nak singgah dekat shopping mall. So i kesiankan dekat you. I taknak ganggu u”. Nah! Ini semua antara alasan yang akan diberikan oleh si dia untuk kamu tidak datang menjemput dia pulang dari tempat kerja.

4. SELALU CARI GADUH WALAUPUN PERKARA KECIL

IKLAN

Ini mungkin perkara biasa yang terjadi bila mana orang sudah tidak hati dengan kamu. Yelah, selalunya, si dia lebih manja dan berlembut dengan kamu. Tetapi, bila dia sudah tidak berminat dengan kamu, perkara kecil pun boleh dibesar-besarkan. Sebagai contoh, kamu terjumpa dan bersembang dengan rakan perempuan kamu. Walaupun perkara itu bukanlah hal besar, tiba-tiba si dia mengamuk tak tentu dan sentiasa mahu mengugut untuk berpisah. Ha! Ada pernah jadi macam ni?

5. MULA MENJENGKELKAN

Ataupun, perkara yang paling menjengkelkan bila dia pula yang membuat kamu berasa tidak selesa. Contohnya dia pula menyuruh kamu lihat perempuan lain.

“Eh cuba you tengok perempuan dekat kedai tu. Cantik kan? You minat tak?”

IKLAN

“Pramugari tu badan dia seksi lah. You cair tak?”

Ini membuatkan hubungan kamu menjadi seperti sahabat dan bukan pasangan kekasih sebenar. Jadi jika dia sudah mula ada tanda-tanda begini, kamu harus siap sedia dengan langkah seterusnya!

7. DULU TAKNAK SEKARANG NAK

Sepanjang dia bersama kamu, dia tidak pernah ada keinginan terhadap sesuatu. Tetapi, tiba-tiba, dia berubah dan mula menyukai perkara itu walaupun dia pernah menyatakan yang dia tidak suka perkara itu. Sebagai contoh, dia tidak suka berpakaian seksi dan berkasut tumit tinggi. Entah macam mana, dia mula berubah ke arah itu. Dia mula pakai pakaian ketat, dan mula menggayakan gaya seksi. Bila ditanya, dia mungkin berkata, kawan-kawan yang suruh. Nah! Percayalah dia sedang membina watak baru untuk hubungan baru dia bersama orang lain. Pedih untuk menerima, tetapi apakan daya?

IKLAN

8. HUBUNGAN LAIN? TIADA MASALAH

Kebiasaannya, orang yang melakukan kesalahan ini cepat melenting bila orang lain bercerita mengenai kesalahan yang mereka lakukan itu walaupun orang lain tidak mengetahui perbuatan mereka. Mereka akan menjadi lebih defensive. Contohnya bila kamu bercerita kepada pasangan kamu tentang masalah rakan karib kamu yang ditipu oleh pasangannya. Percayalah dia pasti akan melenting! Ataupun dia akan memberi alasan yang mempositifkan perbuatan itu, contohnya, “Mungkin dia sudah mula tidak happy dengan rakan karib kamu”, “Rakan karib kamu ada orang lain dan dia tahu mengenainya” dan yang paling teruk “Nak buat macammana? Itu kan soal jodoh”?

9. TONTON DRAMA/FILEM

Ajak dia untuk menonton drama atau filem berkaitan dengan penipuan dalam hubungan ataupun mengenai perpisahan. Sudah tentu dia akan mula melenting dan berkata “NO!” Nak tahu kenapa? Tentulah sebab dia berasa tidak selesa kerana dia juga melakukan perkara yang sama terhadap kamu!

10. TIDAK FOKUS

Orang yang membuat salah akan selalu berada dalam ketakutan dan berasa tidak selamat setiap masa. Perkara ini kamu boleh lihat bila kadang-kadang telefon bimbtnya sudah tidak lagi boleh berkongsi bersama kamu. Kadang-kala bila kamu bercakap dengan dia, si dia tidak memberi fokus.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI