Pengkaji Sahkan Orang Yang Berjalan Cepat Boleh Tangguhkan Hayat Lebih Lama

Share

Tahukah anda orang yang suka berjalan cepat boleh tangguhkan hayat mereka dengan lebih lama sehingga 15 tahun?

Kedengaran aneh tetapi itulah manfaat kesihatan yang diterima apabila jantung sering mengepam darah dengan laju dalam tubuh.

Menariknya lagi, angka tersebut bukan hanya tertakluk kepada mereka yang tinggi dan kurus tetapi ia berkesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira rupa bentuk badan.

Hidup sehingga 80 tahun ke atas

Penyelidik di Universiti Leicester menganalisis data ke atas 474,919 orang dengan purata usia 52 tahun di UK Biobank antara 2006 dan 2016.

Hasil kajian mendapati wanita yang berjalan dengan cepat mempunyai jangka hayat sehingga 86.7 hingga 87.8 tahun dan lelaki pula sehingga 85.2 hingga 86.8 tahun.

Mereka yang berjalan perlahan pula menunjukkan mempunyai jangka hayat sehingga 72.4 tahun bagi wanita dan lelaki sehingga 64.8 tahun, jika mereka bergerak dengan lebih santai.

Yang punyai berat badan berlebihan pun boleh selamat

Berdasarkan kajian Mayo Clinic Proceedings, nisbah tersebut dianggap benar walaupun pejalan kaki cepat mempunyai berat badan berlebihan.

Namun ia bukan bermakna pejalan kaki cepat akan hidup lebih lama kerana laporan itu hanya membuktikan hubungan, bukan sebab dan akibat.

Penilaian pakar

Bagaimanapun, menurut pakar, kelajuan berjalan boleh dijadikan satu cara bagi doktor menilai kesihatan umum pesakit mereka bersama-sama ujian lain.

Ia bukanlah kajian pertama kerana pada 2011, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) menerbitkan satu kajian oleh profesor perubatan geriatrik, Stephanie Studenski dari Universiti Pittsburgh mendapati kelajuan berjalan adalah peramal jangka hayat yang boleh dipercayai.

Tom Yates, profesor kegiatan fizikal di Leicester menerbitkan penemuan mengenai jangka hayat itu selama bertahun-tahun.

Sumber : Harian Metro

Published by
Akyem Samad