Siapa kata penghidap kencing manis tak boleh nak join Marathon. Jangan jadikan sakit sebagai alasan anda tidak mahu bersenam. Badan yang sihat boleh mencegah diri dari penyakit kronik. Jadi, bila orang tanya “kalau saya ada kencing manis, dan saya nak join Half Marathon, macam mana ye? Apa yang perlu saya buat?
Ini kami kongsi langkah-langkah dan pandangan Dietitian Mohd Khairul Azuan.
Ini paling utama, anda kena sedar, anda bukan normal. Bukan apa, kita mahu badan lebih sihat bukan terukkan lagi. Jangan lupa ambil bacaan ye.
Membawa makanan manis yg senang digunakan seperti air kotak, gula-gula atau Sport Drinks semasa latihan. Badan akan lemah apabila kita menggunakan tenaga yang sangat banyak. Ia akan membahayakan seseorang terutamanya pesakit Diabetes.
Ajak kawan-kawan anda berlatih di rumah atau di taman sehingga anda mampu menghidari hypoglycemia (gula bawah 4 mmol/l). Mula dari bawah, baru ada Stamina
dan penyakit boleh dielakkan.
PENTING! Sentiasa bawa kad bersama anda. Kalau boleh, ketika anda register untuk sertai Marathon tu, jujur dalam mengisi ruang kesihatan. Ini memudahkan Medical Team menyatakan penyakit anda supaya senang Medical Team memberikan rawatan.
Hyperglycemia juga boleh terjadi dan diburukkan lagi dengan Dehydration (kurang air). Hyperglycemia (gula tinggi) akan menyebabkan badan kita lagi cepat hilang air. Jika Marathon anda itu pada waktu pagi, makanlah sekeping roti atau sebiji pisang. Ia sangat membantu.
Pesakit Diabetes, berhati-hati dalam bersenam yang memerlukan intensiti tinggi. Setakat Marathon anda masih lagi mampu. Jika anda mahu menurunkan berat badan, sila rujuk pakar Dietitian supaya anda tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ketika bersenam.
Untuk pertanyaan lanjut anda boleh follow:
Instagram @khairuldietitian
FB: Mohd Khairul Azuan