Tidak dinafikan sejak awal tahun 200-an sehingga sekarang penggemar skinny jeans masih lagi ramai. Bahkan di kalangan lelaki lewat 30-an pun ia masih menjadi cutting pilihan setiap kali melangkah ke gedung beli-belah.
Namun ada perkara yang penggemar skinny jeans mungkin tidak tahu. Skinny jeans umumnya jeans ketat mungkin menjadi pilihan gaya yang popular bagi lelaki, namun pemakaian berlebihan boleh membawa risiko kesehatan yang tidak dijangka.
Gaya yang mengutamakan faktor ‘ketat’ ini boleh menyekat peredaran darah yang optimal, terutamanya di bahagian kaki dan pinggul. Ia sekali gus boleh mengakibatkan kaki yang cepat letih dan rasa tidak selesa yang berpanjangan.
Lebih daripada itu, pemakaian jeans ketat juga boleh menimbulkan tekanan berlebih pada saraf di kalangan penggemar skinny jeans, memberi impak negatif terhadap fungsi saraf dan menyebabkan sensasi kebas atau kesakitan yang mengganggu.
Ini menjadikan penting untuk memilih jeans yang lebih longgar atau fleksibel, demi keselesaan dan kesihatan yang lebih baik.
Memakai jeans ketat secara rutin boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan, terutamanya bagi lelaki. Antara risikonya adalah:
Ads
Gangguan Peredaran Darah
Jeans yang terlalu ketat boleh menghalang peredaran darah yang lancar, terutamanya di kaki dan pinggul. Ini boleh menyebabkan keletihan kaki dan rasa tidak selesa.
Kompresi Saraf
Memakai pakaian yang ketat boleh menyebabkan masalah seperti sindrom kompartmen, di mana tekanan pada saraf menyebabkan kesakitan dan kebas.
Masalah Pencernaan
Tekanan yang kuat pada perut boleh mengganggu pencernaan dan boleh menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati atau sembelit. Hati-hati ya penggemar skinny jeans sekalian.
Tekanan berterusan di kawasan pangkal paha boleh menjejaskan kesihatan seksual dan reproduktif. Hal ini termasuklah suhu yang lebih tinggi di kawasan tersebut, yang boleh mempengaruhi kualiti sperma.
Masalah Kulit
Jeans yang ketat juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat mekanikal, yang disebabkan oleh geseran dan tekanan pada kulit.
Ads
Sebagai alternatif, lelaki disarankan memilih jeans yang memberikan keselesaan dan tidak terlalu ketat, dengan mempertimbangkan bahan yang lebih elastis atau potongan yang lebih longgar.
Mengambil kira aspek keselesaan dan kesihatan akan membantu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pemakaian jeans ketat. Pilihan pakaian yang sesuai tidak hanya meningkatkan keselesaan tetapi juga mengelakkan masalah kesehatan jangka panjang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang kemeja ia sememangnya natara pakaian yang WAJIB ada dalam himpunan atau koleksi pakaian anda. Tak lengkap rasanya seorang lelaki tan memiliki hatta sepasang baju kemeja sekali pun.
Tapi tahukah anda tak semua jenis kemaja yang terdapat di pasaran sesuai untuk lelaki? Maksud MASKULIN di sini bukanlah dari segi corak atau warna tetapi lebih merujuk kepada jenis lipatab kemaja.
Ya, kalau anda perasan di bahagian belakang kemeja anda akan terdapat jenis-jenis lipatan berbeza. Iabukanlah saja-saja direka sebegitu tapi mempunyai fungsinya tersendiri.
Sebenarnya terdapat tiga jenis lipatan kemeja yang wajib diketahui oleh lelaki sebelum membeli kemeja. Terdapat tiga jenis lipatan yang anda patut tahu seperti di bawah:
Kemeja yang mempunyai centre box pleat atau lipatan tengah di bahagian belakang sesuai dipakai oleh lelaki yang memerlukan ruang yang lebih di bahagian perut. Dalam bahasa ringkasnya sesiapa yang ada peurt buncit bolehlah memilih kemeja yang ada lipatan ini. Ia memberikan ruang lebih besar untuk badan anda. Bagi anda yang kurus elakkan memilih kemeja ini kerana ia boleh memberikan efek longgar.
2. Side Pleat
Jika di lihat di bahagian belakang, kemeja ini mempunyai dua lipatan di kiri dan kanan. Kemeja yang mempunyai lipatan ini sebenarnya direka khusus untuk lelaki yang mempunyai ruang lebih besar di bahagian dada, bahu dan lengan. Untuk anda yang memiliki badan tegap dan ‘sado’, inilah kemeja yang harus menjadi pilihan anda!
3. Pleatless
Ini pula kemeja yang langsung tiada sebarang lipatan di bahagian belakang. Rekaan seperti ini dihasilkan khusus untuk lelaki yang mempunyai siaz badan sedang-sedang. Anda tidaklah kurus dan tidak juga tegap atau memiliki badan yang besar. Ini kerana badan anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk nampak fit dengan kemeja. Bagi anda yang kurus dan memiliki badan sedikit tegap pilihlah potongan kemeja regular fit dan bukannya slim fit. Nanti nampak macam buah nangka kena bungkus pula nanti
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda nak tegur kawan, tapi takut kawan tu terasa hati atau tak nak kawan dengan anda terus? Mesti pernah kan? Sebagai contoh, badan kawan anda berbau busuk, dan anda sejenis tak tahan dengan bau busuk. Nak tegur, takut terasa hati, tak tegur, kita pun tak tahan. Mungkin anda boleh cuba tips kami ni:
1) Jangan tangguh
Bila anda ada sesuatu dalam fikiran yang anda nak bagitahu rakan anda itu, terus cakap. Tangguh boleh menyebabkan anda banyak berfikir, dan bila banyak berfikir, anda tidak akan beritahu mereka. Jangan takut dengan apa yang akan berlaku selepas anda beritahu, kalau kena caranya, rakan andapasti tak akan mengamuk.
2) Jangan meleret
Mukadimah anda tu, kurangkan sikit. Dah lah anda bercakap tanpa berfikir panjang, jika anda leretkan teguran anda, rakan anda akan rasa tidak selesa. Manusia ni tak boleh menerima informasi yang banyak, tambahan pula berita buruk.
3) Tengok mood dia
Nak beritahu kena masanya, jika rakan anda seorang wanita, sepanjang tempoh period bukanlah masa yang sesuai. Anda pun tahu kan wanita ni ada mood swing, kalau boleh elak ye.
4) Feedbak kurang baik
Ok, jika anda beritahu rakan anda, bahawa dia seorang yang pengotor, dan feedback dia kurang baik, maka hentikan teguran itu. Ini kerana rakan anda tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya kurang baik. Dalam pada masa yang sama, rakan anda tersinggung dengan teguran anda. Ini normal, apa yang anda boleh buat adalah cuba lagi pada masa akan datang. Mungkin anda belum cukup rapat sehinggakan anda dibenarkan untuk menegur mereka. Ini akan ambil masa, tapi jika anda tidak putus menegur dengan cara yang betul, maka satu hari rakan anda akan berubah, percayalah.
5) Tanya balik diri anda, penting ke teguran ni?
Apa kepentingkan dalam anda menegur rakan anda? Adakah dengan teguran ini, rakan anda akan menjadi lebih baik? Atau lebih buruk? Atau, ini hanya untuk kepentingan diri anda sahaja bukan untuk orang sekeliling rakan anda itu? Jika anda tidak tahu sebab disebalik teguran yang bakal anda lontarkan itu, maka lebih baik anda berdiam diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin dalam tempoh 10 tahun dahulu ramai pihak tidak pernah membayangkan bahawa sesebuah jenama streetwear mampu berkolaborasi dengan jenama mewah. Kini ia bagaikan trend terbaru yang semakin mekar dalam dunia fesyen lelaki.
Salah seorang pereka fesyen high-end streetwear yang sangat prominen ialah Jerry Lorenzo menerusi labelnya Fear of God. Terbaru, Ermenegildo Zegna mengumumkan kerjasamanya bersama Jerry Lorenzo pada pelancaran Paris Fashion Week baru-baru ini.
Alessandro Sartori
Zegna menerusi Pengarah Arstistik, Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo telah bersama-sama menghasilkan koleksi lelaki eksklusif.
Rekaan hasil kolaborasi ini menyaksikan hasil yang menyerlahkan identitui kedua-dua jenama – Zegna dengan kepakaran jahitan kemas dan Fear of God sentuhan unik lebih moden.
Jerry Lorenzo
Kerjasama kreatif kedua jenama turut menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kotemporari buat lelaki muda yang kehidupannya penuh dengan ekspresi fesyen dan juga kebebasan.
Koleksi eksklusif Zegna x Fear of God ini akan mula dipertontonkan kepada umum di Paris Fashion Week pada 2 Mac 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.