Memiliki jenama sendiri sememangnya impian buat ramai lelaki. Buat pengasas jenama ALFARO, Farooq Ahmad mencari satu idea pemasaran produknya merupakan satu cabaran tersendiri.
Baru-baru ini MASKULIN sempat menghadiri pertunjukan fesyen ALFARO Koleksi Raya 2025 di ibu negaera. ALFARO melakar sejarah tersenduru dengan pertunjukan fesyen pertamanya.
Ia bukan sekadar acara memperkenalkan koleksi baharu, malah membuktikan komitmen Ahmad Farooq Ahmad dan jenamanya dalam menghasilkan rekaan berkualiti tinggi yang eksklusif dan penuh inovasi.
Sejak diperkenalkan, ALFARO telah mencuri perhatian dengan penggunaan fabrik premium dan rekaan yang memikat. Untuk koleksi Raya 2025, jenama ini sekali lagi menampilkan sesuatu yang luar biasa.
“Koleksi yang dipertontonkan menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan satu padanan yang penuh gaya serta sentuhan moden.
“Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan,” jelas Farooq Ahmad yang cukup teruja.
Gandingan antara unsur tradisi dan elemen moden ini mencerminkan evolusi gaya lelaki masa kini, yang semakin menghargai gabungan keanggunan klasik dengan sentuhan kontemporari.
Bukan sekadar jenama fesyen biasa, ALFARO turut membuktikan tahap kecemerlangannya dengan menerima pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti.
Pencapaian ini menjadi bukti kepada ketelitian jenama ini dalam memastikan setiap helaian pakaian memenuhi piawaian tertinggi.
Koleksi Raya 2025 ALFARO bukan hanya tentang estetika, tetapi juga tentang keselesaan dan kesesuaian untuk semua.
Direka untuk pelbagai lapisan masyarakat, koleksi ini menawarkan pilihan saiz yang inklusif. Ini bagi memastikan setiap lelaki dan wanita tampil segak tanpa mengira bentuk badan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, “Kali ini ALFARO turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini.”
Dengan pemilihan fabrik premium serta jahitan teliti oleh tukang jahit berkemahiran tinggi dari luar negara, setiap helaian bukan sahaja bergaya, malah tahan lama dan selesa.
Bagi anda yang berkenan dan ingin miliki koleksi ini, ALFARO telah membuka 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh.
Tidak cukup dengan itu, pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasminya.
Sebagai jenama yang memahami keperluan pelanggan moden, ALFARO turut menawarkan aplikasi kesetiaan yang memberikan pelbagai ganjaran menarik serta pilihan pembayaran fleksibel melalui Shopee PayLater, lengkap dengan potongan harga eksklusif.
Dengan kejayaan penganjuran pertunjukan fesyen pertamanya ini, ALFARO semakin mengorak langkah untuk menjadi jenama utama dalam dunia fesyen tempatan.
BACA: Cara Mudah Tukar Minyak Hitam Motosikal Sendiri
Dengan visi jelas dan komitmen terhadap kualiti, ALFARO tidak hanya menawarkan pakaian, tetapi juga satu pengalaman gaya hidup yang eksklusif.
Turut melakukan kemunculan dalam pertunjukan fesyen ini ialah duta ALFARO, Fasha Sandha yang anggun mengenakan salah satu koleksi Raya 2025 mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.