Kalau dahulu, memang senang untuk tahu jika pasangan kamu ada hubungan bersama orang lain. Mesej, panggilan telefon, email, dan kad kredit online antara cara untuk tahu tentang penipuan pasangan kamu. Disebabkan hari ini dunia semakin moden, dan ada cara mudah untuk mereka melenyapkan bukti, 10 tanda ini adalah cara terbaru untuk kamu ketahui jika pasangan kamu ada hubungan lain. Selamat tinggal penipu!
1. BAHASA BARU
Cuba kamu perhatikan gaya bahasa yang digunakan. Perkara ini acapkali berlaku apabila seseorang itu sudah mula terikut-ikut dengan orang yang mereka selalu berjumpa atau berhubung. Kadang-kala, perkara ini jelas dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan kamu. Hinggakan pasangan kamu tidak sedar dengan perubahan bahasa yang digunakan Ada kalanya jadi lebih manja ataupun mengeluarkan perkataan yang tak pernah digunakan sepanjang bersama kamu. Perkara ini biasa terjadi bila kita lebih meluangkan masa bersama seseorang, kita akan bersikap seakan-akan bersama si dia walaupun dengan orang lain. Jadi, periksa segera pasangan kamu!
2. PERUBAHAN SIKAP
Perubahan sikap si dia yang tidak sama seperti dulu antara cara untuk kamu kenal pasti tentang penipuan dia. Contohnya, setiap malam, habis kerja, kamu berdua pasti berjumpa untuk dinner bersama. Jika kamu ada hal, dia pasti akan merajuk. Tapi, bila dia sendiri yang setiap masa membatalkan dinner bersama kamu, ataupun sentiasa okay bila kamu ada hal, ini sudah menjadi perkara lain. Boleh jadi dengan kamu, dia tidak pernah memakai baju warna merah. Katanya bukan warna kesukaannya. Tapi, tiba-tiba, dia pakai warna merah tanpa sebab yang logik.
3. MEMANDU SEORANG DIRI
Ada diantara kamu akan menghantar dan mengambil pasangan kamu dari tempat kerja. Barangkali sebabnya kerana si dia tidak tahu memandu, takut untuk pulang sendiri, ataupun mahu bermanja dengan kamu. Jadi kamu turutkan saja. Bila dia punya hubungan dengan orang lain, jangan terperanjat tiba-tiba dia boleh pulang seorang. Bukan kerana kamu bergaduh dengan dia, tetapi dia secara rela mahu pulang seorang. Mungkin alasan yang diberi, “I nak lepak dengan kawan”, “I nak singgah dekat shopping mall. So i kesiankan dekat you. I taknak ganggu u”. Nah! Ini semua antara alasan yang akan diberikan oleh si dia untuk kamu tidak datang menjemput dia pulang dari tempat kerja.
4. SELALU CARI GADUH WALAUPUN PERKARA KECIL
Ads
Ini mungkin perkara biasa yang terjadi bila mana orang sudah tidak hati dengan kamu. Yelah, selalunya, si dia lebih manja dan berlembut dengan kamu. Tetapi, bila dia sudah tidak berminat dengan kamu, perkara kecil pun boleh dibesar-besarkan. Sebagai contoh, kamu terjumpa dan bersembang dengan rakan perempuan kamu. Walaupun perkara itu bukanlah hal besar, tiba-tiba si dia mengamuk tak tentu dan sentiasa mahu mengugut untuk berpisah. Ha! Ada pernah jadi macam ni?
5. MULA MENJENGKELKAN
Ataupun, perkara yang paling menjengkelkan bila dia pula yang membuat kamu berasa tidak selesa. Contohnya dia pula menyuruh kamu lihat perempuan lain.
“Eh cuba you tengok perempuan dekat kedai tu. Cantik kan? You minat tak?”
Ads
“Pramugari tu badan dia seksi lah. You cair tak?”
Ini membuatkan hubungan kamu menjadi seperti sahabat dan bukan pasangan kekasih sebenar. Jadi jika dia sudah mula ada tanda-tanda begini, kamu harus siap sedia dengan langkah seterusnya!
7. DULU TAKNAK SEKARANG NAK
Sepanjang dia bersama kamu, dia tidak pernah ada keinginan terhadap sesuatu. Tetapi, tiba-tiba, dia berubah dan mula menyukai perkara itu walaupun dia pernah menyatakan yang dia tidak suka perkara itu. Sebagai contoh, dia tidak suka berpakaian seksi dan berkasut tumit tinggi. Entah macam mana, dia mula berubah ke arah itu. Dia mula pakai pakaian ketat, dan mula menggayakan gaya seksi. Bila ditanya, dia mungkin berkata, kawan-kawan yang suruh. Nah! Percayalah dia sedang membina watak baru untuk hubungan baru dia bersama orang lain. Pedih untuk menerima, tetapi apakan daya?
Ads
8. HUBUNGAN LAIN? TIADA MASALAH
Kebiasaannya, orang yang melakukan kesalahan ini cepat melenting bila orang lain bercerita mengenai kesalahan yang mereka lakukan itu walaupun orang lain tidak mengetahui perbuatan mereka. Mereka akan menjadi lebih defensive. Contohnya bila kamu bercerita kepada pasangan kamu tentang masalah rakan karib kamu yang ditipu oleh pasangannya. Percayalah dia pasti akan melenting! Ataupun dia akan memberi alasan yang mempositifkan perbuatan itu, contohnya, “Mungkin dia sudah mula tidak happy dengan rakan karib kamu”, “Rakan karib kamu ada orang lain dan dia tahu mengenainya” dan yang paling teruk “Nak buat macammana? Itu kan soal jodoh”?
9. TONTON DRAMA/FILEM
Ajak dia untuk menonton drama atau filem berkaitan dengan penipuan dalam hubungan ataupun mengenai perpisahan. Sudah tentu dia akan mula melenting dan berkata “NO!” Nak tahu kenapa? Tentulah sebab dia berasa tidak selesa kerana dia juga melakukan perkara yang sama terhadap kamu!
10. TIDAK FOKUS
Orang yang membuat salah akan selalu berada dalam ketakutan dan berasa tidak selamat setiap masa. Perkara ini kamu boleh lihat bila kadang-kadang telefon bimbtnya sudah tidak lagi boleh berkongsi bersama kamu. Kadang-kala bila kamu bercakap dengan dia, si dia tidak memberi fokus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Impian menjadi kenyataan apabila Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu telah mengaktifkan akaun Twitternya kira-kira 11 malam tadi. Belum cukup tempoh 24 jam lagi hampir 30k follower telah mengikuti Twitter beliau. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Memudahkan komunikasi dan mendekati rakyat merupakan tujuan utama beliau mencipta akaun Twitter ini.
Rata-rata rakyat menunjukkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat tweet-tweet yang bakal diberikan oleh Menteri ini yang lebih dekat dengan panggilan Mat Sabu. Dalam pada masa yang sama, Faizal Tahir juga turut mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu kerana merealisasikan impiannya untuk melihat Menteri itu punya akaun Twitter.
Trailer terbaru ‘Avengers: Endgame’ baru sahaja dilancarkan semalam dan ia telah tular di semua laman media sosial.
Penantian menantikan filem epik daripada Marvel Studio yang merupakan kesinambungan daripada ‘Avengers: Infinity War’ akan berakhir pada bulan hadapan iaitu 24 April dengan tayangan serentak di pawagam seluruh negara.
Apa akan terjadi kepada watak-watak yang selaMat daripada pembinasaan pada skala luar biasa yang dilakukan oleh Thanos?
Dan pada awal bulan ini juga kita telah dihidangkan dengan filem adiwira wanita terbaru Marvel iaitu ‘Captain Marvel’. Menerusi trailer terbaru ini, superhero jelita ini juga bakal melakukan kemunculan dan memberikan impak besar terhadap jalan cerita.
Siapa sangka filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi ‘Iron Man’ telah ditayangkan pada 11 tahun lepas. Cepat betul masa berlalu.
Mungkin ada di antara anda yang ter-miss dan tidak mengikuti filem-filem Marvel Cinematic Universe dan keliru dengan timeline mereka.
Jangan risau jika sudah ketinggalan anda boleh menontonnya mengikut KRONOLOGI TURUTAN kejadian yang berlaku dalam MCU. Bolehlah anda layan binge watch nanti!
KRONOLOGI TURUTAN KEJADIAN FILEM MCU
Captain America: The First Avenger
Captain Marvel
Iron Man
Iron Man 2
The Incredible Hulk
Thor
Avengers
Iron Man 3
Thor: The Dark World
Captain America: The Winter Soldier
Guardians of the Galaxy
Guardians of the Galaxy Vol. 2
Avengers: Age of Ultron
Ant-Man
Captain America: Civil War
Doctor Strange
Spider-Man: Homecoming
Black Panther
Thor: Ragnarok
Ant-man and The Wasp
Avengers: Infinity War
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebiasaannya, penyanyi akan merasa bangga mendengar lagu dendangan sendiri di corong-corong radio, namun tidak bagi Dwen yang terkenal di era 80an dahulu.
Ujarnya di dalam laporan Harian Metro, Dwen akan memperlahankan radio setiap kali lagu dendangannya diputarkan di radio.
Bagaimanapun, Dwen atau nama sebenarnya Ridzwan menafikan yang di merasa malu, sebaliknya hanya tidak gemar mendengarnya sahaja.
Bukan itu sahaja, Dwen juga enggan menerima sebarang tawaran menyanyi lagi kerana beranggapan era kegemilangannya sudah tamat.
Malah, dia juga lebih selesa memperkenalkan dirinya dengan nama sebenarnya Ridzwan berbanding nama pentasnya Dwen.
Sertai Tabligh, Fokus Sebagai Jurulatih Taekwando
Dwen memberitahu salah satu faktornya ialah pembabitannya dalam tabligh.
Dia kini lebih selasa merendah diri dan menumpukan kerjaya sebagai tenaga pengajar di sebuah kelab taekwondo tempatan.
“Kalau boleh tak nak orang kenal sebab kalau jalan keluar senang sahaja. Senang cerita, saya dah tak berminat untuk meneruskan kerjaya nyanyian walaupun masih boleh menyanyi dengan baik.
Era Kegemilangan Sudah Berakhir
Dwen juga memaklumkan yang dia enggan dikenali sebagai penyanyi lagi kerana akur era kegemilangannya sebagai penyanyi sudah berakhir.
“Penyanyi ini ada zamannya untuk menyinar dan begitu juga saya. Tapi, zaman itu juga pasti akan berakhir. Saya sudah tak berada di zaman itu, jadi lupakan sahaja.
“Mungkin ada artis lama yang masih berminat untuk teruskan, tapi tak mengapa sebab itu adalah cara dia. Kalau saya memang sudah tak berminat, itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Dwen terkenal menerusi lagu Satu Penantian dan Suatu Waktu Dahulu.
Dwen yang berasal dari Brunei mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.
“Tiada isu terasa hati atau merajuk dengan industri atau sesiapa. Cuma saya senang dengan cara seperti ini. Kalau hendak bersembang dengan orang ramai pun tiada halangan.
Mahu Pulang Ke Brunei, Ini Tahun Terakhir Di Malaysia
Mengikut perancangannya, Dwen hanya mahu menghabiskan kontraknya sebagai tenaga pengajar taekwando pada tahun ini dan pulang ke Brunei selepas itu untuk terus menetap di sana.
“Pelajar-pelajar tak kenal saya sebagai penyanyi tapi ibu bapa mereka kenal saya. Tapi saya cakap dengan mereka, ibu bapa kamu salah orang,” selorohnya.