Membeli kereta merupakan satu pengalaman yang sangat penting buat pengguna. Ini terutamanya bila mereka ingin membeli kereta terpakai atau kereta import. Seharusnya perkara utama yang diambil kira ialah melihat secara terperinci kondisi dalam dan luaran.
Jadi mahu atau tidak mereka terpaksa mengunjungi ke pusat-pusat jualan kereta atau dealer. Namun tahukah anda bahawa kini sudah ada paltform menawarkan pengalaman melihat kereta secara 360 darjah dari dalaman dan luaran?
Sebuah platform baharu yang dikenali sebagai Tanya-Je menawarkan pengalaman istimewa ini kepada pelanggan. Lebih menarik lagi menerusi laman sesawangnya, Tanya-Je turut menampilkan teknologi SpinCar, pandangan 360 darjah dalaman dan luaran kenderaan.
Pengurus Besar Tanya-Je, Mr Rodney
Apa yang lebih istimewa lagi mereka merupakan syarikat pertama yang menawarkan teknologi seperti ini di Malaysia. Menerusi platform mereka pengguna boleh melihat secara terperinci secara di atas talian sebelum melakukan temu janji bersama penjual kenderaan.
Ads
RASAI SENDIRI
“Kami mahu menyediakan sebuah paltform yang transparen dan boleh dipercayai untuk pembeli kereta. Jadi dengan menggunakan teknologi SpinCar ia boleh dilakukan oleh pengguna,” jelas Pengurus Besar Tanya-Je, Rodney Ther atau mesra dikenali sebagai Mr. Rodney.
Ads
Pengguna hanya perlu melayari laman sesawang mereka, tanyaje.com.my dan mencari kenderaan spesifik yang mahu dilihat dengan kata kunci jenis kereta. Ini bukan sahaja memudahkan tetapi memberi peluang sangat besar kepada pengguna dan penjual untuk pengalaman lebih menarik,” tambahnya lagi.
Ads
Platform Tanya-Je akan mula dilancarkan secara rasmi bermula esok. Malah mereka juga menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000!
Jadi buat anda yang ingin mencuba pengalaman menggunakan platform ini dan menang hadiah menarik janganlah lepaskan peluang!
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga mebnarik, boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah cermin berkabus boleh membahayakan pemanduan kerana kadar penglihatan yang rendah. Setiap pemandu pasti pernah mengalami masalah cermin berkabus ketika hujan lebat.
Apatah lagi sekarang ini memang musim hujan dan ada ketikanya turun dengan lebat hingga langsung tak nampak jalan. Lagi panik, jika aircond kenderaan anda pula rosak.
Pastinya ini akan menambahkan lagi masalah cermin berkabus yang menghalang pandangan luar anda ketika memandu. Tentu sahaja perkara ini memberi risiko kemalangan bukan sahaja pada pemanduan anda tetapi juga untuk pengguna jalan raya yang lain.
Jangan terus memandu dalam keadaan sebegini kerana ia membahayakan nyawa anda dan orang lain. Tangani segera agar pemanduan lebih lancar dan anda tiba ke lokasi dengan selamat.
Walaupun di pasaran ada dijual produk untuk menghalang cermin kereta berwap, namun ada cara lain yang boleh ‘settle’ kan masalah ini dengan mudah.
Anda boleh lakukan cara ini sebelum memulakan pemanduan sebagai langkah pencegahan awal sekiranya hari hujan.
1. Ubat gigi
Memang tak dinafikan ubat gigi banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk menggosok gigi sahaja, ia juga boleh membantu menghilangkan kabus pada cermin kereta anda.
Anda hanya perlu sapukan ubat gigi itu sehingga rata pada bahagian dalam cermin kereta dan kemudian, lapkan dengan kain mikrofiber. Cara ini dapat mencegah kenderaan wap air daripada mengaburi cermin kereta anda.
2. Krim pencukur atau minyak rambut
Cara penggunaannya sama seperti anda menggunakan ubat gigi tadi. Jika anda menggunakan minyak rambut, pastikan anda guna jenis cecair (lutsinar) dan bukannya jenis krim ataupun gel, tidak kira apa jenama sekalipun.
Dengan menggunakan bahan ini tiada lagi masalah berkabus apabila hujan lebat dan aircond kereta masalah.
3. Syampu
Sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata. Kemudian anda lap secara perlahan untuk menghilangkan kesan syampu tadi menggunakan surat khabar, tisu atau kain mikrofiber.
4. Ubi Kentang
Ubi kentang juga boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah berkabus ini. Caranya juga mudah. Anda hanya perlu ambil sebiji ubi kentang dan potong dua.
Gosokkan bahagian dalam ubi kentang tadi pada bahagian dalam cermin kenderaan anda. Biarkan cermin anda kering dahulu dan lap cermin dengan tisu kering. Cara ini dapat membersihkan cermin sekali gus meninggalkan lapisan yang akan mencegah pengewapan pada tingkap kenderaan.
Selain digunakan pada cermin kenderaan, anda juga boleh menggunakan cara yang sama pada cermin mata atau visor helmet untuk mengatasi masalah cermin berkabus.
Tugas anggota polis untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat bukahlah satu tanggungjawab yang mudah. Mereka bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan kebenaran dan juga memastikan keamanan dapat dilaksanakan demi agama, bangsa dan negara.
Bertindak sebagai barisan hadapan, anggota polis di negara kita dan juga seluruh dunia memainkan peranan sangat penting tatkala berdepan dengan penularan pandemik. Disebabkan itulah mereka juga harus diberi sokongan dan kelengkapan yang terkini untuk melancarkan tugasan harian.
Di antaranya ialah kereta peronda polis yang digunakan secara harian untuk meronda dan meninjau kawasan. Tidal dinafikan, ramai yang tertarik dengan kereta peronda polis.
Kali ini MASKULIN inign kongsikan beberapa kerta peronda polis dari beberapa buah negara yang cukup menarik. Dubai dikenali sebagai sebuah kota yang polisnya dilengkapi supercar seoerti Ferrari, Lamborghini dan Bentley.
Bagaimana pula dengan negara lain? Apakah jenis kereta yang digunakan? Ikutinya di bawah.
ITALI
Alfa Romeo Giula Quadrifoglio
Kereta sedan dengan enjin 3.0 liter twin-turbocharged V6 ini mempu menjana 500 kuasa kuda. Menjadi jentera kebanggaan pasukan polis di Itali.
UNITED KINGDOM
Lexus IS-F
Pemilihan Lexus IS-F dilakukan oleh pasukan polis UK kerana ia mampu memecut laju dengan kestabilan yang baik walaupun sarat dengan pelbagai kelengkapan.
UNITED KONGDOM (WALES)
Ford Ranger Raptor
Sesuai dengan kondisi muka bumi yang agak mencabar, pemilihan Ford Ranger Raptor dilihat sesuai untuk penggunaan harian pasukan polis di Wales. Dengan enjin 2.0 liter diesel ia mampu menjana 210 kuasa kuda.
AUSTRALIA
KIA Stringer
Pasukan polis di Queensland, Australia menggunakan kereta peronda dari model KIA Stringer. Walaupun penampilannya nampak seperti biasa namun ia dilengkapi enjin twin-turbo V6 dengan 365 kuasa kuda!
ITALI
Jeep Grand Cherokee
Pasukan polis Itali dikenali dengan nama Carabinieri merupakan pasukan keselamatan disegani. Antara cabang atau cawangan utamananya ialah anti-keganasan yang tampil menggunakan Jeep Grand Cheerokee.
AUSTRIA
Porshe Carrera 911
Dengan kereta seperti ini pastinya penjenayah pun berfikir banyak kali untuk melarikan diri. Pasukan polis Austria sebenarnya menggunakan kereta ini bagi memberikan teladan yang baik buat pengguna yang memiliki kereta laju seprti Porshe Carrera 911.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Peluang kerja bersama jenama kereta mewah terkemuka sememangnya menjadi impian ramai anak muda yang berminat dalam industri automotif.
Sebagai contoh jenama Mercedes-Benz yang sudah lama bertapa di negara kita meneruskan legas akademi perantis mereka untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk anak-anak muda yang berminat.
Terbaru, Mercedes-Benz Malaysia Training Academy sekali lagi memperkenalkan program Advanced Modern Apprenticeship untuk mengajak anak muda di negara kita menyertai dan mencapai cita-cita mereka dalam kerjaya sebagai juruteknik kereta penumpang berjenama mewah dan berprestij di dunia.
Program ini menawarkan platform terbaik buat anak muda berasiprasi tinggi yang ingin memulakan karier mereka.
Menurut Timbalan Presiden Khdmat Pelanggan Mercedes-Benza Malaysa dan Asia Tenggara, Edmin Naidoo, “Memandangkan teknologi yang sentiasa berkembang dalam kenderaan Mercedes-Benz, persediaan bagi transformasi Kenderaan Elektrik Bateri dan integrasi ke dalam rangkaian rakan niaga.
“Kami terus menggalakkan kami untuk membangun dan memupuk tenaga kerja mahir kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
“Dengan menggunakan platform pendidikan eksklusif kami, yang merangkumi kemudahan latihan terkini bertaraf dunia dan garis panduan yang ketat, kami boleh memupuk profesional Mercedes-Benz bertauliah yang akan menyumbang kepada rangkaian kami dan memastikan penyampaian pengalaman pelanggan yang luar biasa”.
BERKEMAHIRAN TINGGI
Sejak tahun 1984, akademi latihan Mercedes-Benz di Malaysia telah melahirkan lebih 900 perantis yang kini meneruskan khidmat dan karier mereka di dalam pelbagai jawatan berkemahiran tinggi bersama rangkaian jenamanya di seluruh negara.
Sambutan yang diterima dalam permohonan terdahulu juga menampakkan satu perkembangan yang cukup pisitif. Saban tahun menyaksikan purata lebih 500 permohonan sejak tahun 2017.
Menerusi program perantis selama tiga tahun ini, perantis yang terpilih akan melakukan latihan berdasarkan kurikulim yang selari denfan silibus dan garis panduan yang diguna pakai oleh Mercedes-Benz Global Training.
Sekali gus menjadikan latihan yang diterima memenuhi elemen pembelajaran dan latihan yang diiktiraf seluruh dunia. Program ini juga turut meliputi International Qualifications sehingga ke Level 3, di mana ia diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Sebagai sebahagian daripada strategi global dan tumpuan Mercedes-Benz pada kenderaan elektrik, jenama itu telah memperkenalkan profil baharu untuk Pakar Kenderaan Elektrik, dikenali sebagai Juruteknik Voltan Tinggi Berkelayakan (QHV) sebagai modul tambahan untuk melatih dan menyediakan bakat bagi tuntutan di masa akan datang.
KERJAYA TERJAMIN
Selepas tamat program Perantisan Moden Lanjutan, peserta akan mendapat sijil SKM Tahap 3, C&G VRQ Tahap 3, Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan (QMT), Juruteknik Sistem Berkelayakan (QST) / Juruteknik Kerja Badan Berkelayakan (QBT) / Juruteknik Voltan Tinggi Berkelayakan ( QHV), bergantung pada pengkhususan yang dipilih.
Peserta juga akan dilengkapi dengan set kemahiran yang pelbagai, termasuk kemahiran pembentangan, analisis kritikal, membuat keputusan, dan pemikiran sistematik sebagai juruteknik automotif yang pakar dalam sistem dan teknologi voltan tinggi.
Peluang pekerjaan juga dikatakan terjamin selepas peserta tamat menjalani program dengan tahun pertama pada gai minima dan penongkatan berterusan berdasarkan perkembang karier mereka. Keseluruhan program ini akan dilakukan di akademi moden mereka terletak di Bandar Kinrara, Puchong.
Buat anda yang berminat dengan minimun 3 kredit dalam keputusan SPM atau kelayakan seumpamanya bolehlah membuat permohonan sekarang sehingga 31 Julai 2023. Anda boleh dapatkan informasi lanjut di sini.
Jangan lupa ikuti TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.