Kebanyakan daripada kita menjauhkan diri daripada gelapnya “dark web,” tetapi seorang lelaki yang telah menjadi hacker atau penggodam selama 30 tahun mendedahkan beberapa pengalaman mengerikan yang dilaluinya dalam dunia itu.
“Dark web” sering dikaitkan dengan aktiviti jenayah, menjadi tempat persembunyian bagi tindakan ganas dan keji yang boleh meninggalkan kesan trauma pada jiwa manusia.
Namun, bagi sesetengah pihak, ia adalah ruang untuk mencabar kemampuan mereka sebagai hacker, sama ada untuk kepentingan peribadi atau demi wang.
Hacker – Topi Hitam dan Topi Putih
Seorang penggodam berpengalaman selama 30 tahun berkongsi bagaimana dia pernah menjadi “black hat” – gelaran bagi penggodam yang tidak terikat dengan etika dan kerap terlibat dalam jenayah siber.
Namun kini, dia telah berubah menjadi “white hat” atau penggodam beretika yang bekerja untuk kebaikan umum dengan mematuhi undang-undang.
Kredit: VICE
“Saya juga memburu penjenayah yang menyasarkan hospital atau perniagaan yang saya lindungi,” katanya dalam satu wawancara bersama VICE pada tahun 2021.
Sebagai penggodam “white hat,” tugas utamanya adalah mencari kelemahan dalam sistem yang boleh mendatangkan risiko besar. Ini termasuk melindungi data penting dan memantau ancaman ransomware – perisian hasad yang digunakan untuk menyekat akses ke sistem komputer.
Ads
Ancaman Bahaya Ransomware
Ransomware, menurut hacker ini, telah wujud sejak beberapa dekad lalu tetapi semakin canggih.
“Ia adalah perisian hasad yang masuk ke dalam sistem anda, menyulitkan semua data anda, dan kemudian menuntut bayaran untuk memberikan kunci penyahsulitan,” jelasnya.
Kredit: VICE
Dalam sesetengah kes, keputusan yang perlu dibuat sangat mendebarkan. Dia pernah menyaksikan hospital-hospital diserang ransomware, memaksa pihak pengurusan membuat pilihan antara membayar wang tebusan atau mempertaruhkan nyawa manusia.
“Dulu, ransomware meminta ratusan atau ribuan dolar. Sekarang, jumlahnya mencapai puluhan juta. Serangan terbaru yang saya lihat menawarkan $70 juta untuk kunci yang dapat membuka semua komputer yang disulitkan dalam serangan itu,” tambahnya.
Ads
Masa Depan dan Risiko Siber
Bagi hacker ini, ancaman terhadap keselamatan siber terus berkembang. Walaupun dia menolak senario seperti filem di mana senjata nuklear diambil alih oleh hacker, dia menekankan risiko besar terhadap pasaran kewangan dan kemudahan infrastruktur seperti stesen janakuasa elektrik.
Sebagai seorang pakar teknologi pintar, kisah ini mengingatkan kita betapa pentingnya keselamatan siber dalam dunia moden.
Ads
Ia bukan sahaja tentang melindungi data peribadi, tetapi juga tentang memastikan keselamatan masyarakat daripada ancaman besar yang boleh melumpuhkan infrastruktur kritikal.
Bagi masyarakat biasa, apa yang berlaku di “dark web” mungkin jauh daripada kehidupan seharian. Namun, kita tidak boleh leka dan alpa bahawa risiko siber ini semakin dekat dengan realiti kita, dan kepentingan perlindungan data tidak boleh dipandang enteng.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: VICE
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita khususnya akan menghasilkan banyak minyak ketika haid. Hormon setiap bulan mengalami perubahan, jadi keadaan ini mungkin boleh menstimulasi kelenjar minyak. Apabila minyak berlebihan di wajah pori-pori kulit mudah tersumbat akibat cepat memerangkap debu dan mencetus kepada masalah jerawat.
2. Stress
Hormon kortisol sangat bagus untuk membantu lebih fokus dan mengurangkan stress. Tapi awas jika hormon ini dilepaskan berlebihan oleh tubuh sebagai reaksi tubuh terhadap hormon ini ia mungkin meningkatkan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak.
3. Kosmetik
Solekan yang terlampau tebal akan menjadikan minyak di bawah kulit terperangkap dan lebih teruk boleh mengakibatkan radang pada wajah dan timbul jerawat besar dan bernanah.
4. Makanan Berlemak
Elak pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan. Ia juga tidak bagus kerana lemak yang tinggi boleh menimbulkan pelbagai penyakit di kemudian hari.
5. Keadaan cuaca
Cuaca panas dan lembap boleh mempengaruhi aktiviti kelenjar peluh kita. Kulit akan menjadi lebih cepat berminyak dan kurang bermaya.
Cara Atasi Kulit Berminyak
1.Pilih Pencuci Muka Yang Betul
Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan pilih pencuci bebas dari minyak yang berasaskan gel atau foaming cleanser.
2. Scrub Semulajadi
Penting untuk mengurangkan minyak di wajah dan menanggalkan sel-sel kulit mati.
Tomato – mengandungi asid semulajadi yang bagus untuk menyerap minyak dan menegangkan kulit wajah. Sapu selama 10-15 minit dan bilas dengan bersih
Lemon – membantu kembalikan keseimbangan pH. Campurkan bersama sedikit madu dan bilas selepas 10-15 minit.
3. Toner Bebas Alkohol
Berfungsi untuk membantu membuang kotoran dan minyak pada wajah. Wajibkan diri menggunakan toner yang sesuai elak luang roma terbuka luas.
4. Pelembap
Rutin yang perlu di pakai setiap hari. Pastikan pilih yang berasaskan air dan bebas alkohol .
5. Krim Pelindung Matahari
Kulit berminyak pun perlu memakai krim pelindung matahari supaya kulit tidak mudah berjeragat atau pigmentasi kesan dari sinaran matahari. Pilih saya berasaskan gel untuk kulit berminyak.
6. Minum air secukupnya dan suplemen tambahan.
Air yang cukup sangat membantu mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan. Amalan mengambil B-Complex, GLA Complex, Omegaguard, Vitamin E dan protein ESP sangat membantu mengawal pengeluaran minyak dari dalam.
SUMBER : DIARINUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari debaran pasti dirasai tatkala menunggu perkembangan terbaru penularan Covid-19 terutamanya sidang media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Barisan hadapan negara sekali lagi terpaksa berhadapan cabaran yang cukup luar biasa.
Kes harian kini mencatatkan angkas tiga digit setiap hari dengan negeri Sabah yang paling teruk terjejas. Dan menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, barisan hadapan kini mencapai tahap kritikal. Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada awal pagi hari ini.
“Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti. Ia juga bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” jelasnya.
Pada 11 Oktober 2020 iaitu semalam negara kita menyaksikan sebanyak 561 kes baharu dilaporkan dengan negeri Sabah mencatatkan angka tertinggi dengan 488 kes.
MOBILISASI SEGERA
Dalam pada masa yang sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekah melakukan mobilisasi juruteknologi makmal perubatan dan juru x-ray (diagnostik) dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke negeri Sabah.
Seramai 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan 9 orang juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah pada 9 Oktober 2020 dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
Terdahulu, seramai 5 orang JTMP dari Pusat Darah Negara (1 orang), Hospital Kuala Lumpur (1 orang), Hospital Pulau Pinang (1 orang), Hospital Umum Sarawak (1 orang) dan Hospital Ampang (1 orang) telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober 2020 yang lalu.
Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK). Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilsasi ke MKA KK.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Selamat berjuang dan bertugas MASKULIN ucapkan buat wira-wira negara yang berada di barisan hadapan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Twitter & Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kadang mungkin kebanyakan suami agak kurang peka dengan perasaan isteri selepas kehadiran orang baru dalam kehidupan rumah tangga mereka. Tapi tahukan para suami bahawa di sebalik senyuman dan tawa bahagia isteri selepas melahirkan anak, mereka memendam perasaan. Suami malah tidak mengetahui ini.
Isteri mengalami perubahan keadaan psikologi. Untuk sekadar diketahui suami, inilah perubahan perasaan isteri selepas mempunyai anak.
1 Perlu rehat
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.
2 Tidak ingin ditanya
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.
3 Makin cinta
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.
4 Tiada baju yang muat
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.
5 Perlukan perlindungan
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.
Sumber: Familyshare
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.