Pengarah ‘The Batman’, Matt Reeves Kongsi Sut Terbaru Bakal Dipakai Robert Pattinson

Karakter Batman telah divisualkan dan dihidupkan oleh beberapa pelakon terkenal Hollywood dengan cara tersendiri. Dan pastinya antara yang paling menggamit memori peminat adiwira ini ialah lakonan daripada Cristian Bale, Michael Keaton, Val Kilmer dan yang terbaru Ben Affleck.

Namun kini dilaporkan karakter pujaan ramai itu bakal diberi nafas baru serta mengetengahkan pelakon berbeza.

Filem ‘The Batman’ yang diumumkan tidak lama dahulu bakal diarahkan oleh Matt Reeves. Dan filem remake ini akan menampilkan Robert Pattinson sebagai adiwira The Dark Knight.

Robert Pattinson

Walaupun pelbagai reaksi diterima berikutan pengumuman Robert Pattinson sebagai Batman yang baru namun dengan ‘usikan; manja Matt Reeves yang berkongsi beberapa foto sut terbaru untuk filem ‘The Batman’ membuatkan ramai semakin teruja.

Menerusi rekaan baru sut Batman ditampilkan dengan ciri-ciri lebih kuat di bahagian wajah serta membawa lebih estetika ketenteraan. Dari jarak dekat ia seakan memiliki bahagian pelindung di bahagian leher dan pada bahagian logo di dada menyerupai komik ‘Rebirth Vatman’.

Filem ‘The Batman’ dijangka akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan Jun 2021.