Penungggang motor jenis kapcai & sportbike masih lagi menggunakan teknologi komponen rantai yang digerakkan menggunakan set sprocket sebagai sistem pacuan utama.
Kedua-dua komponen ini sangat penting dan perlu diselenggara rapi supaya kondisinya kekal mantap & selamat digunakan.
Tugas utamanya adalah menyalurkan tenaga dari enjin ke roda. Disebabkan itu, terdapat risiko motosikal anda merosot prestasinya seiring dengan usia serta kondisi penggunaan dua komponen berkenaan.
Sebagai penunggang motosikal, anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menukar kedua-dua komponen tersebut untuk memastikan prestasinya tidak sampai ke tahap yang merisikokan penunggang.
Apa yang MASKULIN ingin tekankan adalah, jangan sampai rantai tertanggal dan sprocket sudah tumpul giginya baru kita nak tukar.
BACA: Tunggangan Tak Selamat Jika Visor Calar, 5 Cara Ini Bantu Anda Hilangkan Kesannya
BACA: Lelaki Boleh Sakit Pinggang Jika Guna Absorber Rosak, Ini 4 Cara Mudah Nak Check!
Selalunya sproket dan rantai motosikal perlu diganti apabila perbatuan mencecah kira-kira 25,000km. Tetapi ingat, ia bergantung kepada cara tunggangan. Tempoh penukaran mungkin lebih awal jika tunggangan anda banyak terdedah kepada persekitaran yang sangat berdebu, kotor, dan basah.
Janganlah menangguh menukar dua komponen itu jika sudah tiba masa. Rantai yang terlalu kendur berisiko putus atau tertanggal dari sproket, begitu juga sproket yang sudah haus. Malah, boleh menyebabkan kemalangan.
Jika mahu menukar sproket dan rantai, seeloknya tukarkan kedua-dua sekali dan jangan berasingan supaya prestasi sistem pacuan motosikal anda kekap optimum dan tip top!