Bermula 30 Ogos 2019, peminat kugiran Oasis serta pengumpul koleksi terhad jenama Adidas boleh mendapatkan model kolaborasi Liam Gallagher X Adidas Spezial Padiham LG SPZL.
BACA: Kehebatan Hatake Kakashi Diterjemah Dalam Adidas Copa Ultraboost X Naruto Kakashi
Ia boleh didapatkan secara atas talian serta hanya di jual di butik Adidas Orginals terpilih di Eropah. Selain itu, umum mengetahui Liam merupakan salah seorang pemuzik yang sangat dekat dengan jenama Adidas ini terutamanya untuk siri Spezial.
Untuk model ini, ia diinpirasikan daripada model vintaj adidas iaitu Padiham PSZL yang mana ia menjadikan model ini berbeza dengan model Adidas yang lain. Apa yang menarik perhatian MASKULIN
adalah terdapat gambar Liam Gallagher pada bahagian lidah kasut ini.Kasut ini akan dilancarkan bersama album terbaru Liam, ‘Why Me? Why Not’. Sebagai permulaan, warna yang digunakan untuk koleksi terhad ini adalah warna krim suede bersama kemasan material kulit pada bahagian tali kasut.
BACA: Imbau Kenangan Siri Animasi TV Spongebob Squarepant Dengan Koleksi Nike Kyrie
Setakat ini pihak Adidas belum lagi memaklumkan harga sepasang kasut untuk model keloksi terhad ini.