Sebut sahaja namanya, siapa saja tidak kenal. Dalam dunia perniagaan di atas talian, Jack Ma merupakan ikon yang menjadi sebutan ramai. Bahkan tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa dia merupakan antara figura paling penting serta berpengaruh dalam industri e-dagang di China dan juga peringkat global.
Syarikat yang dibinanya sejak 20 tahun lalu kini menjadi penanda aras bagi pemaju e-dagang di setiap pelosok dunia.
Namun kini tiba masanya untuk dia mengambil keputusan bersara dan mengundur diri. Berita pengundurannya menjadi topik-topik hangat serta menjadi berita muka hadapan setiap surat khabar ekonomi serta portal pelbagai bahasa.
Sebagai tanda penghargaan, Jack Ma telah diraikan oleh ribuan kakitangan Alibaba di sebuah lokasi berkapasiti 80.000 orang. Baton untuk jawatan CEO dipegangnya akan diserahkan kepada Daniel Zheng.
Ads
Pengunduran Jack Man bagaimanapun dilakukan dengan cukup epik sekali. Pengunduran diri yang dilakukan ketika Alibaba diangkat sebagai syarikay paling bernilai di Asia dengan pasaran USD460 billion itu cukup dirasai oleh keluarga besar Alibaba.
Ads
Pada majlis tersebut Jack Ma muncul menggayakan jaket kulit ala-rockstar. Dan inilah pengunduran paling epik pernah dilakukan oleh mana-mana CEO di dunia!
Sesuai dengan imejnya yang sentiasa terbuka dengan idea radikal, semangat rock’n’roll ini diharapkannya agar terus tersemat bersama kakitangan Alibaba.
All the best to you Mr. Jack Ma!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersempena dengan edisi ketiga Green Carpet Fashion Awards yang berlangsung pada 23 September 2019 di Teatro alla Scala, pereka fesyen terkenal Ermenegildo Zegna telah menerima anugerah CNMI Award in Recognition for Sustainability.
Pernghargaan yang cukup berprestij itu diberikan kerana komitmen yang berpanjangan serta sumbangan besarnya terhadap membentuk kelestarian dalam sistem industri fesyen.
Anugerah ini juga merupakan mengangkat martabat Zegna yang memperkenalkan kempen projek #USETHEEXISTING di bawah selian arahan seni Alessandro Sartori.
#USETHEEXISTING yang dilancarkan oleh Zegna merupakan sebahagian daripada kempen Zegna XXX Winter 2019 Show dan ia dipanjangkan sehingga ke Summer 2020 Show.
Kempen tersebut menyaksikan Zegna menyeru penggiat fesyen untuk menggunakan sumber kain kapas dan fabrik teknikal yang sedia ada. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan proses inovatif dan kitar semula terutamanya bahan daripada botol plastik dan fiber buluh.
Eric Underwood
“Sejak dari dulu perniagaan keluarga kami teah didorong oleh pendekatan kelestarian alam dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap komuniti.
“Misi global Zegna telah diinpirasikan selari dengan visi jenama Zegna yang memahami betapa pentingnya untuk kita menjaga, menghormati dan memulihara alam sekitar,” jelas Ermenegildo Zegna selaku CEO Ermenegildo Zegna Group.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jackie Chan buktikan dirinya masih relevan dalam industri seni antarabangsa walaupun sudah menjangkau usia 70 tahun
Buktinya dengan naskah ‘A Legend’ yang bakal menembusi seluruh pawagam tempatan pada 1 Ogos. Sekuel filem The Myth yang diterbitkan pada 2005 itu menyaksikan karya ‘berani mati’ Jackie apabila tampil dengan aksi seni bela diri lebih mencabar dan menarik perhatian penonton.
Berbisa Di Usia 70 Tahun, Wajah Jackie Chan Lebih ‘Muda’ Dalam A Legend
Filem A Legend menggabungkan unsur pengembaraan dan fantasi yang menjadikannya berpotensi sebagai naskhah terbaik tahun ini.
Menampilkan Jackie Chan dalam sisi berbeza, filem ini mendapat pujian kerana penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan wajahnya kelihatan lebih muda.
Berbisa Di Usia 70 Tahun, Wajah Jackie Chan Lebih ‘Muda’ Dalam A Legend
A Legend, arahan Stanley Tong, mengisahkan Profesor Fang, seorang pakar arkeologi yang menemui artifak mirip loket jed dalam mimpinya. Loket itu menghubungkan alam mimpi dengan realiti, menyebabkan Fang memimpin pasukan penyelidik ke Kuil Glasier untuk mencari kebenaran.
Filem ini juga menampilkan pelakon lain seperti Lay Zhang, Na Zha, dan Aarif Lee, dan telah mendapat sambutan positif sejak ditayangkan di China pada 12 Julai lalu.
Ikuti rahsia senaman dan diet Jackie Chan di bawah!
SENAMAN
WARM UP
Setiap kali sebelum bersenam dia pasti akan melakukan aktiviti memanaskan badan. Jackie Chan memulakan harinya dengan melakukan larian di antara 4 hingga 5 kilometer.
Ini bagi meningkatkan peredaran darah ke seluruh badannya dan memanaskannya untuk bahagian yang lebih ketat daripada rutin senamannya. Peningkatan kapasiti kardiovaskularnya membantu membina kekuatan dan stamina. Beberapa tahun yang lalu, ketika dia dalam fasa pemulihan kecederaan buku lalu, dia akan memendekkan larian paginya.
Berbisa Di Usia 70 Tahun, Wajah Jackie Chan Lebih ‘Muda’ Dalam A Legend
Jika kebiasaannya selama 45 minit, dia hanya akan berlari selama 15 hingga 20 minit. Ini faktor penting kerana Jackie Chan tidak memaksa badannya dan membiarkan untuk pulih sepenuhnya.
ANGKAT BERAT
Bagi membina kekuatan otot senaman angkat berat juga memainkan peranan penting kepada Jackie Chan. Apabila tahap kardionya sudah berada pada tahap sesuai dia akan terus ke gym bagi melakukan senaman angkat berat.
Senaman angkat berat seperti decline push-ups, knuckle push-ups, bench presses, pull downs, seated rows, cable overhead presses dijadikan sebagai permulaan rutinnya.
Kemdudian dia akan berehat sekejap dan meneruskan senaman seperti barbell squats, dumbbell lunges, leg curls, bicep curls, cable tricep pushdowns and a thai pad workout.
Untuk setiap rutin dia akan melakukan di antara enpat hingga lima set dengan ulangan 20 ke 30 kali. Dia melatih tubuhnya secara keseluruhan kerana percaya bahawa dalam kehidupan sebenar, kita tidak pernah menggunakan otot kita secara berasingan. Itulah sebabnya latihan teras sangat penting adalah dalam senamannya!
LATIHAN SENI BELA DIRI
Kehabatan Jackie Chan dalam seni mempertahankan diri memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia merupakan disiplin yang sangat penting sepanjang karier lakonan sejak dari usia muda.
Ketika membesar Jackie Chan banyak aktif melakukan aktiviti seperti taekwondo, shaolin kung-fu, hapkido dan juga gimnastik.
Splits, backbends, thumb press-ups, fingertip press-ups, one legged squats, knee deep squats dan tinju merupakan beberapa jenis latihan yang dia lakukan setiap hari. Walaupun bahagian bekas rutin kecergasannya memfokuskan pada kekuatan dan daya tahan, ini membantunya meningkatkan fleksibiliti.
DIET
Percayakah anda Jackie Chan merupakan seseorang yang tidak terlalu cerewet dalam pemakanan? Sejak dulu dia tidak percaya seseorang itu harus menghukum diri dari mengelak untuk makan sebarang jenis makanan.
Namun apa yang penting baginya ialah jumlah atau kuantiti yang diambil perlulah dengan tanggungjawab. Setiap kali makan dia akan pastikan makanannya tinggi dengan protein yang mampu membantu membesarkan ototnya.
Pada masa yang sama dia mengurangkan pengambilan karbohidrat, sodium dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga menjadi menu wajib dalam diet hariannya.
Selain itu, Jackie Chan juga mengelak mengambil makanan segera. Jika makan sekali pun dia pastikan jumlahnya sedikit.
Menjadi seorang atlet profesional bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, dan ini dibuktikan oleh penjaga gol Pahang, yang baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah sarjana muda.
Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Aksi Azfar Arif di padang
Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.
“Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.
Dengan jadual latihan yang padat, perlawanan yang kerap, serta keperluan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan, dia mengakui perjalanan ini tidak mudah, namun komitmen dan disiplin tinggi telah membuahkan hasil.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, rakan sepasukan, serta pasukan pengurusan adalah kunci kejayaan ini.
Pemain tersebut juga berharap agar pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak muda lain, agar tidak meninggalkan pelajaran walaupun mengejar impian dalam dunia sukan. “Sukan adalah sebahagian daripada kehidupan saya, tetapi pendidikan juga amat penting. Saya ingin membuktikan bahawa kita mampu menguasai kedua-duanya, asalkan ada keazaman dan pengurusan masa yang baik,” katanya dalam temubual.
Kejayaan penjaga gol Pahang ini bukan sahaja menunjukkan potensi untuk mengukir nama dalam dunia bola sepak tetapi juga mengingatkan bahawa pelajaran adalah aset yang berharga.