Kecoh pada Ramadhan pertama lalu apabila 3 orang anak muda memuat naik aksi mereka menari dengan berpakaian wanita di media sosial. Video tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana ia tidak meghormati Ramadhan pertama. Lebih viral lagi apabila Daie Wan dan PU Azman membuat teguran secara terbuka di media sosial menjadikan netizen lebih tidak keruan dengan insiden yang berlaku.
Jika anda tonton Motif Viral Khamis lalu, mereka telah menjemput ketiga-tiga ‘instafamous’ ini dihadapkan sekali dengan Dai Wan dan PU Azman di dalam satu studio. Teguran dan jawapan para ustaz dan ‘insta-famous itu tidaklah begitu menarik minat netizen, namun teguran dari salah seorang pengacara Motif Viral yang juga merupakan golongan lelaki lembut, sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat tentang Lelaki Lembut.
Haze atau nama sebenarnya Hazeman Huzir ini telah membuka mata masyarakat terutama mereka yang sentiasa mencerca kaum Adam yang berjiwa lembut ini.
“Sepeti Yusuff Iskandar yang lahir-lahir dah ada Instagram, kehidupannya jadi perhatian umum sejak ia dilahirkan. Sama juga seperti golongan ini. Lahir-lahir terus macam ni. Kami struggle untuk diterima masyarakat, dan korang yang sudah hidup dalam zaman masyarakat sudah boleh menerima, korang buat macam ni.”
Akui bahawa dirinya dahulu sukar untuk menerima perwatakannya yang lembut, Haze melahirkan rasa kecewa terhadap Faiz Roslan dan rakan-rakannya.
“Masyarakat dahulunya tidak dapat menerima golongan seperti ini. saya teraksa harungi kekecaman di sekolah walaupun saya berpakaian lelaki, tapi kerana saya lembut, mereka mengusik saya. Hari ini ramai yang sudah mula menerima golongan lembut ini, walaupun ia sukar. Tapi disebabkan korang yang berpewatakan bergini menjadikan masyarakat lebih kecam dan terus menghukum orang seperti kita”
Dalam episode Motif Viral yang tidak mengandungi ciri-ciri lawak seperti kebiasaan ini turut mengambil pandangan dan teguran dari PU Azman yang menekankan sikap netizen yang tidak puas melaha, tindak tanduk selebriti mahupun insta famous.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, mereka bertiga ini telah meruntuhkan ego mereka dengan mengaku silap mereka. Namun orang ramai di luar sana masih tidak boleh menerima. Bila sudah meminta maaf, dikatakan pula terpaksa, walhal memohon maaf secara terbuka bukan suatu perkara yang mudah untuk seorang manusia”
Rata-rata yang komen di laman YouTube juga memberi respon positif kepada episode motif viral kali ini. Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita memperbaiki kesilapan kita. Jangan hanya tahu menghentam, lihat apa yang orang lain lalui juga.
Hidup kan kena chill-chill, jadi apa kata kalau 1-3 Jun ni anda semua hadir ke Karangkaraf Mall Shah Alam untuk menikmati pelbagai acara menarik dari Ideaktiv! Dengar cerita ramai artis terlinat termasuk Janna Nick! #netulbetulraya
Video penuh!