Pernah dengar dengan terma ‘Breakfast like a king’? Ini merupakan perumpamaan barat yang menitik beratkan pemakanan pada waktu pagi. Jika dikaji cara pemakanan di Korea Selatan dan Jepun, mereka mengambil nasi sebagai makanan pagi, manakala di Eropah hidangan sarapan mereka digelar big breakfast, kerana makanan yang disediakan sangat banyak dan pelbagai.
Mengapa ini berlaku? Sesetengah doktor percaya sistem pencernaan seseorang berfungsi paling baik pada waktu pagi. Menurut New York Times, sesetengah pakar percaya bahawa makan pada waktu malam cenderung kepada kegemukan kerana kita tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengekalkan paras gula darah kita stabil. Cuba makan beberapa makanan kecil sepanjang hari dan memakan kira-kira 30% hingga 35% kalori harian anda pada waktu pagi. Anda akan merasa kenyang sepanjang hari dan memberi peluang kepada badan anda untuk membakar kalori yang anda ambil.
Artikel ini diadaptasi kepada bahasa melayu dari Mens Health agar mereka yang ingin menurunkan berat badan dan ingin kekal sihat dapat menikmati plan pemakanan yang disediakan Mens Health. Apa yang menariknya pada artikel ini adalah, anda boleh menikmati sarapan sebanyak 2 kali! Ia akan diolah oleh pihak Maskulin mengikut kesesuaian rakyat Malaysia yang ingin menurunkan berat badan tanpa berlu berlapar.
Sarapan 1
Makanan: Sediakan makanan berbentuk tenusu seperti Geek yogurt serta bijirin penuh, dan serat. Protein dalam susu dan produk tenusu lain boleh meningkatkan pengeluaran protein otot, membantu dalam pertumbuhan otot dan pembakaran lemak selepas bersenam.
Jika anda sering langkau sarapan pagi, mulakan perubahan secra kecil-kecilan. Ambil segelas susu atau sepotong keju dengan roti bakar sebagai permulaan hari anda. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang berat pada pagi tersebut, mungkin anda perlu makan nasi putih sesenduk dan hidangan sup. Jangan pelik dengan pemilihan ini, nasi bertindak sebagai tenaga untuk anda tempoh hari-hari anda. Sesenduk nasi tidak membahayakan nyawa anda. Menurut seorang dietitian, mengambil 2 roti gandum diibaratkan seperti mengambil sesenduk nasi. Jadi, tidak mengapa jika anda makan nasi pada sebelah pagi.
Ads
Sarapan 2
Makanan: Ramai orang tidak mempunyai kekuatan untuk mengecilkan ruangan perut untuk sukat makanan. Jadi sedikit runsing apabila dikaitkan dengan kalori harian mereka pada waktu pagi. Oleh itu membahagikan makanan kepada dua bahagian kecil, hampir sama seperti anda memulakan hari anda tanpa sebarang masalah. Anda boleh memulakan hari dengan sekeping roti dan keju, kemudian makan secawan kecil yogurt dan buah sekali di pejabat (atau sebaliknya!).
Matlamatnya adalah untuk mengisi kekosongan kalori. Gabungkan sarapan pagi pertama dan kedua dan buatlah sedikit perubahan pada kalori pemakanan anda. Ini adalah antara sebab mengapa pakar kesihatan dan fitness trainer menyuruh anda untuk makan 6 kali sehari.
Ads
Makan Tengah Hari
Makanan: Utamakan Sayur-sayuran, kacang, buah-buahan, kacang, dan biji-bijian. Pikirkan sup dan salad. Diet yang paling sihat selalunya mempunyai pelbagai jenis warna di dalam pinggan anda, jadi pastikan untuk mengambil sayuran seperti lobak merah, yang penuh dengan antioksidan, dan Cili berlada kuning, yang dimuatkan dengan vitamin C.
Makan Malam
Ads
Makanan: Sayur hijau dan sayur-sayuran lain, daging tanpa lemak, ikan, kacang, dan kekacang. Hidangan mudah seperti daging panggang adalah rendah lemak dan protein tinggi, dan mereka boleh dihidangkan di atas salad hijau yang sederhana. Tujuannya adalah untuk mengekalkan saiz portion pemakanan anda. Kajian Penn State mendapati bahawa makan salad sebagai pembuka selera amat dapat mengurangkan kalori pemakanan hidangan penuh anda sebelum hidangan utama dimana ia dapat mengurangkan pengambilan makanan secara keseluruhan sehingga 12%.
Snek
Makanan: Yogurt, walnut, bijirin bijirin dengan susu, dan epal hijau. Sekiranya anda lapar di antara makanan, snek boleh membantu anda menghapuskan craving semasa diet. Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang makan kurang daripada tiga kali sehari mungkin menghadapi masalah mengawal selera makan mereka. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan perkara ini. Pastikan anda memilih makanan keseluruhan daripada keropok dan chip yang diproses.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelbagai cara dilakukan dalam proses untuk menurunkan berat badan tapi hasilnya ‘ nan hado’ juga. Jangan berputus ada mungkin kamu terlepas pandang ketika menjaga pemakanan anda.
Jadi jom memilih buah-buahan yang sesuai untuk membantu proses penurunan berat badan.
Ini 5 jenis buah yang terbukti membantu untuk proses penurunan berat badan.
1. Avokado
Avokado merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan gula yang rendah, tapi tinggi lemak sihat. Jadi bagi siapa yang ingin menurunkan berat badan, avokado boleh menjadi pilihan sebagai pilihan buah yang mampu membuat anda rasa kenyang.
2. Strawberi
Rasa buah ini memang tak terlalu manis, satu cawan strawberi hanya mengandungi 50 kalori. Selain kaya serat, buah warna merah juga kaya vitamin C yang baik bagi kesihatan.
3. Limau/ Oren
Limau atau oren memang tinggi gula, tapi lebih baik makan limau/ oren daripada jus lain. Selain itu buah ini kaya vitamin C juga kaya serat.
4. Epal
Ramai yang mengamalkan makan epal untuk menurunkan berat badan kerana epal terkenal dengan seratnya yang tinggi yang lambat dicerna supaya si pemakan tidak mudah merasa lapar.
5. Delima
Cara paling tepat untuk mengonsumsi adalah dengan menjadikan buah ini sebagai jus kerana seluruh kandungan di dalamnya seperti polifenol, potasium, antioksidan dapat dinikmati oleh tubuh anda.
Sumber ; Men’s Fitness
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KULIT BERMASALAH, MACAM-MACAM PRODUK DAH GUNA, TAPI HASILNYA MENGECEWAKAN. INI ANTARA MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN REAKSI KULIT KEPADA JERAWAT. AYUH KURANGKAN PENGAMBILANNYA.
MAKANAN BERLEMAK DAN BERGORENG
Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
MAKANAN DARIPADA PRODUK TENUSU
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
MAKANAN DARIPADA KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT
Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
MAKANAN YANG DIPROSES ATAU DITINKAN
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.