Pengunaan Tali Skipping Baik Untuk Jantung & Bakar Kalori Dengan Pantas

Share

Sekiranya anda mahukan peralatan kecergasan dengan harga yang mampu dimiliki, sesuai untuk seisi keluarga, ringan serta mudah alih, tali Skipping  adalah pilihan yang terbaik. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.

1. Dengan penggunaan selama 15 hingga 20 minit, seseorang dapat membakar keseluruhan kalori daripada sekeping bar cokelat.

2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan akan membuatkan tubuh berasa lebih santai.

3. Dengan melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan dapat membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika berjalan dalam jumlah masa yang sama.

4. Melompat dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Atlet menggunakannya untuk meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.

5. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.

6. Boleh membuka liang roma dan menghapuskan toksin melalui peluh

7. Dapat memperkuatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih cekap

 

PATUT TAHU :

Aktiviti tali skipping dapat dikesan pada tahun 1600 sebelum masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.

Tali skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 negara dan organisasi serta kelab tali skipping boleh dijumpai hampir dimana sahaja di negara-negara tersebut.

Rekod dunia yang tercatat ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat

 

Published by
Ruziana Zainal