Agak menyakitkan hati juga bila perkara seperti ini ada potensi berlaku. Bayangkan segala perbualan chat, perkongsian gambar dan video boleh hilang begitu saja!

Memetik laporan Metro.co.uk, pengguna aplikasi WhatsApp berdepan dengan sekatan sementara dan risiko kehilangan rekod perbualan mereka.

Pengguna WhatsApp Ada Risiko Disekat & Hilang Semua Rekod Chat, Apa Puncanya?

IKLAN

Ini kerana terdapat pengguna yang menggunakan versi palsu aplikasi tersebut. Lantas WhatsApp menggesa pengguna yang merasakan jika mereka menggunakan versi tidak tulen untuk membuat back up dengan segera, kerana ia mungkin hilang apabila dipindahkan kembali ke aplikasi rasmi.

BACA: Laptop & Telefon Bimbit Terkena Air? Guna 3 Cara Ini Untuk Hidupkan Semula!

IKLAN

“Jika adan menerima mesej mengatakan aplikasi akaun disekat itu bermakna anda menggunakan WhatsApp versi tidak disokong dan bukannya aplikasi rasmi WhatsApp. Jika ia berlaku anda harus muat naik aplikasi rasmi untuk terus menggunakankannya,” jelas mereka.

IKLAN

Kini terdapat pelbagai perisian palsu seperti GB WhatsApp dan WhatsApp Plus yang boleh dimuat naik menerusi Google Play.

Jelas WhatsApp lagi, aplikasi tidak rasmi ini dibangunkan oleh pihak ketiga dan melanggar syarat penggunaan serta perkhidmatan mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI