Kebanyakan daripada kita menjauhkan diri daripada gelapnya “dark web,” tetapi seorang lelaki yang telah menjadi hacker atau penggodam selama 30 tahun mendedahkan beberapa pengalaman mengerikan yang dilaluinya dalam dunia itu.
“Dark web” sering dikaitkan dengan aktiviti jenayah, menjadi tempat persembunyian bagi tindakan ganas dan keji yang boleh meninggalkan kesan trauma pada jiwa manusia.
Namun, bagi sesetengah pihak, ia adalah ruang untuk mencabar kemampuan mereka sebagai hacker, sama ada untuk kepentingan peribadi atau demi wang.
Seorang penggodam berpengalaman selama 30 tahun berkongsi bagaimana dia pernah menjadi “black hat” – gelaran bagi penggodam yang tidak terikat dengan etika dan kerap terlibat dalam jenayah siber.
Namun kini, dia telah berubah menjadi “white hat” atau penggodam beretika yang bekerja untuk kebaikan umum dengan mematuhi undang-undang.
“Saya juga memburu penjenayah yang menyasarkan hospital atau perniagaan yang saya lindungi,” katanya dalam satu wawancara bersama VICE pada tahun 2021.
Sebagai penggodam “white hat,” tugas utamanya adalah mencari kelemahan dalam sistem yang boleh mendatangkan risiko besar. Ini termasuk melindungi data penting dan memantau ancaman ransomware – perisian hasad yang digunakan untuk menyekat akses ke sistem komputer.
Ransomware, menurut hacker ini, telah wujud sejak beberapa dekad lalu tetapi semakin canggih.
“Ia adalah perisian hasad yang masuk ke dalam sistem anda, menyulitkan semua data anda, dan kemudian menuntut bayaran untuk memberikan kunci penyahsulitan,” jelasnya.
Dalam sesetengah kes, keputusan yang perlu dibuat sangat mendebarkan. Dia pernah menyaksikan hospital-hospital diserang ransomware, memaksa pihak pengurusan membuat pilihan antara membayar wang tebusan atau mempertaruhkan nyawa manusia.
“Dulu, ransomware meminta ratusan atau ribuan dolar. Sekarang, jumlahnya mencapai puluhan juta. Serangan terbaru yang saya lihat menawarkan $70 juta untuk kunci yang dapat membuka semua komputer yang disulitkan dalam serangan itu,” tambahnya.
Bagi hacker ini, ancaman terhadap keselamatan siber terus berkembang. Walaupun dia menolak senario seperti filem di mana senjata nuklear diambil alih oleh hacker, dia menekankan risiko besar terhadap pasaran kewangan dan kemudahan infrastruktur seperti stesen janakuasa elektrik.
BACA: 10 Fakta Menarik Mengenai Perodua EV eMO-II, Masa Depan Mobiliti Di Malaysia
Sebagai seorang pakar teknologi pintar, kisah ini mengingatkan kita betapa pentingnya keselamatan siber dalam dunia moden.
Ia bukan sahaja tentang melindungi data peribadi, tetapi juga tentang memastikan keselamatan masyarakat daripada ancaman besar yang boleh melumpuhkan infrastruktur kritikal.
Bagi masyarakat biasa, apa yang berlaku di “dark web” mungkin jauh daripada kehidupan seharian. Namun, kita tidak boleh leka dan alpa bahawa risiko siber ini semakin dekat dengan realiti kita, dan kepentingan perlindungan data tidak boleh dipandang enteng.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: VICE