Pengambilan Sarapan Sebanyak 2 Kali Ini Antara Meal Plan Paling Berkesan Untuk Anda

Share

Pernah dengar dengan terma ‘Breakfast like a king’? Ini merupakan perumpamaan barat yang menitik beratkan pemakanan pada waktu pagi. Jika dikaji cara pemakanan di Korea Selatan dan Jepun, mereka mengambil nasi sebagai makanan pagi, manakala di Eropah hidangan sarapan mereka digelar big breakfast, kerana makanan yang disediakan sangat banyak dan pelbagai.

Mengapa ini berlaku? Sesetengah doktor percaya sistem pencernaan seseorang berfungsi paling baik pada waktu pagi. Menurut New York Times, sesetengah pakar percaya bahawa makan pada waktu malam cenderung kepada kegemukan kerana kita tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengekalkan paras gula darah kita stabil. Cuba makan beberapa makanan kecil sepanjang hari dan memakan kira-kira 30% hingga 35% kalori harian anda pada waktu pagi. Anda akan merasa kenyang sepanjang hari dan memberi peluang kepada badan anda untuk membakar kalori yang anda ambil.

Artikel ini diadaptasi kepada bahasa melayu dari Mens Health agar mereka yang ingin menurunkan berat badan dan ingin kekal sihat dapat menikmati plan pemakanan yang disediakan Mens Health. Apa yang menariknya pada artikel ini adalah, anda boleh menikmati sarapan sebanyak 2 kali! Ia akan diolah oleh pihak Maskulin mengikut kesesuaian rakyat Malaysia yang ingin menurunkan berat badan tanpa berlu berlapar.  

 

Sarapan 1

 

Makanan: Sediakan makanan berbentuk tenusu seperti Geek yogurt serta bijirin penuh, dan serat. Protein dalam susu dan produk tenusu lain boleh meningkatkan pengeluaran protein otot, membantu dalam pertumbuhan otot dan pembakaran lemak selepas bersenam.

Jika anda sering langkau sarapan pagi, mulakan perubahan secra kecil-kecilan. Ambil segelas susu atau sepotong keju dengan roti bakar sebagai permulaan hari anda. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang berat pada pagi tersebut, mungkin anda perlu makan nasi putih sesenduk dan hidangan sup. Jangan pelik dengan pemilihan ini, nasi bertindak sebagai tenaga untuk anda tempoh hari-hari anda. Sesenduk nasi tidak membahayakan nyawa anda. Menurut seorang dietitian, mengambil 2 roti gandum diibaratkan seperti mengambil sesenduk nasi. Jadi, tidak mengapa jika anda makan nasi pada sebelah pagi.

 

 

Sarapan 2

 

Makanan: Ramai orang tidak mempunyai kekuatan untuk mengecilkan ruangan perut untuk sukat makanan. Jadi sedikit runsing apabila dikaitkan dengan kalori harian mereka pada waktu pagi. Oleh itu membahagikan makanan kepada dua bahagian kecil, hampir sama seperti anda memulakan hari anda tanpa sebarang masalah. Anda boleh memulakan hari dengan sekeping roti dan keju, kemudian makan secawan kecil yogurt dan buah sekali di pejabat (atau sebaliknya!).

 

Matlamatnya adalah untuk mengisi kekosongan kalori. Gabungkan sarapan pagi pertama dan kedua dan buatlah sedikit perubahan pada kalori pemakanan anda. Ini adalah antara sebab mengapa pakar kesihatan dan fitness trainer menyuruh anda untuk makan 6 kali sehari.

 

 

Makan Tengah Hari

 

Makanan: Utamakan Sayur-sayuran, kacang, buah-buahan, kacang, dan biji-bijian. Pikirkan sup dan salad. Diet yang paling sihat selalunya mempunyai pelbagai jenis warna di dalam pinggan anda, jadi pastikan untuk mengambil sayuran seperti lobak merah, yang penuh dengan antioksidan, dan Cili berlada kuning, yang dimuatkan dengan vitamin C.

 

Makan Malam

 

Makanan: Sayur hijau dan sayur-sayuran lain, daging tanpa lemak, ikan, kacang, dan kekacang. Hidangan mudah seperti daging panggang adalah rendah lemak dan protein tinggi, dan mereka boleh dihidangkan di atas salad hijau yang sederhana. Tujuannya adalah untuk mengekalkan saiz portion pemakanan anda. Kajian Penn State mendapati bahawa makan salad sebagai pembuka selera amat dapat mengurangkan kalori pemakanan hidangan penuh anda sebelum hidangan utama dimana ia dapat mengurangkan pengambilan makanan secara keseluruhan sehingga 12%.

 

Snek

Makanan: Yogurt, walnut, bijirin bijirin dengan susu, dan epal hijau. Sekiranya anda lapar di antara makanan, snek boleh membantu anda menghapuskan craving semasa diet. Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang makan kurang daripada tiga kali sehari mungkin menghadapi masalah mengawal selera makan mereka. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan perkara ini. Pastikan anda memilih makanan keseluruhan daripada keropok dan chip yang diproses.

 

 

 

Published by
Maiya Deen