Industri fesyen sentiasa berkembang, tetapi ada ketikanya ia melangkaui sekadar peragaan busana dan menjadi platform untuk menyampaikan mesej yang lebih mendalam. Acara fesyen yang dinantikan, SVG SS25 Runway, bukan sekadar mempersembahkan koleksi terbaharu tetapi turut menjadi medan suara bagi perubahan. Dipelopori Pengasasnya, Ahsraf Anuar, acara ini dihadiri lebih 500 tetamu.
SVG berjaya menjadikan acara pertunjukan fesyen ini sebagai pengalaman yang lebih besar daripada sekadar estetika—ia menjadi wadah untuk menyuarakan keadilan.
Mereka mengambil langkah berani dengan menjadikan pentas fesyen sebagai ruang untuk menyuarakan sokongan terhadap kebebasan Palestin dan hak bersuara demi keadilan.
Pengasas SVG, Ashraf Anuar
Dalam dunia yang masih memberi ruang untuk kita berkarya dan bersatu, acara ini membuktikan bahawa kebenaran tidak boleh dibungkam. Melalui setiap helaian yang diperagakan, mesej solidariti dan perjuangan disampaikan dengan penuh seni dan makna.
REKAAN KHAS
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, beberapa pereka tempatan—Janggutbear, Kenjichai, Fritilldea, Izzatisuza, dan Baihaqi Ismail—turut menyumbangkan rekaan khas bertemakan Palestin.
Setiap karya yang dipersembahkan bukan sekadar busana, tetapi juga satu ekspresi seni yang mengangkat suara mereka yang tertindas.
Sentuhan unik dalam setiap rekaan menjadi simbol kekuatan, harapan, dan perjuangan yang berterusan.
Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum Dunia—sebuah karya yang menyentuh jiwa dengan mesej keamanan, perpaduan, dan ketabahan.
Ads
Persembahan ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi satu seruan kepada mereka yang percaya pada keadilan. Dalam suasana yang penuh emosi dan semangat, hadirin terpaku dengan keindahan lirik serta keikhlasan yang terpancar daripada nyanyian Faizal.
Faizal Tahir
Bercakap mengenai visi di sebalik koleksi musim ini, Muhammad Ashraf, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar, pengasas SVG, menegaskan komitmen jenama ini dalam menggunakan fesyen sebagai medium untuk menyampaikan mesej penting.
“SVG bukan sekadar jenama fesyen. Kami percaya pada kekuatan penceritaan melalui rekaan, dan musim ini.
“Kami mahu menggunakan pentas kami untuk mengetengahkan suara-suara yang perlu didengari. Fesyen bukan sekadar trend—ia adalah satu bentuk impak,” katanya.
Ads
GABUNGAN ELEMEN
Melalui koleksi SS25 ini, SVG menampilkan rekaan yang menggabungkan elemen-elemen klasik dengan sentuhan avant-garde, mencerminkan kekuatan dan harapan dalam setiap helaian.
Dari permainan warna yang simbolik hingga pemilihan fabrik yang berani, setiap perincian memberi gambaran tentang perjuangan yang diperjuangkan.
SVG SS25 bukan sekadar satu koleksi fesyen baharu. Ia adalah satu gerakan yang menggunakan seni, fesyen, dan budaya untuk menyampaikan kisah-kisah yang penting.
Selagi kita diberi ruang untuk berkarya dan bersuara, kita juga memikul tanggungjawab untuk berdiri bersama mereka yang suaranya cuba disenyapkan.
Dalam dunia fesyen yang sering dikaitkan dengan gaya dan trend, SVG membuktikan bahawa pakaian bukan sekadar kain yang menutupi tubuh. Ia boleh menjadi suara, mesej, dan perjuangan.
Dengan setiap langkah yang diambil di pentas peragaan, kita menyaksikan satu kisah yang lebih besar diceritakan—kisah tentang keadilan, harapan, dan keberanian untuk bersuara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kaca mata hitam merupakan satu aksesori yang sangat penting untuk lelaki. Selain membawa fungsi untuk melindungi mata dari pancaran dan sinaran cahaya matahari, ia juga boleh mononjolkan personaliti anda.
Malah ia juga menjadi satu akesesori untuk ramai lelaki mengekspresikan diri. Jika adan perasan di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis dan bentuk cermin mata hitam ditawarkan.
Jadi buat anda yang ingin mencari cermin mata hitam mungkin anda berasa agak keliru dan ragu-ragu untuk pilih bentuk yang mana satu.
Usah risau, MASKULIN is here! Di bawah ini merupakan kompilasi beberapa jenis cermin mata hitam yang trendy dan mempunyai elemen klasik untuk anda si lelaki tampan.
WAYFARER
Gaya cermin mata hitam ini diperkenalkan oleh jenama terkenal, Ray-Ban pada tahun 1956. Tak salah untuk MASKULIN katakan bahawa inilah cermin mata hitam paling ikonik di kalangan lelaki terdapat di pasaran. Ia boleh dipakai oelh sesiapa sahaja dan mempunyai elemen universal – sesuai untuk semua majlis dan aktiviti.
Jika anda mahu cemrin mata yang sesuai dipakai dengan semua jenis pakaian inilah bentuk yang harus anda gayakan.
CLUBMASTER
Antara cemrin mata yang tampil dengan bingkai dengan ‘nafas’ retro. Juga pertama kali diperkenalkan oleh Ray-Ban, ia membawa elemen fesyen era 50-an dengan bingkai terbuka di bahagian bawah. Selain membawa trend dan elemen nostalgik, Clubmaster mampu menarik perhatian ramai kepada pemakainya. Selebriti popular seperti Robert Pattinson dan Bruno Mars sering dilihat menggayakan cemrin mata ini.
AVIATOR
MASKULIN yakin anda semua mesti tahu dan pernah tengok filem ‘Top Gun’ lakonan Tom Crusie. Inilah antara filem yang telah mempopularkan gaya Aviator di kalangan penggemar kaca mata hitam di seluruh dunia. Jika Wayfarer dianggap sebagai cermin mata paling ikonik, Aviator pula menjadi ‘lawannya’ paling dekat. Di definisikan oleh bentuk cemrinnya yang bujur di bahagian tepi, ia biasanya dibuat menggunakan bingkai besi. Elemen uniknya pula adalah triple brdige.
BINGKAI BULAT
Antara ikon yang membuatkan cermin mata hitam bingkai bulat menjadi popular ialah Jogn Lennon. Gaya cermin mata ini menonjolkan sisi eksentrik pamakainya. Disebabkan itulah ia sering digayakan oleh pengikut budaya hippies pada era 70-an dahulu. Ia juga menjadi trademark buat penggaya fesyen steampunk.
NOTCH BRIDGE
Gaya yang unik ini diperkenalkan oleh Persol pada tahun 1957 dan ia mula menjadi popular pada penghujung 1960-an selepas digayakan oleh Steve McQueen. Dengan bentuk bingkai yang ikonik karakter utamanya ialah di bahagian notch bridge yang terletak di antara dua bingkai. Ia membawa gaya klasik, timeless dan retro 1960-an.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama fesyen kini dilihat lebih terbuka dalam melakukan ekspresi gaya yang lebih moden dan terbuka. Sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama fesyen popular melakukan kolaborasi dengan judul-judul filem, siri TV dan tidak kurang juga animasi.
Terbaru, jenama denim terkemuka Levi’s mengumumkan kolaborasinya dengan siri animasi popular yang cukup ikonik, ‘Felix’. Hadir dengan karakter kucing berwarna hitam dan putih, bermata besar serta diiringi senyuman lebar, Felix the Cat merupakan antara watak animasi paling terkenal dalam sejarah filem dan TV.
Justeru bagi himpunan Musim Luruh/Dingin 2021, Levi’s dan and Felix the Cat bergabung memberikan penghormatan kepada kisah Felix di kolej menerusi pelancaran koleksi Levi’s x Felix the Cat, dipertontonkan sebagai Felix the Graduate – yang disuntik gaya baru dalam watak klasik kegemaran dunia ini.
Hasil inspirasi siri TV-nya pada era 1950-an dan ’60-an, koleksi ini meneroka idea Felix ketika berada di kolej. Felix the Graduate menampilkan kucing ikonik itu mengembalikan semula memori di Universiti Felix, dengan mengenakan helaian kontemporari pada rekaan klasik serta gaya varsity antaranya baju panas, kemeja ragbi, hoodie, jaket, seluar dan kemeja-T.
KEMAS & TRENDY
Koleksi ini juga mempersembahkan pertembungan antara penampilan kemas dengan stail jalanan ’90-an, sekali gus menzahirkan gabungan koleksi terbaik masa lalu dan zaman sekarang yang disemarakkan dengan pengaruh budaya pop.
“Kami inginkan kolaborasi bersama Felix yang sama sekali tidak dijangka oleh semua orang. lalu kami tampilkan konsep Felix the Graduate, dengan menunjukkan penampilan Felix sebagai pelajar kolej. Gaya preppy dan varsiti nyata relevan ketika ini dan kami suka dengan penampilan segak juga kemas, namun masih tampak ringkas serta santai.
“Sememangnya ada sedikit cetusan gaya lucu dan nakal pada koleksi ini, yang sememangnya amat sesuai dengan Felix. Kami seronok menghasilkan koleksi ini dengan pelbagai elemen kolej dan menjadikannya lebih segar serta moden, di samping menggabungkan imej ikonik dari arkib Felix.” jelas Ketua Pegawai Produk Levi’s, Karyn Hillman.
PENAMPILAN VARSITI
Rekaan dengan dengan idea lebih segar pada gaya klasik Levi’s, koleksi ini turut merangkumi Levi’s x Felix Pleated High Loose untuk wanita, iaitu seluar denim ringan hanya seberat 10-auns yang berdasarkan seluar Levi’s Balloon 1920-an, menyerlahkan potongan lebar dan longgar dengan lipatan di bahagian tengah. Untuk lelaki, versi seakan sama disediakan, dikenali Levi’s x Felix Pleated Pant untuk penampilan varsiti.
“Felix the Cat mempunyai caché tersendiri yang tidak ditelan zaman,” ujar Marc Low, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Global, Universal Brand Development. Dia dilihat secara meluas sebagai ikon budaya pop juga anti-hero, yang menarik perhatian generasi muda yang mungkin tidak tahu dengan akar umbi kartunnya, namun mengenalinya menerusi aliran fesyen yang dibawanya.
“Kolaborasi Levi’s x Felix ini memanfaatkan sepenuhnya unsur nakal Felix menerusi koleksi penuh gaya yang membayangkannya semula sebagai ikon fesyen bagi golongan pelajar kolej.”
Setiap elemen dalam koleksi ini mengambil ilham bukan sahaja daripada grafik arkib Felix, malah daripada elemen klasik kolej. Kemeja berkolar separuh-separuh Levi’s x Felix Rugby Shirt menampilkan jaluran ragbi pada satu bahagian sementara sulaman grafik Felix pada bahagian sebelahnya.
Turut disediakan himpunan hoodie yang bukan sahaja menampilkan grafik Felix gaya varsity, malah label lokar gymnasium pada bahagian hujung bajunya.
Sundries tidak ketinggalan diberikan penampilan kolej, iaitu pada tampalan belakang Levi’s x Felix, yang menonjolkan grafik kucing ikonik itu bersama label Two Horse Levis dengan kemasan timbul dalam rona emas pada latar hijau gelap atau merah tua, bagi mencerminkan penampilan buku tahunan kolej lama.
Para peminat juga pastinya perasan atau mengambil perhatian kepada panji-panji penghormatan Felix University, selain grafik tampalan di bahagian belakang seluar di beberapa helaian terpilih.
Berharga antara RM119 ke RM379, koleksi Levi’s x Felix The Cat ini boleh dibeli melalui levi.com.my dan butik Levi’s terpilih seluruh negara mulai 24 September 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang ni ekonomi bukanlah hebat sangat, banyak graduan yang menganggur akibat tiada kerja tetap. Kalau dapat kerja pun, gaji yang paling boleh diberi oleh syarikat 1500-2000 ribu sebulan. Alahai, dah lah harga barang mahal dalam dunia serba canggih ini, RM 1500 mana cukup! Macam mana nak save duit ni?
1) Keperluan vs kehendak
Mungkin tak mudah untuk anda kawal nafsu anda ketika pergi membeli- belah. Anda harus bijak dalam mengawal kepentingan dalam berbelanja. Fikir mana yang lebih penting. Kalau tak ada barang itu, ok ke tak? Fikir masak- sebelum anda membeli. Tak salah kalau nak self treat hujung bulan, tapi anda perlulah set target pembelian anda. Jika bulan ini anda perlukan kasut baru, maka anda harus beli kasut saja! Jangan beli benda lain pulak
2) Diari
Setiap bulan, senaraikan apa yang anda perlu bayar. Seperti contoh:-
Bil telefon: RM60
Bil air: RM 20
Bil elektrik: RM 140
Ptptn: RM 200
Makan: RM 300 (sehari RM10)
Senaraikan jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan. Dengan cara ini, anda sudah tahu berapa duit anda untuk anda habiskan untuk perkara tidak penting.
3) Jangan beli kereta
Kalau aim anda untuk beli rumah, jangan beli kereta dulu. Pernah dengar dengan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? Anda boleh menaiki Grab ataupun pengangkutan awam lain. Perbelanjaan anda akan tersasar sedikit jika anda membeli kereta. Mana nak bayar bulan-bulan lagi, minyak. Kalau anda nak jugak beli kereta, tiada masalah, tapi anda harus lebih bijak menggunakannya.
4) Bawa bekal
Rajin-rajinkan diri anda untuk membawa bekal ke pejabat. Ini untuk mengelakkan anda dari terima pelawaan rakan-rakan untuk keluar makan tengah hari. Anda pun tahu kan, makan tengah hari saja sudah mencecah RM10 . Bukankah anda telah bajet RM10 sehari? Tak kan anda nak belanja sampai RM10 untuk makan tengah hari saja? Malas nak sediakan lunch? Masak malam sebelum anda tidur, pagi tu, panaskan aje. Nak save duit, jangan malas-malas ok.
5) Aim kecil
Kenapa kena aim kecil? Sebab anda perlu ingat, gaji anda bukan 4k, jadi anda tak perlu menyimpan angan-angan untuk memiliki rumah seperti Nur Sajat. Aim rumah pangsa yang harganya RM150,000. Janji anda ada rumah, dari anda menyewa kan. Kalau ada rezeki lain, anda boleh sewa kan rumah tersebut. Invest kena bijak!
6) Unfollow Sosial Media
Zaman sekarang ni, nak tengok baby artis pun boleh terjebak dengan peniaga online yang berleluasa hari ini. Selain dari kawal nafsu anda, jangan sesekali follow atau searchhashtag kedai online ni. Bahaya! Kalau dah terpaksa anda berhadapan dengan kedai-kedai apabila anda nak tengok Instagram anak-anak artis tu, kawal nafsu anda. Selain dari tu, jangan download aplikasi beli belah, ini pun bahaya. Nak nak jika anda seorang yang tak boleh mengawal saka. kalau boleh elak, sila elak ye.
7) Buka akaun ASB
Kenapa kena buka akaun ASB? Simpan je duit dalam bank. ASB ni banyak manfaatnya. Anda juga boleh turut bergantung pada KWSP, namun kita jadikan EPF/Socso anda untuk hari tua. Bukan akaun ASB membolehkan anda konsisten dalam penyimpanan duit. ASB juga menawarkan macam-macam kelebihan jika anda membuka akaun bersama mana-mana bank. Terpulang pada anda. Ini cara untuk anda lebih bijak menguruskan wang .
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.