pengesanan awal kanser prostat

Hari ini tanggal 19 November 2020 merupakan Hari Lelaki Sedunia. Sambutan Hari Lelaki di seluruh dunia ini adalah untuk meraikan peranan lelaki di dalam komuniti serta menyebarkan kesedaran tentang isu besar yang sering lelaki hadapi. Antara isu besar sering menjadi tumpuan adalah kanser prostat. Tahap pengesanan awal masih lagi di peringkat membimbangkan.

Ramai lelaki tidak sedar bahawa pengesanan awal kanser prostat boleh memberikan perubahan cukup besar. Ia mampu dirawat dan pertaus untuk sembuh juga sangat tinggi. Walaupun punca utama bagaimana kanser ini boleh berlaku masih lagi dalam kajian namun terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengesannya lebih awal.

PENCEGAHAN JALAN TERBAIK

Dalam menangani atau mengelak apa jua jenis penyakit, langkajh pencegahan adalah yang paling terbaik. Bagaimana kita menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup serta corak pemakanan juga mampu memberikan impak cukup besar. Terdapat beberapa langkah pencegahan boleh kita ikut:

IKLAN
  • Pencegahan boleh dilakukan dengan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Jika rasa ada yang tidak kena, lakukan pemeriksaan kelenjar prostat yang teliti.
  • Sentiasa amalkan pemakanan yang seimbang dan kurangkan memakan makanan segera yang mengandungi pelbagai bahan perasa tiruan.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat seperti sentiasa bersenam, tidur yang mencukupi dan menjaga kesihatan mental.
Pengesanan Awal Kanser Prostat Mampu Tingkatkan Peratusan Sembuh
Ilustrasi: Pasindu’s Archives

FAKTOR YANG DIKETAHUI

Setakat ini terdapat tiga faktor utama yang boleh menyebabkan atau meningkatkan pembentukan kanser prostat.

  • Pertama peningkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
  • Kedua faktor genetik keluarga
  • Ketiga faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

SIMPTOM KANSER PROSTAT

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, kanser prostat mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awalnya. Namun jika munculnya sipmtom seperti di bawah, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan secepat mungkin.

IKLAN
  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tiddak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak atau mati pucuk
Pengesanan Awal Kanser Prostat Mampu Tingkatkan Peratusan Sembuh
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKARA PENTING PERLU ANDA TAHU

  • Kemungkinan untuk sembuh daripada penyakit kanser prostat lebih tinggi sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal
  • Kesan bagi setiap indvidu menghidap kanser prostat adalah berbeza dan pelbagai. Ia bergantung kepada tahap penyakit
  • Salah satu faktor mempeg=ngaruhi kesan sampingan selepas rawatan adalah umur, faktor kesihatan dan kehadiran penyakit lain

PERINGKAT KANSER PROSTAT

  • Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat
  • Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang

Semoga lelaki di Malaysia mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap risiko kanser prostat. Sama-sama kita menjaga kesihatan demi diri, keluarga dan masyarakat. Lakukan pengesanan dengan lebih awal!

IKLAN

Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.

https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w&t=4s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI